Kita semakin berusia..
Baru ni aku ternampak hantaran (posting) oleh seorang kawan lama, Ali. Hantaran tersebut berkenaan dia masuk hospital lagi sebab cedera. Alang-alang aku takde apa nak buat kat rumah (rumah masih takde orang rumah) jadi aku pun datang melawat.. Nasib baik hospital tersebut beri masa melawat sampai pukul 10malam, jadi aku bolehlah datang lepas habis kerja 35 tahun, kawan sebaya masa sekolah menengah dulu, kerjaya doktor klinik persendirian. Diperihalkan dia diuji dengan pelbagai penyakit - Gout, Heart block, dyslipidemia, sports injury. Bahkan dah pernah buat pemeriksaan scope OGDS, dan colonoscopy. Sementara lain, kawan aku yang lain, Afiq baru menjalani laparoskopik cholecystectomy (pembedahan buang hempedu sebab batu hempedu). Sementara yang lain lagi, ramai dari kawan sekerja aku yang beritahu ada appointmen pelbagai - PSY, Cardio, neuro, ortho, Eye, Skin dll. (Bukan orang yang sama) Satu mesej nasihat buat aku - pada kesempatan belum berpenyakit ni agar lebih menjaga kesihatan ...