Jumaat Saiyidul Ayyam


"Hari ni adalah hari jumaat! Saiyidul Ayyam ( سيد الايام )
"Apa tu Saiyidul Ayyam?"
"Aku tahu! Maksudnya 'penghulu segala ayam'" - gurau seorang rakan apabila melibatkan istilah tersebut 
"Bukanlah, maksud sebenarnnya adalah penghulu segala hari"
Ya, terjemahan bahasa arab terhadap hari jumaat memang bermaksud demikian. Pernah terfikir tak? Kenapa hari jumaat dinamakan sedemikian sedangkan hari-hari lain dinamakan sejajar dengan bilangan 7 hari dalam seminggu iaitu ahad ( واحد satu) - isnin ( اثنان dua) - selasa (ثلاثة tiga) - rabu (اربعة empat) - khamis (خمسة lima) - jumaat - sabtu (سبعة tujuh). Penjelasannya ialah;

Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata: “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah SWT memerintahkan hamba-hamba-Nya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.”
Jom kita tengok hadith tentang keutamaan hari jumaat untuk orang Islam
Daripada Hudzaifah r.a dengan lafaz; "Allah telah menyesatkan orang-orang sebelum kita dari hari Jumaat, maka umat Yahudi memperoleh hari Sabtu, umat Nasrani memperoleh hari Ahad. Lalu Allah mendatangkan kita dan memberi kita hidayah untuk memperoleh hari Jumaat. Maka Allah menjadikan hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, dan mereka (umat sebelum kita) berada di belakang kita pada hari kiamat. Kita datang paling akhir di dunia, tetapi paling awal datang di hari kiamat yang telah ditetapkan untuk mereka sebelum diciptakan seluruh makhluk.” (Hadis Riwayat  Muslim r.a.)
Dari hadith tersebut aku faham, umat Yahudi dan Nasrani masing-masing ada hari istimewa Sabtu dan Ahad. Maka Allah memberikan hari istimewa umat Islam pada hari Jumaat iaitu lebih awal (dalam urutan hari) daripada umat lain. Dari hadtih yang sama menjelaskan, hari Qiamat ditakdirkan datang pada hari Jumaat maka pada hari tersebut umat yang pertama dibangkitkan semula adalah umat islam kemudian diikuti dengan umat lain selari dengan hari istimewa masing-masing --> maksudnya kita (umat Islam) akan bangun paling awal pada hari akhirat kelak..
"Bila aku baca hadith ni, barulah aku faham kenapa sabtu dan ahad dijadikan hari cuti.. Sementara itu, baru aku nampak kenapa sebilangan negeri-negeri di Malaysia ini cuti hari Jumaat ^-^ ada kisah di sebaliknya rupanya.."
Jadi apa yang istimewanya hari Jumaat ni berbanding hari lain? Berikut dijelaskan sedikit keistimewaan (Bacaan penuh boleh didapati dari sumber berikut syafiQolbu)
  • Hari paling mulia, sepertimana hadith berikut;
Daripada Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir r.a berkata, Rasulullah s.a.w bersabda“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini lebih mulia dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah s.w.t, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)
Oleh itu, marilah kita berlumba-lumba untuk berbuat kebaikan pada hari Jumaat yang mulia ini. Antara yang boleh dilakukan termasuklah mengamalkan sunah Jumaat seperti gambar sisipan berikut;



Selamat beramal ^-^ insya-Allah~

Some other stream of thought
  • Rupanya selawat kita ada buat hari-hari (baca entri Lafaz Selawat). Tapi, hari jumaat jom buat lebih-lebih.
  • Ada surah tertentu sebagai amalan sunat. Kaut lebih sikit --> 6 Surah Sunat Hari Jumaat  
  • Walaupun Solat Jumaat tu adalah event trademark hari jumaat, namun agak sedihnya bila melihat ada orang yang berat hati untuk menghadirinya.. (eg. sengaja membeli tiket balik pada masa solat jumaat, ada yang sengaja ponteng datang masjid dll)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)