Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2013

2 dari 3

Imej
Huh, dunia kerjaya ni adakalanya terasa begitu penat dan merunsingkan.. ^-^! "Bagusnya kalau tak perlu kerja.." , bisik kecil hatiku Apatah lagi apabila melihat kehidupan ayahku yang telah pencen sudah 3 tahun (dari tahun entri ni) . Kini beliau menjalani kehidupan yang sungguh bersahaja selagi dapat. Ada masanya jogging di taman, melawat sahabat-sahabat lama, menziarah (melancong) ke pelbagai tempat, pulang ke kampung dan macam-macam lagi aktiviti lapang yang dilakukannya. Jeles pulak aku tengok~ ^-^! Namun, teringat akan satu gambaran tentang 3 unsur nikmat. Jom tengok ni.. Jika diamati rajah diberi, ada tiga unsur nikmat iaitu masa, wang (kekayaan) dan tenaga. Namun pada satu-satu masa dalam dunia ini kita hanya terhad pada 2 dari 3 sahaja. Misalnya;

Hidup hanya sementara

Imej
Hm, dah lama tak berkongsi nasihat dalam blog, lantaran semua entri baru-baru ni nyata bersifat diari dan luahan semuata-mata ^-^ ok, jom~ pertamanya kita tengok trigger dulu.. Dalam kesibukan bekerja ni, aku semakin kurang pula membaca Al-Quran. Astagfirullah-al-aziim v_v dunia telah melalaikan aku.. Sempat baca 2 halaman je sehari (berbanding zaman belajar dulu 4-5 halaman sehari) . Jadi baru ni, aku membaca Al-Quran seperti biasa dan cuba memahami maksudnya. Baca-baca aku pun sampailah ke ayat yang berikut; (Jom semak~) Sesungguhnya bandingan kehidupan dunia hanyalah seperti air hujan yang Kami turunkan dari langit, lalu  (tumbuh suburlah dengannya)  tanaman-tanaman di bumi dari jenis-jenis yang dimakan oleh oleh manusia dan binatang - bercampur aduk dan berpaut-pautan  (pokok dan pohonnya)  dengan sebab air tersebut hingga apabila bumi itu lengkap sempurna dengan keindahannya dan berhias  (dengan bunga-bungaan yang warna-warni) , dan penduduknya pun menyangka bahawa mereka

Kereta pilihan

Imej
Entri kali ni adalah berdasarkan artikel akhbar  turun harga kereta perlukan masa , dikhabarkan harga kereta import ni dijangkakan tidak akan mengalami perubahan untuk beberapa bulan akan datang dengan beralasan langkah tersebut boleh menjejaskan pasaran tempatan (PROTON) .. "bila nak ada kereta ni..?"  (Nota - entri ni tidaklah berniat untuk memperkatakan hal politik, malah tidak berkaitan dengan mana-mana parti politik pun) Fokus - beli kereta (siri 2) (nota - siri 1 adalah entri bertajuk  giliran membeli kereta ) Setelah melakukan survey, maka akhirnya aku dapat menyenaraikan beberapa model kereta yang aku berkenan. Cuma aku masih perlukan lebih pertimbangan sebelum keputusan akhir dibuat (^-^! aku ni susah skit nak buat keputusan, dari entri  decisions, decisions..  ) . Lagi-lagi harga kereta yang masih belum diturunkan telah melambatkan proses keputusan akhir.. Apa-apapun, setakat ni antara model kereta pilihan aku termasuklah..

Susun atur bilik

Imej
Kalau berdasarkan lakaran yang diberi, dah sampai setahun masanya sejak perubahan susun atur bilik aku. Disebabkan aku tinggal di asrama sejak tahun 2001 lagi, tidak pernah terlintas untuk aku memikirkan secara serius tentang bilik sendiri di rumah.. "Balik rumah pun sekali-sekala, malasnya nak mengemas bilik.." Maka demikianlah seadanya.  Sehinggalah tahun lalu, pada tanggal 27.5.2012, aku telah pun mempunyai bilik sendiri lantaran adik-beradik aku telah pun berkeluarga dan tinggal di rumah masing-masing. Maka, kami anak-anak bujang pun secara tidak langsung turut membuat adjustment tentang bilik masing-masing.. (nota - dulu masa kecil adik-beradik suka tinggal bersama, namun meningkat dewasa nampaknya masing-masing inginkan privacy tersendiri pula..) . Maka asalnya susun atur bilik aku telah pun pre-set. Awalnya aku masih berfikiran 'malas' tersebut lantaran mindset aku hanya 'tumpang tidur' saja.. Tapi, sejak kembali ke rumah ni maka aku perlukan sus

Memori terawal

Imej
Akhirnya ibu bapa aku dah pulang ke rumah dari berziarah.. Tak lupa juga, adanya abang aku di rumah permulaan weekend (maksudnya malam jumaat lagi dah ada kat rumah) . Jadi aku tidak lagi keseorangan.. Maka, ketika minum-minum petang, terjadilah dialog antara aku dan ayah; "Pergi jalan-jalan mana kat Kelantan hari tu?" "Oh, banyak.. Pantai Cahaya Bulan (blah blah blah) .. kamu mesti dah lama tak *datang (ayah merujuk istilah * --> 'cuti bersama keluarga di') Kelantan kan? Seingat ayah tahun 1989 dulu kot, masa kamu kecik-kecik dulu.."  (nota - pada tahun 1989, aku berumur satu tahun)  "Ada datang kelantan eh? Tak ingat la..Ran cuma ingat masa dekat Miri dulu"  Fokus - memori awal kehidupan Ya, bila agaknya memori terawal umur aku yang masih aku ingat. Kalau berdasarkan trigger tadi, aku memang langsung tak ingat apa-apa memori dalam 2 tahun awal umur aku. Rasanya memori yang paling awal aku boleh ingat ialah aku tinggal di Miri, Saraw

Urus rumah

Imej
Masuk hari ke-3 aku berseorangan di rumah (nota - pada masa ini, adik aku keluar outstation selama 2 bulan, sementara ibu bapa pula keluar menziarah tempat selama beberapa hari) . Keluar bekerja seawal 630pagi dan pulang (tiba di) rumah pada 800malam. Memang penat bekerja seharian.. "Biasanya pulang ke rumah je makanan telah pun disediakan, bahkan pakaian pun setidaknya telahpun ditolong basuh.." (salah satu kelebihan bekerja dekat dengan rumah keluarga ^-^ alhamdulillah) Tetapi tidak kali (sementara) ni. Pulang ke rumah meja kekal kosong (seperti pagi harinya) dan pakaian semakin bertimbun. "Kena pandai membahagikan masa menguruskan keperluan harian seperti pakaian, makanan dan kerjaya ni.. Penat tapi kena jugalah~"

Alone

Imej
gambar hiasan Baru-baru ni adik aku outstation ke Johor selama 2 bulan dan kebetulan pula ibu bapa aku mengembara ke bumi Kelantan beberapa hari. Maka tinggallah aku sendirian menjaga rumah sepanjang minggu ni v_v Home alone ~ "Feel kinda lonely here, when everyone's gone.." Baik, aku jujur! Ini bukannya kali pertama aku berseorangan. Malah, walaupun dengan kehadiran ahli keluarga, sanak saudara atau sahabat handai sekali pun, aku kerap kali meluangkan masa bersendirian. Sampai terdengar akan testimoni dari sekeliling, antaranya; "Syed tu macam hidup dalam dunianya sendiri.." "Forever alone ke Syed tu.. Asyik sorang-sorang je"  Dan banyak lagilah. Tentulah, aku percaya akan satu hikmah "no man is an island" iaitu tiada seorang pun boleh berjaya tanpa komunikasi dengan watak sekeliling.. Tapi aku memilih untuk bersendirian acap kali atas sebab berikut; Pertamanya, bila berseorangan aku lebih banyak muhasabah diri. Meliha

Jogging

Imej
Hari ni cuti rehat lagi. Tapi sebab dah berbelanja baru-baru ni, maka aku menahan diri dari melawat pusat membeli-belah ^-^! setidaknya tunggu gaji masuk dulu baru boleh fikirkan sesuatu.. "Sejak berduit sendiri ni, rasa nak beli macam-macam pula.. kena berwaspada sikit ni" v_v Sebaliknya, untuk tidak la duduk terperap di rumah akhirnya aku kena keluar rumah juga. Alih-alih aku datang ke taman tasik Ampang Hilir. Dah lama lalu tempat ni ketika mengharungi MMR2 tapi tak pernah singgah, kini datang pula ilham untuk tengok.. "Buatku teringat akan saat lama. Masa studi UNIMAS dulu selalu jogging.." Hm, lepas ni boleh la cuba giat diri untuk berjogging semula insya-Allah. Tapi jom tengok fokus..

Rumah (episod 2)

Imej
Nota - entri ni sebenarnya bertarikh semalam, tapi sebab sibuk maka aku menangguhkan sehari untuk taip. Dan entri ni boleh dianggap sambungan dari entri  Rumah  dengan persoalan berikut; "Rumah yang bagaimana yang kau impikan, Syed?"  <-- aku yakin setiap semua orang mempunyai rumah impian sendiri ^-^! Cuti rehat mingguan lagi. Aku tak merancang ke mana-mana pun, sehinggalah abang Chik ajak aku jalan-jalan pusing dalam IKEA . IKEA ! " IKEA ni 'pasaraya' yang berkaitan dengan perabot rumah seperti katil, meja tulis, dapur dan semuanya yang berkenaan di rumah. Selain ia memperlihatkan contoh bilik pameran, kat sini disertakan juga jualan untuk perabot tersebut.."

Hadiah terbaik

Imej
masihkah kau ingat buku ini? Bersempena hari guru juga, aku teringat akan satu cerpen yang dipelajari 'tika tingkatan satu tahun *2001 dulu (*nota - aku melawat kedai buku baru ni, rupanya buku kajian sastera dah berubah mengikut zaman ^-^! ye la, takkan nak guna buku yang sama bertahun-tahun lamanya.. ). Cerpen tersebut adalah Hadiah Hari Guru nukilan Rejab F.I. Dari tajuk cerpen, aku pasti ramai boleh agak kisahnya tentang memberi hadiah sempena hari guru, apa-apa pun jom kita ikuti sepintas lalu sebelum meneliti fokus arus fikiran kali ni: (oh ya, sinopsis ni adalah copy paste sahaja. Mohon baca kisah asal kalau jumpa untuk penghayatan maksimum..) Ramli, anak yatim yang hidup dalam keadaan kemiskinan. Ramli tinggal bersama dengan ibunya, Mak Sopiah dan dua orang adiknya. Sempena Hari Guru yang akan disambut di sekolahnya, Ramli berhajat untuk menghadiahkan sesuatu kepada gurunya, Cikgu Fatimah. Ibu Ramli berasa sedih kerana tidak dapat memenuhi hajat anaknya itu. Ramli t

Terima kasih cikgu

Imej
Akhirnya, sampai juga masa untuk aku kongsikan lagu ni sejak sekian lama (aku dapat idea ni sejak mula bergiat dalam penulisan blog lagi - November 2012 - tapi kena untuk tunggu masa yang sesuai baru relevan) . Jom, kita dengar lagu ni dan amati maksudnya.. Fokus - Terima kasih cikgu ^-^ dari album cover photo facebook "i am what i am, because of all those past had happened to me ^-^! no matter what, let's keep moving on and striving for a better future.. in sya-Allah" - caption cover photo Seperti caption tersebut, aku bersyukur kepada Allah dan berterima kasih kepada 'guru' dan '*legend' (rujuk entri  istilah "legend" ) yang tak putus-putus mengajar aku tentang kehidupan. Tanpa mereka, siapa la diriku kini sekarang.. "Walaupun kini aku dah membesar dan menjalani kehidupan sendiri.. namun aku sentiasa ingin menghargai semua guru-guru aku yang tulus setia mengajar dan membekalkan aku ilmu.. Ya Allah, aku mohon agar kau r

Teguran.. dari game?! ^-^!

Imej
Stressnya bekerja >_<! terutamanya ketika posting di bahagian pembedahan (surgery) ni. Semua perkara perlu aku tanya terlebih dahulu untuk kepastian (eg. ambil darah, set branula, indent ubat, Catheter..)   Perlunya mengetahui segala-gala tentang pesakit meliputi sebab musabab kenapa adanya antibiotic sedemikian, I/O, IV drip dan segalanya. dan sampai sekarang, aku selalu tak dapat tangkap pattern pertanyaan yang diinginkan oleh specialist (surgeon) aku..  Dan lebih memberi tekanan apabila adanya ugutan untuk extend housemanship dalam posting ni, walaupun pada kesilapan kecil  Kalau tak berhati-hati dalam mengorak langkah, maka bersiap sedialah menerima akibatnya.. Aku faham sangat akan rasional asalnya dan bukanlah aku ingin berlagak pandai, cuma kesan dari hal sebegini aku berasa tersekat dan kurang proaktif dalam kerjayaku.. "Hari-hari kena teruk dengan boss (v_v down~) Macam mana aku nak bertahan menghadapi stres sebegini selama 4 bulan ni..?" Jadi bali

Sempena hari ibu..

Imej
Kebetulan tarikh ni adalah hari ahad minggu yang ke-2 bulan mei tahun ni, maka entri ni adalah berkaitan dengan hari ibu. Ramai yang agak teruja dengan sambutan hari ibu ni, seperti mana banyaknya perkongsian yang berkaitan sempena tarikh tersebut. Namun... Fokus - hari ibu itu haram?! Pertamanya, jom kita dengar / tonton video ini terlebih dahulu: Sekadar yang aku faham; menyambut hari ibu ni haram adalah disebabkan kita meniru budaya orang kafir menyambut hari ibu (mereka sambut berdasarkan asal-usul tertentu kononnya untuk menghargai ibu) Budaya Islam mendidik umatnya agar menghargai ibu setiap hari (bukannya pada hari-hari tertentu dalam setahun) 

ulang tahun X2

Imej
happy 1st anniversary ^-^ thanks for your support within this one year.. i'm looking forward for more after this.. alhamdulillah" - status facebook bertarikh 8.5.2013 Nokia X-2 Dari komen yang aku terima berdasarkan status tersebut, aku percaya mereka faham bahawa aku mempunyai seseorang yang istimewa.. Tapi, hal sebenarnya aku merujuk kepada handphone seperti rajah yang diberi.. "Sejak  musibah 28.4.2012 , aku lost contact melalui nombor 012 (oleh sebab simcard didaftarkan bawah nama abang aku jadi hanya dia je yang dapat claim semula untuk pass kat aku) . Jadi sementara itu, aku mula menggunakan nombor 019  (dari tarikh 28.4 - 7.5 aku menggunakan handphone pinjaman seorang kawan) Sehinggalah sumber kewangan aku dah stabil skit dan akhirnya aku beli handphone ini.." Asalnya aku beli untuk tujuan sementara je, lantaran sebelum ini aku menggunakan smartphone. Tapi dalam setahun ni, aku mendapati handphone ni memang nyata berguna sebab bateri lebih tahan lam

Pasif-Assertif-Aggresif

Imej
Trigger untuk entri kali adalah hasil kumpulan beberapa babak yang pernah berlaku sekian lamanya.. (penat aku kumpul) ^-^! "Syed, boleh tolong cover kerja aku tak? Aku ada kerja yang penting sekarang ni.."  "Ya" (kerja aku sendiri pun struggle juga tapi..) Syed! aku nak tumpang kau pergi kelas hari ni boleh?"   "Ya.." (adoh, baru ingat nak naik motor sorang-sorang) "Syed, jom pergi makan di kedai X"  "Ya" (alamak, kedai tu mahal la, lagi pun aku takde menu favourite kat situ) "Encik, tawaran yang kami beri ni memang special untuk encik.. Orang lain kami tak bagi, jadi boleh la encik terima tawaran kami ni ye.."  "Ya" (...) Fokus - assertiveness Berdasarkan contoh babak-babak yang berlaku, aku pasti pembaca sekalian dapat menilai bahawa aku ni lebih kepada sifat passiveness  (tengok rajah untuk penjelasan) . Tak bagus sebab kurang sifat assertif dalam diri aku.. Jadi apa dia assertive  ni

Jangan marah

Imej
Banyak cabaran serentak hari ni.. v_v 1) Tekanan kerja Aku tiba-tiba diberikan tugas untuk *menyiapkan (khasnya memasukkan nama pesakit baru ke dalam) senarai OT untuk esok hari kebetulan MO aku sedang sibuk melayan pesakit berjumlah 150 sesi pagi tersebut.. Memang sangat sibuk. Jadi aku pun tolong saja la, diberikan nama pesakit yang hendak dimasukkan dalam senarai.. Jauhnya pejabat ini.. "Ala, kau ikut je taip nama yang aku dah bagi ni.." - ulasnya Dipendekkan cerita aku pun ikut saja la apa yang dikehendaki tanpa mengubah apa-apa urutan. Namun, petang harinya aku pula dimarah kerana mengisi nama pesakit tanpa urutan giliran yang betul (mengikut tahap operation minor / major). Jadi aku terpaksa la menyunting semula senarai tersebut (masa ni dah terlambat sebab dah diedarkan ke wad dan bilik OT) , jadi kena la pergi ke wad masing-masing.. 2) Hujan lebat petang hari >_<! Masa-masa nak balik je, hujan lebat pula.. Oh great! ni hari ke berapa aku kena menung

Sempena PRU13

Imej
(nota - maaf entri ni ditaip lambat sikit dari isu semasa kerana rasa terkilan dengan apa yang berlaku ^-^! padahal tengah stres suasana kerja baru. Dan maaflah, entri ini jelas berbaur politik dan orang boleh agak aku menyebelahi pihak yang mana) 5 Mei 2013 Tarikh ni adalah tarikh pilihanraya umum Malaysia kali ke-13. Buat pertama kalinya aku turut serta menjadi pengundi, bagi kawasan DUN Cempaka dan PARLIMEN Pandan "Jujurnya, aku rasa excited pula sebab kali pertama mengundi. Tambah-tambah undi ni aku percaya menentukan masa depan negara sendiri.."   Maka aku pun mengundilah dengan naif dan riangnya ^-^ Dan esok hari keputusan telah diumumkan.. Tentang keputusan PRU13 ni, rasanya semua dah sedia maklum seperti dalam laman berikut  jadual keputusan pilihan raya umum 13 Ok, tahniah kepada BN kerana menang. Aku asalnya tidaklah begitu anti-BN, namun adanya ketidak-adilan yang berlaku daripada pihak mereka yang menyebabkan aku tawar hati untuk menyokong mereka.. T

Sumpah

Imej
Menjelang musim pilihanraya ni, pelbagai cubaan dilakukan oleh parti untuk mempromosi diri serta menjatuhkan pihak lawan.. Antaranya, aku percaya termasuklah video berikut: Jom saksikan: Entri ini bukanlah berniat untuk memperkatakan isu politik. Tapi apa yang ingin disampaikan ialah betapa aku berasa video ni 'tak real'. Malah banyak kajian yang dilakukan berkenaan video ni meragukan. Meh la aku copy paste ulasan yang diberikan.. ------------------------------------<copy paste perkongsian>--------------------------------------------- BENAR atau PALSU video Saiful bersumpah laknat di Multazam? FOTO (1): Saiful berada jauh dari Mulatazam FOTO (2): Di dalam video saiful mengatakan beliau bersumpah di hadapan Multazam. ... Kenapa di dalam video Saiful tidak berada betul2 di MULTAZAM? Takkan dah pergi dua kali ke Kaabah TAPI TIDAK TAHU LOKASI MULTAZAM? FOTO (3): Kenapa kedudukan MAKAM IBRAHIM di sebelah 'kiri bahu belakang' Saiful (di dalam vid

Masjid tempat tumpuan

Imej
Menjelang lagi hari jumaat.. ^-^! agenda utama orang islam pada hari jumaat ialah khutbah+solat jumaat di masjid. Jom ulangkaji semula penjelasan hari Jumaat saiyidul ayyam   (aku tak pasti la ni hadith atau pun tak) : Al-Hafidz Ibnu Katsir berkata:  “Hari ini dinamakan Jumaat, kerana merupakan ambilan dari kata ‘al-jamu’ yang ertinya berhimpun, kerana Umat Islam berkumpul pada hari itu setiap minggu di masjid-masjid. Allah s.w.t memerintahkan hamba-hambaNya yang mukmin berkumpul untuk menunaikan ibadah kepada-Nya.” masjid Al-Azim, pandan Indah Sejak tahun 2001 lagi   (aku tingkatan 1) aku tinggal jauh dari kawasan rumah (iaitu asrama SEGAMBUT, SEPINTAR, MATRIK, UNIMAS)  jadi kebanyakan sesi solat jumaat aku sertai masjid yang berhampiran di tempatku. Sejak pulang menetap semula di rumah aku sering mengikut ayah ke masjid Al-Azim, Pandan Indah (gambar). Dan aku mendapati masjid tempat solat jumaat yang aku pergi ni menarik perhatian . Fungsinya tak terhad sebagai tempat ibada

Gaming di PC

Imej
Haha, dah lama tak berkongsi 'game' (perlu ke berkongsi? ^-^!) . Kali ni, aku ingin berkongsi game kegemaran dari konsol komputer peribadi (PC) pula.. Jom tengok trailer berikut Untuk wakil PC, aku sukakan game dari siri Sim (misalnya SimCity, SimTower, SimTown, SimAnt, The Sims dan sebagainya) . Biasanya game dari siri ini adalah berbentuk pengurusan, iaitu kita sendiri merancang susun atur dan arus permainan tersebut. Ringkasnya game ini adalah lebih kepada kasual, tiada jalan cerita khusus dan bukan pula berbentuk action. "Disebabkan aku ada sejarah pernah membuatkan komputer rosak (disebabkan main game ganas sangat) sehingga dimarah teruk oleh ayah, kesannya aku memilih untuk bermain game sebegini sahaja di komputer >_<! kurang risiko sikit.. Takpe la, kalau nak main game RPG /action, aku ada konsol lain.."

Kucing

Imej
Sedang aku berehat seketika, aku ternampak satu bahan bacaan. Jadi sekadar untuk mengisi masa rehat, maka aku pun luangkan masa membaca sekali imbas. Pada satu muka surat ni, aku tertarik pula dengan beberapa quote berikut; “Cats are intended to teach us that not everything in nature has a purpose.” - Garrison Keillor “Owners of dogs will have noticed that, if you provide them with food and water and shelter and affection, they will think you are god. Whereas owners of cats are compelled to realize that, if you provide them with food and water and shelter and affection, they draw the conclusion that  they  are gods.” - Christopher Hitchen  “I am fond of pigs. Dogs look up to us. Cats look down on us. Pigs treat us as equals.” - Winston Churchill Jadi apakah arus fikiran yang terlintas kali ni? Jom kita tengok fokus..

Time capsule

Imej
1 Mei tiba lagi.. Selain hari buruh dunia, tarikh ni juga adalah tarikh keramat untuk pertemuan semula aku dan kawan-kawan tingkatan 4JM SBP 2004 dulu ^-^ Sebelum apa-apa, meh aku imbas kembali akan satu kisah silam.. -------------------------------------------<diary mode activate!>----------------------------------------- 2 Disember 2005 proses penanaman time capsule KRINGGGGG~ jam loceng yang dibawa beramai-ramai (^-^! siapa punya idea la ni) berbunyi mengakhiri peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2005 . Setelah menghantar kertas akhir EST , kami pun bergerak meninggalkan dewan peperiksaan tersebut. Jadi dah tiba la masa berpisah. Kawan-kawan aku yang berasal dari pelbagai tempat kini mula berkemas ingin pulang ke negeri masing-masing. Tapi entah macam mana, salah seorang daripada kami menimbulkan idea 'time capsule' ni.. "Jom la kita tanam 'time capsule'. Tiap-tiap orang tulis apa-apa je pada kertas masing-masing dan kita masukkan da

motivasi diri..

Imej
"Syed, can we talk?" - mesej yang aku terima daripada seorang sahabat lama ketika bangun dari tidur "Sure, nak cakap apa? Nak *jumpa (*sukanya aku mengajak untuk berjumpa agar interaksi lebih berkesan, takut salah dengar/faham kalau cakap melalui telefon) tak? Maybe minum-minum ke nanti? Aku kerja sampai pukul 2 hari ni.." - balas aku  "Petang atau malam sesuai tak? Kalau boleh aku tak nak ganggu waktu rehat kau" "Aku ok je. Lama tak jumpa ^-^ kot-kot dapat inspirasi jumpa kau.." " Alamak tinggi expectation ni, no pressure-pressure haha.. "  Fokus - * inspirasi motivasi (nota - setelah semak kamus dewan bahasa dan pustaka, aku dapati istilah 'motivasi' lebih tepat ^-^! maaf-maaf..) Apa-apa pun, aku cuba untuk menganggap setiap pertemuan / situasi adalah motivasi bagi diriku. Insya-Allah aku cuba mengambil yang baik untuk dijadikan teladan dan yang buruk dijadikan iktibar & sempadan. Jadi aku tak kisah untuk