Kad kredit

"Tahniah, encik Syed! Kami dari Bank XX ingin menawarkan khidmat kad kredit kepada encik. Dengan kad kredit ini, encik boleh dapat banyak faedah dalam perbelanjaan, sesuai dengan cara hidup encik"
Apa dia kad kredit ni? Aku tak pernah ada jadi mestilah aku tak tahu. Jadi jom sama-sama ulangkaji sikit ^-^! Penerangan berikut adalah jelas copy paste untuk pengetahuan bersama (dari sumber berikut www.usahawan.com);

Kad kredit ni adalah satu kaedah pembayaran yang membolehkan kita membeli barangan / mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Pembayaran tersebut adalah terhad kepada nilai maksimum yang boleh dicaj terhadap kad tersebut. Apabila seseorang pengguna menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak pengguna dan kemudiannya meminta bayaran daripada pemegang kad kredit dalam bentuk penyata bulanan.



Frank MacNamara memperkenalkan konsep kad kredit ini pada tahun 1950 dengan tujuan untuk memudahkan pembayaran. Pada ketika itu hanya golongan kelas atasan sahaja yang mampu menggunakan kad kredit. Bagaimanapun, sekarang ini kad kredit telah mampu dimiliki orang kebanyakan. Di negara kita penggunaannya semakin meluas apabila kerajaan membenarkan pemilik kad kredit kepada individu berpendapatan RM1500 sebulan atau lebih, bermula 28 Julai 1999.
Segala-galanya menjadi mudah dengan kad kredit. Tidak perlu membawa wang tunai dalam jumlah besar. Keselamatan lebih terjamin daripada risiko disamun atau kemungkinan wang hilang. Gaya hidup moden mementingkan keberkesanan dan nilai kepuasan setiap barang dan perkhidmatan digunakan. Kad kredit antara perkhidmatan memberi kemudahan dan kepuasan kepada pemiliknya. Ramai orang berpendapat bahawa kad kredit adalah simbol kemewahan dan harus dimiliki oleh mereka. 
Sebaliknya, kini kad kredit ini telah menjadi seolah-olah ”ceti teknologi” kerana ia boleh menyebabkan pemegangnya terjebak dalam masalah hutang. Menurut sumber yang dipetik daripada Bank Negara Malaysia (BNM), sebanyak 8.8 juta kad kredit dikeluarkan oleh institusi kewangan di seluruh negara dengan purata setiap pemilik mempunyai 3 kad kredit. Lagi, hutang kad kredit ini bertambah 20 peratus pada setiap tahun. Dengan kadar faedah 1.5 peratus sebulan, bank-bank di Malaysia dengan mudah mendapat keuntungan faedah berjumlah RM159 juta setiap tahun tidak termasuk caj-caj untuk perkhidmatan lain seperti caj pengeluaran tunai (5%) dan caj lambat bayar (RM5)."
(fakta tentang jenis kad kredit adalah bersumberkan dari link berikut --> Jenis-jenis kad kredit di Malaysia)
Oh, rupanya ada beberapa jenis kad kredit di Malaysia ni. Antaranya yang tersenarai;
  • Kad kredit pulangan wang
  • Kad kredit ganjaran
  • Kad kredit petrol
  • Kad kredit perjalanan
  • Kad kredit premium
  • Kad kredit khusus
Fokus - hidup tanpa berhutang v_v
(boleh kaitkan dengan entri Hutang)

Berdasarkan entri tersebut serta maklumat (nasihat) yang terdapat darinya, aku memasang niat untuk hidup tidak berhutang terutamanya dalam perbelanjaan harian aku. Tentulah, aku tak dapat mengelakkan diri dari berhutang ketika membeli rumah & kereta pada satu masa hadapan kelak, maka itu sahaja pengecualian yang aku ingin lakukan.

Sebabnya, nasihat dari Ustaz Zaharuddin dalam taipannya bahaya hutang menurut islam juga telah menerangkan tentang risiko berhutang ni. Jadi aku ingin dengar nasihat tersebut dan ingin menggelakkan penggunaan kad kredit selagi boleh. Alhamdulillah, setakat ini aku rasa cukup dengan apa yang ada pada diri dan insya-Allah aku cuba agar nafsu material tidak menguasai diri v_v

Jadi maaf la kad kredit ^-^! aku cuba sehabis baik agar tidak menggunakanmu..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)