Petting animal..

[nota - entri ni topik rawak ^-^! malah bukannya berdasarkan peristiwa peribadi.. maka sepatutnya bukan satu entri panjang..]

Baru ni kakak aku bawa anak-anaknya melawat ke Farm in the city untuk memberi pendedahan tentang haiwan-haiwan peliharaan yang jinak seperti ayam (kalau gambar ni -> anak ayam), arnab, kuda dan lain-lain..
"Aku berpendapat itu adalah satu tindakan yang baik bagi ibu bapa; memberi pendedahan awal kepada anak-anak tentang haiwan peliharaan. boleh memupuk kasih sayang terhadap haiwan-haiwan ni.."
Kalau dulu-dulu di kampung, tentulah adanya haiwan sebegini di halaman/ladang. Tapi melihatkan generasi muda (moden) yang dimanjai teknologi dan gadget elektronik dewasa ni, aku boleh kata susah nak semai pendedahan sebegini. Malahan, ada pula yang berfikiran bahawa anak-anak mereka bersih (sementara haiwan-haiwan tersebut semua kotor) tak sesuai untuk dibelai pegang bagai.. ^-^ maka impaknya terjadinya golongan yang mementingkan diri sendiri serta memandang hina/rendah kepada haiwan..
"Bila melanggar (roll over) kucing, seolah-olah takde rasa bersalah langsung dan berlalu pergi begitu saja.." - entri sendiri sayangi makhluk lain
teringat akan satu kalimah Allah dalam KalamNya..
"Tidakkah engkau mengetahui bahawa Allah kepadaNya tasbih sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi serta burung-burung yang terbang berbaris di angkasa? Masing-masing sedia mengetahui (menurut keadaan semulajadi) akan cara mengerjakan ibadahnya kepada Allah dan memujiNya, dan Allah Maha Mengetahui akan apa yang mereka lakukan.. (Surah An-Nur 24:41) 
Kalau nak kata kita sebagai manusia ciptaan Allah yang paling mulia, maka ayat tersebut menyedarkan kita bahawa setiap masa makhluk-makhluk hidup ni sentiasa bertasbih (dengan cara sendiri) kepada Allah.. Kau ada?? Kalau ada, bagus........ terbaik..
"isi yang aku cuba sampaikan dalam entri ini ialah; tentulah kita ini manusia yang diciptakan oleh Allah secara terbaik, namun sebaiknya kita turut hargai semua ciptaan Allah yang lain (terapkan kasih sayang dalam pelihara sebaik-baiknya, setidaknya tidak memandang hina mereka).." 
Some other stream of thought
teringat aku akan salah satu game kegemaran harvest moon: salah satu elemen utama game ini ialah menjaga haiwan peliharaan / ternakan dengan baik..
  • semua haiwan nak kena beri nama sendiri (kalau 5 ekor lembu, lima-lima kena bagi nama) ^-^! leceh pulak.. 
  • semua haiwan kena jaga (beri makan, gosok, bawa berjalan, pegang, bercakap dengannya walaupun dia tak faham bahasa manusia)
antara fikiran lain, sekadar meluahkan perasaan sendiri je..
"Sebelum aku mula mencintai manusia, mungkin aku perlu berlatih dengan mencintai haiwan terlebih dahulu.. Bukankah para nabi juga begitu? (sebelum dihantar mendakwah manusia, kebanyakan para nabi adalah pengembala untuk berlatih dulu dengan haiwan) Semoga suatu hari nanti.. insya-Allah.."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)