Kasih Ayah

Aku tertarik kepada satu perkongsian yang baru je berlaku pada hari (tarikh entri) ni di laman sosial facebook.. Maka aku ingin kongsikan semula dalam blog aku ni. Harap-harap diizinkan oleh pengkarya asal v_v here goes:

tentang kasih seorang ayah terhadap anaknya
Secara jujurnya, aku sendiri mempunyai konflik dengan si ayah seperti contoh gambar yang diberi. Lagi pula kami dipisahkan melalui sempadan geografi yang berbeza, iaitu aku menjalani kehidupan di asrama sejak tingkatan satu lagi. Boleh kata sangat kurangnya masa berkualiti antara aku dan ayah. Kesannya sedih untuk diperkatakan, tapi hakikatnya aku tak rapat dengan ayah.

Namun sejak aku menjalani kehidupan sendirian (berpisah dari keluarga asal hampir sepanjang masa), aku perhatikan keluarga yang lain (eg. kawan-kawan, keluarga angkat) serta aku cuba bertindak empati terhadap perasaan ayah aku sendiri (untuk fikirkan kenapa dia bertindak sedemikian, begini dan begitu).. dan akhirnya kesimpulan yang aku dapat ialah pastinya ibu bapa sentiasa mengharap dan mendoakan yang terbaik untuk anak-anak mereka, walaupun adakalanya (pada kaca mata si anak) usaha mereka adalah tidak menurut kemahuan diri anak-anak tu..

Kebetulan aku baca-baca terjumpa ayat ni maka aku ingin kongsikan nasihat dari Al-Quran berkenaan suruhan berbuat baik kepada ibu bapa. Ada juga doa yang baik untuk ibu bapa dan zuriat yang (bakal/ telah) dilahirkan, maka jom kita aamiinkan sendiri-sendiri ye ^-^! ayatnya ialah:
Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedang tempoh mengandung beserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah tiga puluh (30) bulan. Setelah ia (si anak itu) besar ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan sampai ke peringkat umur empat puluh (40) tahun, berdoalah ia dengan berkata, "Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redhai, dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadaMu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadaMu)." (Surah Al-Ahqaf 46:15)
Tentulah, banyak lagi ayat lain yang menyuruh umat agar berbuat baik kepada ibu bapa ^-^! cuma ayat ni kebetulan terjumpa ketika menyusuri halaman Al-Quran secara perlahan-lahan.

Jadi marilah kita sama-sama terus muhasabah diri. Adakah kita telah berbakti kepada ibu bapa kita masing-masing pada cara yang mereka redhai v_v mungkin ke ada dalam sudut hati mereka perasaan kecil hati terhadap perangai kita secara sedar dan tak sedar..?

In shaa Allah, masih belum terlambat untuk make up semula sebarang kesalahan yang kita telah lakukan.. Astaghfirullah~

Some other stream of thought
Kalau perasan, ada beberapa entri aku yang lalu turut juga mempersoalkan tentang kekeluargaan / ibu bapa ni, maka aku sekali lagi ingin ringkaskan semula:
  • dari entri Aku suka Doraemon.. (dulu tajuk entri ni lain) ada sentuh tentang harapan dan impian para ibu bapa kepada anak apabila besar kelak..
  • entri Mendidik anak kecil juga turut memberi idea bahawa sayangkan anak tangan-tangankan, iaitu kasih sayang itu wujud dalam bentuk jangka panjang (atau pun tersirat)
  • Juga ada sentuh sikit dalam entri Nilai kekeluargaan.. 
Goofy & anaknya (Max) berkonflik tatkala Max meningkat dewasa
Oh ya, teringat aku akan cerita Goofy Movie (hasil Walt Disney), juga menekankan persoalan kepentingan hubungan bapa dan anak dalam 2 filem berbeza.. kalau ada masa lapang, cuba-cuba la tengok sendiri.. semoga kita dapat ambil pengajaran yang baik-baik ^-^ - entri Goofy movie

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)