60sec shoot-out!!

Assessment fasa satu dah tamat! Prestasi aku tidak begitu memuaskan diri walaupun supervisor aku akhirnya luluskan aku juga v_v!! jadi aku rasa down sikit. Kebetulan abg Chik ada di rumah serta hari ni khamis (wayang baru keluar), maka malam ni aku ambil keputusan untuk lepaskan stress dengan menonton wayang di MBO Ampang.. Di internet tengok-tengok masa tayangannya pukul 810 tapi di kaunter masanya 845 pula.. ^-^!
 "Ada masa lagi setengah jam lagi.. Nak buat apa sementara tunggu ni?" (nota - kat tempat ini cuma panggung wayang sahaja yang menjadi tarikan sedangkan kedai-kedai lain tampak biasa sahaja. Jadi biasanya aku datang sini solely untuk tengok wayang, kalau tak mulalah termanggu-manggu..)
"Nak main arcade jom?"
Fokus - game arcade pilihan
Jadi entri ni adalah berkenaan game. Tajuk yang bersahaja. Aku pasti ada yang pernah datang ke arcade (arcade ni pusat hiburan video game yang memerlukan token / koin untuk memulakan permainan, biasanya terdapat di pusat membeli-belah) terutamanya ketika zaman sekolah dulu.. Aku juga tak terkecuali, namun entah sejak bila aku tidak lagi begitu beriya-iya nak main game arcade ni..
"Pertamanya pihak pengusaha kedai arcade ni pasti dah menetapkan tahap kesukaran maksimum agar pencabar (pemain yang datang nak main) selalu kalah --> kena beli token lagi banyak-banyak untuk kuasai permainan sampai tamat.. dan keduanya disebabkan kebanyakan game di arcade terdapat juga di konsol Playstation, komputer (dll) misalnya game Street Fighter, King of Fighter, Metal Slug.. aku mengandaikan kita akan dapat lebih penjimatan dan kepuasan sekiranya kita tahan diri dan main game di rumah sahaja.."
mesin shoot-out
Namun, tetap ada juga jenis game yang tidak terdapat di rumah atau versi portable. Terutamanya game yang melibatkan simulasi kereta / muzik. Maka sekali-sekala aku tetap sudi meluangkan masa untuk bermain sekiranya ada ajakan kawan-kawan. Dalam banyak-banyak game eksklusif arcade ni, aku paling suka game basketball throw ni.. Permainan ni melibatkan pemain perlu menjaringkan bola sebanyak mungkin dalam jangka masa yang diberi (biasanya 60 saat shoot-out). Jadi kenalah baling laju-laju ^-^! gelabah la juga bila masa semakin suntuk. Sebagai galakan, pemain boleh maju ke tahap seterusnya apabila skor terkumpul melepasi nilai tertentu:

Tahap 1 (kalau skor 50+) ---> Tahap 2 (bila dah skor 150+) --> tahap 3 (kena skor 250+) --> tahap 4
(nota - perbezaan antara tahap ni merujuk kepada pergerakan kedudukan jaring tersebut ie. makin tinggi tahap makin bergerak-gerak kedudukannya dengan laju)  

Pastinya aku akan main walaupun sekali setiap kali datang ke arcade..
"Haha ^-^ pilihan ini adalah berdasarkan perasaan nostalgia yang timbul. Diperihalkan aku menyertai aktiviti basketball ketika menjalani kehidupan SBP aku sepanjang tahun 2004/2005 dulu. Sekarang ni aku tidak lagi turun ke gelanggang, namun perasaan melontar bola masuk jaring tu tetap menyeronokkan ^-^ Rindunya zaman dulu.."  
 Kalian semua pula, macam mana; apa agaknya game kegemaran bila datang ke arcade??

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)