Orang biasa takde layanan istimewa
kalau baca blog syedzran Poliklinik Amal Medik Kota Damansara , secara ringkasnya: Mak Dah sakit lutut sejak dua menjak ni. Setelah bincang-bincang, akhirnya aku bawa ke klinik tersebut untuk rawatan. Klinik ini dipilih sebab doktornya ialah junior masa aku sekolah Rawang, namun dari mula sampai habis sesi rawatan doktor aku memilih untuk tutup identiti aku (aku hanya dikenali sebagai "anak pesakit" sahaja) Fokus - Orang biasa takde layanan istimewa Entah, sepanjang tempoh aku membesar dan menjadi dewasa, dah banyak kali dah nampak contoh-contoh orang ambil kesempatan - gunakan orang dan pangkat untuk dapatkan kelebihan "Suka hati la saya tak nak buat appointment. Saya kawan baik ketua klinik sini. Dia cakap boleh walk in sahaja." "Saya pakar kat hospital XXX. Kamu kena prioritikan saya dulu. Orang lain tak penting" "Saya kawan baik pemilik kedai ni. Bagilah harga member-member" Dari dulu sampai sekarang, aku sangat menyanjungi Raja Jordan, Sult...