Aku suka doraemon..

gambar hiasan dari Doraemon movie 2007
Untuk makluman semua, aku ni suka baca komik jepun (aka manga), dan dalam banyak-banyak manga, komik Doraemon antara kegemaran aku dulu dan kini ^-^ sedikit intisari tentang Doraemon ni;
"Doraemon ni mengisahkan sebuah robot kucing yang kembali ke masa silam untuk membantu seorang budak yang bermasalah bernama Nobi Nobita memperbaik kehidupannya agar masa hadapan keturunan Nobita ni lebih baik. Komik ni juga turut memaparkan kisah-kisah yang melibatkan kawan karib Nobita iaitu Shizuka, Suneo, dan Giant. Adakalanya adik Doraemon, Dorami juga turut muncul menceriakan suasana kehidupan seharian mereka.."
 Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa aku suka sangat Doraemon ni walaupun dah meningkat usia..
"Doraemon ni untuk budak-budak la. Mengarut je cerita dia. Baik kau baca cerita novel/ fiksyen, membina minda sikit.." - antara komen daripada generasi X
Aku berpendapat, walaupun aku masih membaca Doraemon dewasa ni, namun aku mulai meneliti kisah-kisah yang disampaikan melalui aspek yang berbeza. Kalau ketika budak-budak dulu, kita baca Doraemon hanya sekadar untuk suka-suka & menikmati cerita. Tapi bila meningkat dewasa, aku mula menyedari nilai dan pengajaran yang cuba disampaikan oleh penulis/pelukis Fujio F.Fujiko ni v_v Tak percaya jom cuba hayati babak berikut:

Doraemon - i do not own the copyright of the artwork
Perhatian! Komik jepun biasanya dibaca dari kiri ke kanan.^-^!

Ni adalah dari episod The Day of My Birth (kalau komik edisi tempatan jilid 2, tajuknya "Pada Hari Lahir Saya"). Sedikit sinopsis:
"Nobita dimarahi teruk oleh ibu bapanya kerana malas belajar sehingga pada satu tahap dia sangka dia bukan anak kandung mereka. Maka Doraemon pun bawa dia merentas masa ke hari lahirnya untuk menunjukkan hal yang sebenar.."
Bila aku yang dewasa ni baca babak (gambar) ni, serta-merta aku terfikir:
"Mungkin ke begini *situasi (*aku merujuk kepada ibu bapa berbual tentang harapan mereka terhadap anak pada masa hadapan kelak) ibu bapa aku ketika aku baru saja dilahirkan ke dunia ni?"
Kalau dihayati, betapa banyaknya harapan yang diletakkan oleh ibu bapa terhadap anak yang dilahirkan. Seolah-olah mereka percaya, walau apa pun yang akan berlaku 'semoga anak aku ni menjadi seorang yang berguna pada masa hadapan kelak'.

Perkara ini lebih dikukuhkan melalui survey peribadi yang dilakukan ketika aku posting O&G, iaitu aku sering bertanya kepada bakal-bakal ibu, "apakah harapan dia kepada si anak yang bakal dilahirkan ni?" dan kebanyakannya sentiasa meletakkan harapan yang baik-baik terhadap bakal anak..

Jadi apakah aku yang sekarang ni telah memenuhi impian ibu bapa aku ni? Apakah mereka tetap gembira mengetahui kehidupan aku yang penuh pahit getir (ni apatah lagi kalau aku tengah down and low self-esteem disebabkan cabaran). Alhamdulillah setakat aku tulis blog ni, pada satu cara aku masih membuatkan mereka gembira (eg. berjaya dalam pelajaran, belajar tinggi-tinggi, ambil bidang pengajian yang bagi mereka dianggap mulia).. namun, teringat aku akan satu nasihat;
"Anak yang baik dari pandangan Islam bukanlah mereka yang hanya berjaya dalam pelajaran, tapi mereka yang juga turut berbakti kepada ibu bapanya sendiri pada hari tuanya, serta mendoakan kebahagiaan ibu bapa apabila mereka telah pergi" v_v
Demikianlah, antara idea dan fikiran yang terlintas bila membaca komik ni.. semoga aku akan terus muhasabah..

Baiklah, seterusnya saja-saja aku nak kongsi lagu tema Doraemon ^-^ tau tak, sejak 2005 lagi siri Doraemon semakin diperbaik malah ditambah 2 lagu tema baru berbandingan dengan lagu asal. Jadi yang ni, adalah aku kongsikan lagu yang terbaru.. Jom, kita tonton video ni. Semoga terhibur..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)