tentang keluarga lagi..

Baik, idea entri ni timbul sebab terdapat perbezaan pemahaman terhadap status facebook aku baru ni.. Jom kita baca semula status tersebut;
"The best way to learn about a family is by being with one.. v_v" - status facebook 21.4.2013
episode 18 ada menyentuh persoalan ini
Jadi pertamanya, apa agaknya asal usul aku tulis status tersebut?
"Sejak zaman sekolah lagi sampai sekarang, aku sedang meng'kaji' (memerhati) tentang hubungan (bond) sesama manusia merangkumi hubungan kekeluargaan, persahabatan dan termasuk couple sekali pun. Persoalannya, hubungan yang sebagaimanakah paling ideal dan membahagiakan..? Masing-masing juga mempunyai situasi pahit dan manis.. tapi kenapa sebilangan golongan mengutamakan keluarga, ada juga yang melebihkan kawan dan tak kurang juga terdapat orang yang meluangkan masa bersama awek semata-mata.. v_v
Jadi baru-baru ni aku berjumpa semula dengan keluarga angkat (2) aku di Sarawak, kebetulan datang ke Semenanjung untuk urusan pekerjaan (alang-alang tu bawa satu keluarga terus). Jadi aku pun melawatlah mereka sejak sekian lama tak berjumpa. Melihatkan gelagat sekeluarga menempuhi kehidupan, aku kembali muhasabah diri; adanya perkara yang aku sering terlepas pandang tentang kepentingan keluarga ni..
  • Bila melibatkan adik-beradik, seringkali kita bergaduh sesama abang/adik semata-mata untuk kepentingan diri. Tapi bila difikirkan kembali, sedarkah kita sebenarnya pada masa tersebut abang/ adik kita telah berkorban dan mengalah demi diri kita.. Pernahkah kita menghargainya??
  • Situasi ibu bapa pula, terkadang mereka merancang sesuatu untuk menggembirakan kita sebagai anak. Tapi pernahkah kita terlintas untuk berfikir apatah lagi untuk membalas jasa mereka? Adakah kita sanggup berkorban untuk meluangkan masa dengan mereka?? (lantaran kita dalam kehidupan dewasa ni selalu nak lepak dengan kawan/awek --> kena pada aku juga la, ketika membuat lawatan ni.. aku terasa seperti mengabaikan keluarga dan adik beradik sendiri pula) 
Demikianlah antara muhasabah diri yang timbul sepanjang aku meluangkan masa dengan keluarga ni.. Jadilah status facebook aku menyatakan, kalau nak kenal tentang keluarga kenalah meluangkan masa bersamanya (baru nampak akan hubungan/ kasih saying yang tersirat di sebalik situasi)


Setakat ni, aku sentiasa mengagumi hubungan kekeluargaan berbanding yang lain. Walaupun adanya masa pahit-getir serta konflik sesama ahli, namun pada satu masa hubungan yang terjalin itu amat intim. Dan aku yakin dalam banyak-banyak situasi susah dan senang, ahli keluargalah yang lebih banyak bersama diri kita.. Jadi semoga lepas ni aku lebih menghargai mereka, insya-allah~
"I love my family" ^-^
-----------------------------------------------<section closed!>-------------------------------------------

Entri lain yang berkaitan boleh rujuk di bawah label 'family'. Antaranya;

Ulasan

Unknown berkata…
(T_T) noted. msg yg nk disampaikan itu

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)