Cebisan kenangan (Year 4 Elective Posting)

Secara rawaknya, aku teringat semula ketika program elektif di terengganu Year 4 dulu ^-^! rindu pula saat lama.

Fokus - UNIMAS Year 4 Elective de' Ganu (14 Feb - 14 Mac'2011)
Watak utama episod ni ada 8 orang (termasuk aku) iaitu 7 orang yang lain itu Ikhwan, Ira, Alia, Ema, Hazira, Atlin, Kam. Ada watak lain dari kumpulan Kelantan dan juga Pahang. Nanti aku sebutkan ^-^
"Secara peribadinya, aku memilih elektif di negeri ni atas dasar kenangan iaitu aku pernah tinggal di Terenganu (spesifiknya Kerteh) ketika sekolah rendah dulu. Kononnya aku berharap dapat melawat tempat lama ^-^! naifnya~"
Tempat posting kami berlapan adalah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu.
"Peribadinya aku suka lokasi hospital ni sebab ianya dekat dengan pantai ni. Boleh rasa bayu laut kot, harapnya ^-^! setidaknya lepas kerja boleh ambil angin kejap~ nyaman.."
Kebetulan kami perlu menyiapkan prosedur klinikal O&G (iaitu kena conduct delivery x15 sebelum tamat Year 5) jadi kami semua memilih untuk menyertai posting O&G sahaja sepanjang program ni..


Walaupun program tersebut bertujuan untuk menimba pengalaman klinikal berlatarkan sistem hospital yang berlainan, namun bagi kami (aku), ini la masanya untuk jalan-jalan ^-^ antara tempat yang menjadi persinggahan kami;

watch bay pantai batu buruk
1) Pantai Batu Buruk
Bersebelahan dengan HSNZ, sememangnya ni jadi destinasi lawatan pertama kami. Di sekitar ni terdapat pelbagai gerai keropok lekor, lok ceng dan juga restoran-restoran..

Aku tak nampak pula ada orang mandi-manda di pantai ni, mungkin ada masa/ musim yang sesuai kot. Takpelah, bagi aku dapat menikmati pantai pun dah cukup memberi ketenangan ^-^ aktiviti lain yang terdapat di pantai ni ialah bermain layang-layang (sebab kat pantai memang selalu berangin jadi logiklah macam tu), serta menunggang kuda..

Guest character yang turut datang melawat tempat ni ialah kawan-kawan dari posting elektif di Kuantan; Naim, Saliziana, Fauzan, Luqman, Zulkimi, Izzat, Ain, Fazila, Tifa. Masing-masing bawa pasangan sendiri pulak tu (kecuali Luqman) ^-^! haha, menarik betul mereka ni.. Oh ya, mereka datang balik hari sahaja. Jadi sebelum berpisah, makan ramai-ramai kat tepi laut ni.. Terbaik~

2) Muzium Terengganu
Antara binaan muzium yang sungguh megah. Seolah-olah memberi idea bahawa pengunjung adalah bersaiz gergasi ^-^ Demikianlah muzium negeri Terengganu. terasa kerdilnya diri aku ketika berdiri menghadap bangunan ni..
"Lawatan terakhir aku ke tempat ni adalah ketika keputusan SPM diumumkan (Mac 2006, bersama keluarga). Dah lama 5 tahun dah, tapi tempat ni masih macam dulu" ^-^!
Oh ya, tapi kali ni kami (aku) tak masuk ke dalam untuk melihat sejarah berkaitan dengan Terengganu. Mungkin disebabkan faktor masa / bayaran masuk (aku dah lupa). Tapi di sekitar muzium ni terdapat beberapa pameran lain jadi kami hanya berjalan melihat sekeliling sahaja..

3) Waterfront
Pemandangan di tempat ni sangat cantik ^-^ Allahu akbar, Alhamdulillah kerana diberikan kesempatan melihat tempat ni pada waktu malam.. Tapi selain dari pemandangan yang cantik, tiada apa-apa sangat pun..





4) Masjid Kristal dan sekelilingnya
Kemudian, satu lagi tempat kunjungan yang menarik - Masjid Kristal. Diperihalkan 'kristal' lebih jelas nampak pada waktu malam (tapi aku tak pernah tengok lagi). Sementara itu, berhampiran dengan masjid ni, terdapat 'taman monumen Islam' yang menunjukkan replika mini masjid-masjid yang masyur di seluruh dunia..

Guest character untuk lawatan ke tempat ni adalah kawan-kawan dari Kelantan, kebetulan turun ke Terengganu untuk bertanya khabar ^-^! mereka adalah Anuar, Asyikin, Anis Liyana, Shuhaili, Maryam (ada lagi ke..? kalau ada yang tertinggal maaf la ye..)

"Sayangnya aku tak berkesempatan pergi melihat tempat ni >_<! kebetulan keluarga aku datang melawat ke Terengganu jadi jadual aku tertumpu kepada kemahuan ibu bapa pada masa itu. Takpe, takpe.. lain kali insya-allah"



5) Air terjun Sekayu
Aku juga tak pergi ke tempat ni atas faktor yang sama. Tapi dah kata air terjun, pastinya aktiviti mandi-manda dan berkelah.. Setidaknya mereka celup kaki atau main air sahaja..
6) Dataran Syahbandar (event JomHeboh)
Pada bulan tersebut juga, adanya karnival JomHeboh yang diadakan di dataran Syahbandar.
"Ni kali pertama aku pergi ke karnival jomHeboh ni setelah dah lama diperkenalkan. Baru la aku tahu karnival ni adanya pameran, jualan barang-barangan, permainan, aktiviti artis tempatan dan konsert (sebelum ni mindset aku hanya terhad kepada konsert semata-mata).  Takpe la, alang-alang berada kat sini, mungkin sebaiknya aku tengok sambutan yang diberikan oleh penduduk tempatan.."
7) Pulau Perhentian (aktiviti 2 hari 1 malam)
Aktiviti besar yang diadakan ketika posting elektif kami. Bersama-sama 3 orang guest character (lagi); Anuar, Maryam dan Shuhaili (dari posting di Kelantan), kami pergi ke Pulau Perhentian.
"sekali lagi, aku suka pergi ke tempat-tempat pulau/laut ni ^-^ namun, kalau buat trip naik gunung sekali pun aku tak kisah untuk turut serta.."
Perbelanjaan yang perlu dibayar adalah kira-kira RM210 seorang termasuk makan, penginapan dan aktiviti (ni aku lupa, mana la diary vol 10 aku ni ^-^!). Jadi antara aktiviti yang ada termasuklah snorkeling, canoeing dan jalan-jalan sepanjang pantai.

Pada malam harinya kami berkumpul di meja sambil borak-borak atau main kuiz atau game ^-^ seronok bila tengok semua orang menyertai, seolah-olah masing-masing ingin luahkan tekanan yang tersimpan dalam diri ketika studi..


---------------------------------------------<section closed!>---------------------------------------------

Sudah-sudah la tu. Jom kembali ke tujuan utama posting ni. Setidaknya kami setiap hari meluangkan masa pagi di hospital, mendalami pengalaman klinikal di sana..

bersama supervisor posting elektif
Supervisor kami adalah specialist O&G bahagian urogynaecology, Dr. Wan Abu Bakar bin Yusof. Pernah sekali aku ikuti sesi klinik bersama beliau, memang banyak pengalaman yang dapat ditimba dari perkongsian beliau. Disebabkan beliau mempunyai subkepakaran dalam urogynae, setidaknya aku ditekankan incontinence dan urovaginal prolapse antara yang common berlaku pada pesakit ^-^ terima kasih atas tunjuk ajar yang diberikan..
"Insya-allah, kalau dipanjangkan umur semoga dapat bertemu lagi sebagai rakan seperjuangan pula  ^-^ haha, mungkin ke aku berniat nak datang kerja ke sini semula?? Wallahu a'lam.."
nota - maaf la, sikit je gambar yang dapat disisipkan dalam entri ni.. Kalau rasa nak tengok banyak gambar lagi, sila ke laman sosial facebook aku je la ^-^!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)