[Lagu] Rahmat Ujian

Lama tak berkongsi lagu. Jadi kali ni, aku ingin mengongsikan lagu kegemaran aku lagi. Lagu ni pun dari genre nasyid juga (^-^! maaflah bagi yang bukan penggemar nasyid). Aku suka nasyid sebab adanya mesej nasihat yang tersurat dan tersirat untuk difikiran. Oleh itu, jom kita dengar-dengarkan lagu ni dan cuba amati mesejnya.. Dipersilakan Mestika - Rahmat Ujian



Sementara itu, marilah kita muhasabah diri ni.. Berapa banyak dari 'ujian' yang kita dapat itu diterima dengan redhanya (pada saat pertama ujian/musibah tersebut). Aku akui bahawa aku juga turut menghadapi ujian/musibah; pemergian arwah mak, gagal ujian akhir FPE 2012 dan kena tambah semester, tekanan kerja, dan banyak lagi, dan banyak situasi aku gagal memberi reaksi redha pada saat pertama menghadapinya.. Tapi insya-Allah, aku akan terus memperbaik diri dan redha akan takdir..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)