Stayup lewat vs Bangun awal
Seperti tajuk yang diberi, kalau anda dalam situasi berikut apakah agaknya pilihan anda ye? Terutamanya ketika sedang meluangkan hari cuti / hari minggu. Nak stay up lewat atau pun tidur awal (untuk bangun awal)?
(nota - sumber rujukan untuk entri ni ahli syurga kurang tidur)
Tambah-tambah teringat aku akan satu nasihat bahawa pada malam hari hendaklah diperbanyakkan ibadah dan dikurangkan tidur. Jom kita teliti hadith berikut;
Selain itu, terdapat juga nabi-nabi lain yang boleh dijadikan teladan. Misalnya Nabi Daud a.s. Pernah dengar 'cara atau kaedah ibadah Nabi Daud a.s'?. Kaedah beramal beliau sangat disukai oleh Allah iaitu Beliau mulakan malamnya dgn tidur seperdua malam (6 jam), kemudian beliau bangun dan mengerjakan pelbagai amalan dan ibadah yg sunat-sunat seperempat malam (4 jam), kemudian beliau menghabiskan malamnya (i.e. seperenam malam = 2 jam) tidur semula.
Insya-Allah lepas ni kita boleh la cuba-cuba juga ye ^-^ cuba sikit-sikit pun tak apa.. Yang penting, istiqamah untuk terus memperbaik dan memperbanyakkan amalan.. (^-^! ni nasihat untuk diri aku juga..)
Some other stream of thought
Kebetulan jumpa maklumat ni di laman sosial, maka aku ingin kongsikan di sini juga;
Daripada Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saw; "Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan *pembasmi segala penyakit dalam badan." (Menurut Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, *pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si sakit semula)
- Stayup lewat - Sejak dari sekolah menengah lagi, aku mula cenderung untuk stay up lewat malam dengan tujuan menyiapkan kerja sekolah. Pada masa itu, biasanya aku tidur mendekati pukul 2 pagi. Sering dikhabarkan kalau lewat-lewat malam suasana rasa lebih tenang sikit. Tiada gangguan seperti adanya jadual-jadual lain (eg. kalau siang hari mungkin ada waktu nak tengok siaran tv, makan tengah hari dan sebagainya) Namun, menjelang zaman universiti cabaran tersebut tampak lebih tegar, dengan adanya kemudahan internet (eg. jadi boleh tengok YouTube bila-bila masa selagi ada media yang available) dan pengangkutan sendiri (eg. tiba-tiba rasa nak keluar makan, boleh je keluar). Sementara kalau dah stay up lewat ni, bagi aku tentunya susah untuk bangun awal.
"Yang tak bestnya ialah apabila missed solat subuh pada waktunya" >_<! Astagfirullah~
- Bangun awal - kaedah ini memerlukan aku untuk tidur lebih awal sikit. Cuma masalahnya, aku bila dah tidur memang susah nak bangun semula kecuali menjelang subuh hari (maksudnya kalau aku terjaga pukul 3 pagi sekali pun, aku akan tidur semula tak kira apa) >_<! Aku suka cara ni sebab dengannya aku dapat menjaga solat Subuhku selaras dengan azam 2013 aku
"Namun, bila difikirkan kaedah ini terasa sangat ruginya masa dibazirkan dengan hanya tidur sahaja. macam mana ni??"Fokus - kurangkan tidur, banyakkan amalan pada malam hari
(nota - sumber rujukan untuk entri ni ahli syurga kurang tidur)
Tambah-tambah teringat aku akan satu nasihat bahawa pada malam hari hendaklah diperbanyakkan ibadah dan dikurangkan tidur. Jom kita teliti hadith berikut;
Diperihalkan hadith oleh Yusof b Muhammad b Munkadiri hadith dari bapanya (i.e. Muhammad b Munkadiri) yg berkata: 'Telah bersabda Rasulullah s.a.w: Telah berkata Ummu (ibu) Sulaiman b Daud (iaitu isteri Nabi Daud (kepada anaknya)): 'Wahai Sulaiman! Janganlah engkau memperbanyakkan tidur ketika malam, maka sesungguhnya memperbanyakkan tidur ketika malam meninggalkan (i.e.mengakibatkan) hamba (yg tidur itu) fakir di hari kiamat kelak. (Riwayat at-Tobrani)Dari hadith tersebut, betapa Islam menggalakkan umatnya agar kurang tidur malam dan beribadah. Selari dengan firman Allah dalam al-Kitab;
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah (solat tahajud pada waktu) malam, selain dari yang sedikit masa. Iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan sedikit dari separuh itu.." (Surah Al-Muzzammil 73: 1-3)Tak dilupakan, Rasulullah s.a.w *sentiasa (*aku difahamkan bahawa qiamulail adalah ibadah wajib bagi baginda) bangun malam untuk beribadah kepada Allah s.w.t, sehingga diceritakan baginda turut mengejutkan anaknya Saidatina Fatimah dan (suaminya) Saidina Ali di pintu rumah mereka agar bangun ^-^

Ulasan