Of Bunga Telur and Bally Shoes
Serta merta aku teringat akan satu cerpen english yang dipelajari ketika di bangku sekolahku dulu; Of Bunga Telur dan Bally Shoes karya Che Husna Azhari (dalam literature book The Selected Poems and Short Stories Form 1 terbitan 2000). Sukanya aku nak imbas sepintas lalu:
siapa ingat lagi baca buku ini? |
---------------------------<story starts>------------------------------------
"What Bally Shoes?" - he replied..(Sinopsis kisah tersebut boleh didapati di --> Literature for Secondary Schools)
-----------------------------------------<story ends there>------------------------------------------------
Jadi demikianlah kisahnya. Berdasarkan kisah tersebut ada beberapa pengajaran yang perlu aku (kita) ambil
- Kena bijak berbelanja dan menyimpan sejak awal (bujang) lagi supaya perbelanjaan berkahwin kelak lebih mampu ditanggung tanpa menyusahkan pelbagai pihak
- Urusan perkahwinan ni perlunya perancangan rapi serta berpatutan (sesuai dengan kemampuan sendiri), dari kisah tersebut diperlihat betapa Jamal berusaha mengurangkan kos perbelanjaan sekadar yang mampu tanpa terikat dengan hutang bank (kalau hutang dengan keluarga takpe kot :P lain la kalau ahli keluarga sangat berkira).
- Perlunya mengekalkan adat dan budaya tempatan~~ hmm, boleh la..
Some other stream of thought
- Dengar-dengar pengalaman daripada kawan aku ni, buat rasa excited pula nak melangkah juga ke gerbang perkahwinan ^-^!
"..cuma, sampai sekarang ni aku masih tak ada bayang si bakal permaisuri hati lagi..? Siapa la agaknya.."
- Sementara itu, perihal perbelanjaan perkahwinan ini aku pernah dengar akan hadith:
"Sebaik-baik mahar ialah yang paling mudah" [Al-Mustadrak/ 2742, disahihkan oleh Al-Hakim dan dipersetujuï oleh Az-Zahabiy. Disahihkan oleh Al-Albaniy]
"Sebaik-baik perkahwinan ialah yang paling mudah" [Abi Dawud/ 2117, disahihkan oleh Al-Albaniy]"
Iaitu ia merujuk kepada perbelanjaan perkahwinan agar tidak membebankan sehingga berhutang (akibat mahar / perbelanjaan yang tinggi). Namun diingatkan ia tak bermakna tak perlu perbelanjaan langsung pula.. (boleh rujuk blog Seutas Tasbih - Mahar ikut sunah, Majlis ikut nafsu)
Ulasan