Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2013

Zakat fitrah

Imej
Hari ni aku bekerja umpama seorang runner pula, 'berlari' ke sana ke mari untuk mendapatkan dokumen pesakit se- urgent mungkin ^-^! penatnya berjalan ke macam tempat (satu destinasi berjarak 300-400meter jadi cuba bayangkan kalau beberapa perjalanan ditambah lagi bulan puasa) ni namun pada satu cara, aku berlepas diri dari kerja-kerja wad.. Ketika melintas masjid di hospital, aku mengambil kesempatan singgah sebentar. Kebetulan adanya kaunter dibuka bagi pengunjung jika nak bayar zakat fitrah. "Oh ya, aku belum bayar zakat fitrah lagi.." (sungguhpun aku tahu ayah kata dia tolong bayarkan, namun aku tetap berniat untuk bayar sendiri juga, sejak di UNIMAS lagi aku memang begitu) Fokus - zakat fitrah  dapat slip ni sebagai tanda telah bayar zakat ^-^ Alang-alang dah topik zakat fitrah ni, apa kata ulangkaji sedikit sebanyak, kali ni lebih spesifik kepada zakat fitrah dalam bulan Ramadhan ni..  (kalau dalam entri  zakat  suatu masa dulu, info tersebut lebih ...

Buka puasa

Imej
Hari (tarikh entri) ni, aku sertai rancangan 'berbuka di luar' oleh semua adik-beradikku dan keluarga masing-masing (ni bagi kakak dan abang aku yang dah berkeluarga sendiri) . Aku tak ingat sejak bila, tapi setiap kali Ramadhan, pastinya akan ada satu sesi  IFTAR bersama-sama (semua ahli keluarga) di tempat yang luar biasa sikit. Tempat pilihan adalah secara rawak, asalkan kos tidak terlalu mahal dan juga ada kemudahan untuk solat dan tandas.. "Apa-apapun, tampak semua orang gembira bila berbuka sama-sama ^-^ bestnya suasana ni, aku suka tengok.." Fokus - Kegembiraan ketika berbuka Aku teringat akan satu hadith berkenaan hal puasa ni, seperti yang berikut; " ...Dan bagi orang yang berpuasa ada dua kegembiraan (iaitu) ; apabila berbuka ia gembira di waktu berbukanya, dan apabila bertemu Tuhannya, dia gembira dengan puasanya." (Riwayat Bukhari dan Muslim) Kalau diteliti isi tersebut, hadith tersebut menerangkan orang yang berpuasa akan bergembir...

Kerusi Roda

Imej
"Kak, patient ni nak kena pergi dupplex scan la..." - kataku kepada staf jururawat bertugas "Kejap, doktor.. Saya pergi ambil wheelchair dulu.." - balasnya " (wheelchair, eh?) Saya nak tolong tolak . " (nota - biasa HO kena escort pesakit pergi buat prosedur terutamanya kalau prosedur dilakukan oleh boss sendiri) "Eh takpe, doktor! Ni memang kerja saya. ."  Fokus - kenangan kerusi roda.. Wan dalam kenangan Melihat pesakit berkerusi roda, teringat aku akan (arwah) mak aku dulu, pun berkerusi roda sejak sakit strok mulai Jun 2006. Sejak tarikh tersebut, arwah hidup berkerusi roda dan perlu adapt sikit sesuai dengan kemampuannya: tidur di tingkat bawah berseorangan, nak bergerak (pindah tempat duduk/ katil ) pun perlukan bantuan.. "Dan yang tak bestnya, senyuman tidak lagi kelihatan pada wajahnya.. Kadang-kadang ada masanya tiba-tiba ngobak walaupun menyambut peristiwa gembira (macam masa Abang Ngah kahwin atau pun har...

Sayangi makhluk lain

Imej
Catatan kemaskini 21.2.2019 - sedikit tambahan (1) gambar (2) ayat dari surah At-Tiin 30.5.2019 - tambahan tentang hadith muslim 4517 tentang semut ---- Blog, mula di sini ---- Ketika post call (maksudnya aku kerja shift malam pada hari sebelumnya lalu diberi rehat sepanjang hari selepas pulang kerja ) .. Aku dalam perjalanan pulang ke rumah setelah habis kerjaku, sehingga di satu jalan ni aku berjumpa bangkai kucing yang telah mati dilenyek kereta.. Situasi! Dalam perjalanan balik rumah, di jalan raya anda ternampak bangkai haiwan, apa perasaan kalian melihat haiwan (mangsa) tersebut? a) Simpati  ( 'eey, kesiannya kucing ni kena langgar' dan sebagainya) b) Tak kisah langsung c) Puas hati (' padan muka, siapa suruh main kat tengah jalan raya.. kereta kan banyak'. . atau yang setara dengannya) "Siapa la akan jaga sang anak kecil kalau ibu dah meninggal~ Cuba bayangkan kalau situasi yang sama berlaku kepada manusia pula" >_<! Fokus - ...

Kad Raya

Imej
aneka corak kad raya ^-^ semuanya cantik-cantik Dah lepas 10 malam pertama Ramadhan, tahun ni aku tulis kad raya awal skit. Namun, sebab dah berpisah dengan semua kawan-kawan.. maka, had tahun ni ialah 10 keping kad raya sahaja yang akan ku kirimkan. (nota - kalau mintak alamat sorang-sorang memang susah mereka nak bagi dengan alasan 'tak payah susah-susah, internet je la') .. "Tentulah, golongan penerima kad raya ni bukannya sekadar kawan-kawan biasa. Istimewa sikit, in some way.." ^-^! Fokus - di sebalik kad raya.. (nota - entri kali ni lebih kepada copy paste isi entri diari volume 11/2012)  Memang setiap tahun aku tulis kad raya kepada kawan-kawan. Kalau boleh aku ingin bagi secara peribadi, namun banyak kali aku berakhir dengan selit-selitkan di pintu/ dalam beg dan sebagainya. Walaupun dunia terknologi serba canggih sekarang ni, orang ramai lebih sukakan media elektronik untuk menghantar e-kad raya, namun aku tetap gah dengan pendirian untuk kekal tu...

Batasan umur?!

"EH! BUDAK-BUDAK TAK BOLEH MEROKOK! Kalau nak merokok, tunggu bila dah besar nanti~"  - marah seorang perokok apabila kanak-kanak cuba meniru perlakuannya..  " (Dah tu! Apa yang buat kau  (orang dewasa)  bebas untuk merokok pulak?)"  - bisik hatiku acap kali mendengar sebagai respon balas dalam diam *Nota - dalam entri ni aku guna contoh mudah (merokok) , boleh ditukar kepada apa-apa jenis perbuatan mungkar yang lain  (eg. minum arak, mencuri, zina dan lain-lain)   Fokus - Nasihat tidak ada batasan umur Demikianlah antara skrip (marah) yang sering aku dengar apabila budak-budak cuba meniru kelakuan orang dewasa.. Jadi persoalan yang timbul dalam diri, "Apakah yang membuatkan orang dewasa fikir diri sudah layak untuk merokok? Kenapa mesti menjebakkan diri dalam perkara yang merbahaya (misalnya aspek kesihatan )? Kenapa sesuka hati menetapkan pendirian sedemikian pula?" "Dia dah besar! Pandai-pandai la dia bezakan baik dan buruk.. Buat apa na...

Bazaar

Imej
"Ran, tolong belikan sikit kuih-muih dan buah kat bazaar.." Fokus - bazaar Ramadhan Jadi, Ramadhan hari ke-11 baru la aku menjejak kaki ke bazaar. Sebelum ni aku berbuka puasa dengan masakan di rumah, tak terlintas pun untuk pergi ke bazaar sehinggalah suruhan tersebut. suasana Bazaar ramadhan.. ramai orang ^-^! "Bazaar ramadhan ni biasanya beroperasi selepas waktu asar, semata-mata untuk menjual juadah berbuka puasa untuk orang ramai (terutamanya bagi mereka yang tak lapang untuk masak sendiri).  Bazaar yang berhampiran dengan kawasan rumah aku adalah kompleks Muhibbah di Kampung Pandan. Memang dah lama aku tak datang sini (sebab aku belajar di Sarawak) , dan kali terakhir aku datang sini pun bersama arwah Wan dulu.."  Teringat dulu ketika waktu belajar di UNIMAS , aku hari-hari pun turun ke bazaar di pekan Satok (Kuching, Sarawak) untuk beli makanan buka puasa.. Agar tidak terlalu melampau dalam berbelanja, aku hanya set up perbelanjaan sebanyak RM1...

Sahur

Imej
Tengah-tengah santai menonton video di YouTube, aku menjumpai video oleh ProductiveMuslim seperti yang berikut.. Jom tengok kejap, seminit je.. Malas nak tengok juga? ^-^! Spoiler alert! video ni memaparkan tentang seorang muslim produktif bangun bersahur lalu menunaikan solat subuh. Kesannya sepanjang hari puasa, dia tampak positif untuk berkongsi maklumat tentang bulan Ramadhan dengan siapa saja yang ingin bertanya. Sementara muslim tak produktif digambarkan bangun lewat (tak bersahur) tapi turut berpuasa, namun perut lapar menyebabkannya takde mood untuk menjalani kehidupan harian lantas membuat papan tanda 'jangan ganggu'..  "Perkara yang membezakan puasa orang islam dan puasa ahli Kitab ialah adanya sahur.." Fokus - Bersahur Hm, dah hari ke-10 puasa ramadhan kalau berdasarkan tarikh entri ni.. alhamdulillah, setakat ni aku tak miss lagi bersahur. Walaupun sahur aku hanya sekadar makan ringan dan bukannya makan proper meal (atas dasar mengantuk --...

muhasabah

Imej
Balik lambat hari ni >_<! jaga kubikal akut memang penat sikit: melayan kerenah pesakit, menjalankan arahan complicated oleh boss dan macam-macam kerja lagi.. Sudahnya aku tergesa-gesa pulang ke rumah ketika azan Isyak berkumandang. Hendaknya sempat la nanti untuk turut serta tarawikh kat surau belakang.. Kalau dari entri tarawikh tahun ini  yang lalu, berikut adalah flow program di surau belakang: Solat Isyak berjemaah 905mlm - Bacaan tahlil ringkas untuk ahli Qaryah 925mlm - Solat tarawikh 4 rakaat 945mlm - Tazkirah 10-15 minit 1005mlm - Solat tarawikh 4 rakaat lagi 1020mlm - Solat witir 3 rakaat 2 salam Sejak awal Ramadhan tahun ni, aku sangat berminat untuk terus mengikuti slot tazkirah yang disampaikan sebagai selingan tarawikh di surau ni. Sebabnya tazkirah ni berkisar tentang perkara akhirat, iaitu gambaran syurga & neraka serta perkara-perkara yang berlaku di akhirat.. "Aku percaya mesti ramai pernah mengalami situasi taklimat sebelum menyerta...

Tawakal

Imej
"Eh, kau ni tak kuncikan motor kau ke, Syed? Nanti orang curi baru tau" - tanya seorang sahabat "Err.. kejap je takpe kot.. Lagipun kat hospital ni rasanya takde pencuri kot.." ^-^! balasku naif  "Eh, kau tak boleh macam ni..! Kalau kau nak motor kau selamat, kau kena usaha jugak. Tahu tak ada satu kisah sahabat Nabi dulu? "  Ha'ah, sering aku terlupa akan satu kisah nasihat ketika zaman nabi dulu. Jadi ingin aku kongsikannya di sini agar diri dapat lebih beringat, serta semoga bermanfaat kepada pembaca lain juga. (nota - oh ya, format penulisan dan penceritaan kisah aku yang kongsikan ni adalah olahan sendiri, namun hendaknya mesej dan isi cerita tidak berubah ^-^)

Tarawikh tahun ni..

Imej
Dah hampir seminggu aku buat solat tarawikh di surau belakang rumah. Tahun ni nyata berbeza jika nak dibandingkan ketika zaman sekolahku dulu (nota - kenapa dibandingkan dengan masa-masa sekolah dan bukannya tahun lalu? --> ketika di UNIMAS aku bertarawikh di sana, hanya balik bercuti raya pada malam terakhir ramadhan maka tak sempat mengalami suasana bertarawikh surau belakang sejak sekian 5 tahun lamanya) "Tahun ni surau belakang buat tahlil ringkas dulu sebelum tarawikh, tarawikh pula hanya 8 (merujuk kepada bilangan rakaat) je. Dan setiap 4 rakaat rakaat akan ada tazkirah kejap lepas tu sambung balik. Kemudiannya ada witir 3 rakaat." Kalau masa-masa dulu, surau tersebut buat solat tarawikh 20 rakaat diakhiri witir 3 rakaat.. Oleh kerana dulu ada 20 rakaat maka solatnya dilakukan secepat mungkin agar tamat tidak terlalu lambat, sementara 8 rakaat sudah dianggap cukup sedikit maka si imam mengambil masanya sendiri baca panjang-panjang (satu halaman alQuran tak sala...

Dari kisah Nabi Musa..

Imej
(Nota - oh ya, perkongsian ni adalah sebagai maklum balas dari entri  kalaulah.. )  ^-^! Kebetulan aku baca-baca Kalam-Allah maka aku berjumpa dengan satu kisah menarik dari surah Al-Kahfi 18:60-82. Jadi aku kongsikan semula dalam blog ni agar sama-sama dapat muhasabah dan ambil pengajaran dari kisah ni.. (nota - pewarnaan perkataan dalam terjemahan yang ditaip ni hanyalah bertujuan untuk membezakan antara watak-watak cerita semata-mata, tiada maksud lain) --------<terjemahan surah Al-kahfi 18->------------ 60: Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya, "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun" 61: Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelungsur menempuh jalannya di laut yang merupakan lorong di bawah tanah 62: Setelah mereka melampaui (tempat itu) , berkatalah ...

Kerja + Puasa

Imej
Ok, hari (tarikh) ni baru betul berpuasa sambil bekerja di hospital. Bagiku yang kali pertama ni dalam situasi sedemikian, memang satu cabaran hebat untuk kekal produktif dan proaktif dalam kerjaya. Selain shift posting ni selama 12 jam berterusan, kerja doktor ni bukannya jenis duduk di meja dalam aircond sambil menaip di komputer, tapi bahkan lebih banyak berulang-alik lagi pula naik-turun tangga serta berinteraksi dengan banyak pihak (pesakit dan keluarga, boss, pihak lain, kawan sekerja dll) .. "This kind of work surely drains my energy really quick. Baru half day dah lemah longlai dah.. macam mana (nak *hebat dan produktif) ni? " v_v *aku teringat akan sirah Rasulullah s.a.w yang mana peristiwa perang Badar berlaku pada bulan Ramadhan. Umat Islam memang sedang berpuasa pada masa itu dan berjumlah 313 orang pejuang sementara pihak musuh musyrikin tidak berpuasa bahkan sejumlah 1000 orang ramainya.. Kalau ikut logik akal dan rasional, semestinya keadaan tidak memihak ...

Bonus ramadhan

Imej
Hari pertama puasa di alam kerjaya dah berlalu v_v kebetulan aku post-call (*kerja shift malam pada hari sebelumnya ) maka hari ni aku off di rumah saja. Esok kerja siang baru boleh merasakan suasana bekerja ketika berpuasa.. Namun, pada hari pertama ni aku terkenang semula ramadhanku yang lalu dan bagaimanakah ia diisi.. Alhamdulillah kehidupan ramadhanku ketika di sekolah  SMKSJ,SBPIR  telah diisi menurut aktiviti yang dirancang oleh pihak sekolah. Sahur, Tadarus AlQuran, Tarawikh, Qiam segalanya dirancang baik. Disebabkan aku terikat dengan peraturan asrama, jadi boleh kata kebanyakan aktivti tersebut 'terpaksa' diikuti sama ada nak atau tak nak.. (bukannya boleh lari jauh pun) .. Menjelang matrikulasi di mana peraturan lebih bebas, cabaran bermula. Alhamdulillah aku takde masalah untuk kekal berpuasa penuh. Cuma aspek amalan-amalan lain ramadhan seperti tadarus, Qiam, mathurat, iktikaf tu semakin rasa berat pula.. Situasi ni menjadi lebih teruk lagi apabila meningka...

menjelang Ramadhan 1434H

Imej
Bulan ramadhan datang lagi~ Alhamdulillah, kerana berpeluang dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh berkat ini. Sebelum mula bulan puasa esok hari ni, marilah kita ulangkaji semula arahan Allah yang mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan. Dari surah Al-Baqarah 2:183.. Demikianlah, bulan Ramadhan ni setahun (hijriyah, 'tahun islam') sebulan je. Namun, dalam sebulan ni Allah telah melimpahkan rahmatNya ke atas semua umat Islam. Antaranya ada disebutkan dalam hadith berikut; "Sesungguhnya Ramadhan telah datang kepada kamu yang merupakan bulan berkat dan Allah s.w.t telah mewajibkan puasa dalam bulan ini. Semua pintu syurga dibuka dan semua pintu neraka ditutup serta dibelenggu semua syaitan. Ia mempunyai satu malam yang lebih baik dari seribu bulan dan sesiapa yang tidak diberikan kebajikan pada malam ini, bererti diharamkan baginya segala rupa kebajikan " (Riwayat Ahmad) Kalau dihayati firman Allah dalam ayat tersebut, puasa yang sebenar-benarnya pat...

ulang tahun XperiaRay

Imej
(Nota - entri ni pun bercirikan sama macam entri dulu  ulang tahun x2 ) Situation! Sejak hilang handphone  musibah 28.4.2012 , aku menggunakan nombor sementara 019 di handphone Nokia X2 . Kemudiannya bila dah dapat semula simcard 012 maka timbul persoalan; "Selepas ni bagaimana pula? adakah nak abaikan nombor 019 dan kembali kepada 012.. Jadi kebetulan X2 mempunyai fungsi dual sim, maka aku tiada masalah untuk gunakan dua-dua 019 dan 012.. Sampailah ke satu masa aku sedar bahawa telefon pintar menjadi keperluan harian lantaran banyak kemudahannya.. model pilihan aku Jadi, tanggal 7 Julai adalah ulang tahun pertama pemilikan telefon pintar aku. Setelah berfikir panjang, akhirnya aku membuat keputusan untuk gunakan nombor 012 sebagai operator pilihan telefon ini. Dan Alhamdulillah, telefon ni sangat berbakti kepada aku sepanjang setahun penggunaan ^-^ antaranya (jom tengok fokus) .. Fokus A - talian komunikasi pasif Walaupun nombor 012 adalah postpaid ...

Preemptive strike!

Imej
" *no10 (*antara golongan yang awal) first day exam v_v Ya Allah, tetapkan hati ini, redhakan aku atas pilihanMu" - status seorang sahabat menjelang hari final examnya.. Teringat juga, aku pun turut menghadapi situasi yang lebih kurang sama baru-baru ni.. "Tomorrow, please come see me (for assessment)  first thing in the morning.." - beritahu supervisor  " (Morning?! i thought i will have more time to study if it is afternoon.. ^-^! just great~) " - bisik hati Awalnya dah kena!  Giliran awal~  ni lantas aku teringat satu istilah dari game kegemaran aku - preemptive strike . Takpe, jom tengok fokus... Fokus - *Preemptive strike gambar hiasan (FFXIII - preemptive strike) Apa tajuk fokus ni? Istilah ni aku belajar dari game Final Fantasy yang mana ada kalanya pemain boleh membuat serangan awal (hendap) kepada musuh mendatang. Situasi begini memang satu kelebihan sungguh kepada pemain untuk menang dalam pertempuran.. Kalau disemak maksud...

60sec shoot-out!!

Imej
Assessment fasa satu dah tamat! Prestasi aku tidak begitu memuaskan diri walaupun supervisor aku akhirnya luluskan aku juga v_v!! jadi aku rasa down sikit. Kebetulan abg Chik ada di rumah serta hari ni khamis (wayang baru keluar) , maka malam ni aku ambil keputusan untuk lepaskan stress dengan menonton wayang di MBO Ampang.. Di internet tengok-tengok masa tayangannya pukul 810 tapi di kaunter masanya 845 pula.. ^-^!  "Ada masa lagi setengah jam lagi.. Nak buat apa sementara tunggu ni?" (nota - kat tempat ini cuma panggung wayang sahaja yang menjadi tarikan sedangkan kedai-kedai lain tampak biasa sahaja. Jadi biasanya aku datang sini solely untuk tengok wayang, kalau tak mulalah termanggu-manggu..) "Nak main arcade jom?" Fokus - game arcade pilihan Jadi entri ni adalah berkenaan game. Tajuk yang bersahaja. Aku pasti ada yang pernah datang ke arcade (arcade ni pusat hiburan video game yang memerlukan token / koin untuk memulakan permainan, biasanya terda...

Tak cukup masa?!

Imej
time is running out Esok aku ada assessment ! Posting surgery ni aku tak tau nak studi apa untuk assessment tersebut. Silabus lebih meluas kalau nak dibandingkan dengan posting pertamaku O&G dulu. Dan masa semakin suntuk >_<! "Kalaulah aku ada diberi masa studi lebih lagi..." - ayat tipikal yang pastinya menjadi sebutan menjelang exam tapi masih belum bersedia.. STOP ! Jangan disebut ayat tersebut, Syed! Fokus kali ni adalah berdasarkan 2 isi berikut: Semua yang telah berlaku adalah takdir Allah s.w.t, jadi tak perlulah nak mengeluh atau komplen seperti mana hadith berikut: (kupasan semula entri  kalaulah )

Looking back 6 month time..

Imej
Haha, pada minggu (bertarikh 1-5 julai 2013) ni adanya rakan seperjuangan aku sedang menjalani kursus induksi sebelum mulakan kerjaya doktor mereka. Biasanya hari pertama kursus, mereka akan diberi jawapan tentang permohonan tempat kerja mereka. Ada yang dapat seperti yang dipinta, dan ada juga yang tidak.. Maka maka pelbagai status berbaur keluhan / ceria (bergantung kepada takdir mereka) timbul di dinding-dinding laman sosial Facebook. . Antaranya yang dapat aku kongsikan (olahan semula) : "Berat hati dan sedih. My next 2 years will be in Hospital X (komen - mestilah jauh dari rumah) . Bulan puasa dah dekat. Raya will i get my leave??  "Kuatnya kami diujui. Seorang di A, seorang di B. Kalau itu takdirnya, redhakanlah hati kami ya Allah.. "- (ni merujuk kepada seorang sahabat yang dah berkahwin tapi ditakdirkan tempat kerja yang nyata jauhnya ) "Semakin kita rasa diri ini kuat & tabah maka semakin besarlah ujian & dugaan yang diberi. Pengembaraan ...

sifat pemaaf

Imej
Bagi memulakan entri kali ni, ingin sekali aku ajukan pertanyaan berikut; "Dalam banyak-banyak akhlak/ sifat mulia (seperti rajin, tabah, berani, sopan santun dll) , agaknya apakah sifat yang *paling kalian suka tengok??" (*tentulah semua akhlak mulia adalah menyenangkan dan disukai umum tapi aku percaya setidaknya kita boleh fikirkan preference masing-masing. Dengan kata lain, sifat tersebut pastinya memberi kesan mendalam terhadap jiwa apabila diperlihatkan) Aku yakin setiap orang mempunyai pendapat dan jawapan tersendiri (berdasarkan pengalaman hidup masing-masing) . Dan aku juga, turut mempunyai pandangan peribadi. Ok, jawapannya aku terangkan melalui situasi (trigger) berikut. Entry start!!