Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2019

Dun Kacau My MNP (DiGi-2-XOXb)

Imej
Catatan kemaskini 8.1.2020 - tukar tajuk (dulu nama "Masalah MNP Digi-XOX") --- Blog, Mulai! ---  Dari entri BMF Telco , aku membuat keputusan untuk bertukar talian komunikasi ( TELCO ). Jadi pilihan baru aku ialah ONEXOX .. نق چوبا ڤرودوک اينله "Sempena kempen BMF ni, hati kena kental untuk tukar  TELCO , tambah-tambah kita tak tahu prestasi jaringan (network) setanding atau tak sebab takde pengalaman.. Semoga Allah mempermudahkan kita dan membantu umat Islam. Seperti jangkaan, memang tak mudah sebab timbul masalah ketika bertukar! Entri ini sekadar catatan pengalaman aku ketika bertukar dari DIGI ke ONEXOX .. Kisah penuh adalah seperti berikut; 19.9.2019 Khamis - Aku beli secara online kad sim ONEXOX Black Plan melalui proses MNP [iaitu mengekalkan nombor yang sama]. Aku memilih pelan B39 pascabayar dengan bulanan data 8GB + 50min panggilan + 50 SMS. Black Plan khabarnya boleh bawa baki data+minit+SMS (tak terpakai) ke bulan depan, jadi tu yang

BMF Makanan

Imej
Pernah terlintas sekali dalam laman sosial aku ketika kempen BMF sedang hangat dibincangkan, tapi sekarang hilang lagi. Kemudian, tiba-tiba ada orang kongsikan dalam kumpulan perbualan Whatsapp pula.. Jadi untuk tak hilang lagi, maka aku salin & tampal dalam ini pula. "Tapi aku tengah tak sihat sangat sekarang ini.. Salin tampal je dulu, nanti baru kemaskan (warna-warna) skit ke supaya nampak jelas dan paham.. Maaf ya.." Nota - masih dalam peringkat kemaskini. Insya-allah aku akan kemas lagi dalam format yang lebih senang dicapai Sepintas lalu Fokus : BMF Makanan Boleh jadi jenama restoran/peruncit atau jenama produk makanan keluaran oleh kilang.. --- #nombor --- 5 Star – Bukan Islam 777 – Bukan Islam --- #huruf A --- A.Ramli –  Bukan Islam A&W –  Islam A1 –  Bukan Islam AAA –  Bukan Islam Abdul Salam –  Islam Abess –  Islam Adabi –  Islam

BMF Telco

Imej
Sempena Kempen BMF, aku juga perlu bertindak (jangan cakap saja, tak buat) untuk bertukar ke produk muslim. Jadi termasuk dalam perhatian aku ialah syarikat telekomunikasi (TELCO) "Kalau dulu zaman belajar, maklumat tak senang dicapai sebab kemudahan internet dan smartphone masih dalam peringkat pengenalan. Jadi masa tu nak sokong kempen susah sebab tak ada maklumat, tapi sekarang ni tak boleh nak beralasan lagi.." Fokus : TELCO Produk Muslim ringkasan mudah TELCO di Malaysia Senarai ini juga aku salin tampal dari [Siaran Facebook] Zuriyati RedOne  tapi aku susun semula ikut kronologi masa CELCOM (1988) CEO Dato Sri Shazzaly Ramly (Muslim) MAXIS (1993) CEO Ananda Krishnan (Bukan Muslim) DIGI (1995) CEO Morten Lundal (Norway / Bukan Muslim) UMOBILE (1998) CEO Tan Sri Vincent Tan (Bukan Muslim) XOX (2005) CEO Datuk Eddie Chai (Bukan Muslim)  REDTONE (2008)  Penjenamaan kepada pelan pascabayar REDONE (2012). CEO Farid Yunus (Muslim) TUNETALK (Ogos 2009

Ujian Nikmat Buat 3 Orang Bani Israel

Imej
Semasa sesi tazkirah dengan isteri (selepas solat berjemaah maghrib), kami sampai ke satu kisah teladan; Ujian Nikmat buat 3 Orang Bani Israel yang Buta, Botak, dan berpenyakit Kusta "Macam pernah dengar dulu di sekolah atau mana-mana, tapi sekarang dah jumpa sebaiknya aku kongsi di blog sini juga supaya senang cari semula lain kali.." Nota - macam selalu, aku salin semula kisah ini dalam gaya penulisan (pewarnaan skrip watak / perenggan) aku sendiri. Harap tidak ubah isi sebenar kisah ini. --- Kisah Mula---  Dalam kitab Al-Sahihain, daripada Rasulullah s.a.w bahawa ada tiga orang dari Bani Israel yang masing-masingnya buta , botak dan berpenyakit Kusta yang mana Allah s.w.t hendak menguji mereka. Dengan itu, Allah mengirimkan Malaikat kepada mereka masing-masing.. Malaikat mendatangi orang yang  botak  lalu bertanya serta berkata, "Apa yang anda inginkan? " Dia menjawab, "Saya mahu rambut yang dapat menghiasi & memperindahkan kepala

Cebisan kenangan (Geng Rapat Unimas)

Imej
Baru-baru ni aku menghadiri kenduri perkahwinan Afiq, kawan UNIMAS aku. Dengan berlangsungnya perkahwinan ini, maka telah lengkapnya geng rapat UNIMAS,  masing-masing akhirnya telah dipertemukan dengan jodoh. Tahniah, Afiq! "Dah lama masa rupanya sejak berakhirnya alam universiti (ijazah) dulu. Sepanjang lima tahun lebih pengajian aku di  UNIMAS , aku mempunyai beberapa geng rapat. Tentulah, aku berkawan sahaja dengan semua dalam batch, tapi dengan peribadi aku yang introvert  ni, hanya sebilangan sahaja yang aku anggap istimewa di hati.." Maka penulisan kali ini sekadar cebisan kenangan tentang beberapa orang geng rapat sepanjang jerih payah masa studi ijazah dulu.. Fokus - Geng Rapat UNIMAS (2007 - terkini) gambar 2016 masa ni dah separuh ahli jumpa jodoh dah ^-^! "We may have parted on our ways now & then, but the bonds that we had, i will cherish them always. And i had to know that i am not alone.They were here back then, i hope they always

Kempen BMBF

Imej
Baru-baru ini, berlaku konflik sosial peringkat negara melibatkan pelbagai kaum utama di Malaysia ايسو ڤڠنلن توليسن خط (سچارا تق لڠسوڠ دکاءيتکن دڠن توليسن جاوي) دالم سيلابوس ڤمبلاجرن تاهون ٤ د سموا سکوله ترماسوق سکوله جنيس کبڠسأن (چينا دان تاميل) . دتنتڠ هيبت اوليه ݢولوڠن بوکن ملايو تروتاماڽ دوڠ زوڠ  Isu pengenalan tulisan khat (secara tak langsung dikaitkan dengan tulisan jawi) dalam silabus pembelajaran tahun 4 di semua sekolah termasuk sekolah jenis kebangsaan dibantah hebat oleh golongan bukan melayu terutamanya Dong Zong.  ايسو تنتڠ سکوله ساتو اليرن سکالي لاݢي چوبا دکتڠهکن، نامون دتنتڠ هيبت اوليه دوڠ زوڠ Isu tentang sekolah satu aliran sekali lagi cuba ketengahkan, juga ditentang hebat oleh Dong Zong    ايسو تنترا تانه ملايو يڠ کباڽقنڽ داڠݢوتاءي اوليه اورڠ ملايو دهينا اوليه اوسهاون چينا دڠن انداين مريک هاڽ ماکن دان تيدور سهاج isu tentera Tanah Melayu yang kebanyakkannya dianggotai oleh orang Melayu dihina oleh usahawan cina dengan andaian mereka hanya makan dan tidur s