Petting animal..
[nota - entri ni topik rawak ^-^! malah bukannya berdasarkan peristiwa peribadi.. maka sepatutnya bukan satu entri panjang..] Baru ni kakak aku bawa anak-anaknya melawat ke Farm in the city untuk memberi pendedahan tentang haiwan-haiwan peliharaan yang jinak seperti ayam (kalau gambar ni -> anak ayam) , arnab, kuda dan lain-lain.. "Aku berpendapat itu adalah satu tindakan yang baik bagi ibu bapa; memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang haiwan peliharaan. boleh memupuk kasih sayang terhadap haiwan-haiwan ni.." Kalau dulu-dulu di kampung, tentulah adanya haiwan sebegini di halaman/ladang. Tapi melihatkan generasi muda (moden) yang dimanjai teknologi dan gadget elektronik dewasa ni, aku boleh kata susah nak semai pendedahan sebegini. Malahan, ada pula yang berfikiran bahawa anak-anak mereka bersih (sementara haiwan-haiwan tersebut semua kotor) tak sesuai untuk dibelai pegang bagai.. ^-^ maka impaknya terjadinya golongan yang mementingkan diri sendiri serta...