Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2017

Rumah Terbuka

Imej
(Nota - sedikit retrospektif, berlaku 2 hari lalu.. baru nak tulis sebab penat dan nak travel balik kampung KL ^-^!) " Bila nak buat open house raya ni ?" - tanyaku rawak kepada rakan kerja " Eh apa pula.. Hazran la kena buat open house, dah kahwin kan ? Tahun lepas tak buat pun"  " Haha.. (Adoi, balas semula nampaknya..). Hm, nanti saya tanya isteri. ." Hm, betul la tu. Aku tak pernah buat open house lagi sejak di tinggal di Sarawak. Bahkan, sejak pemergian arwah Wan, rumah KL memang takde lagi majlis ramah tamah. Yang ada hanyalah makan-makan ketika raya, tapi aku tak rekomen untuk ajak kawan datang berumah. Sementara itu. rumah sewa di kuching kecil dan sederhana, dikhuatiri tetamu mendatang tidak selesa bertandang ^-^! oh, nanti apa orang kata.. Maka jadilah aku tak pernah menjemput sesiapa datang ke rumah. Tapi untuk tujuan rumah terbuka ni saja-saja la aku bawa ke perbincangan di meja makan.. "Nak buat open house raya ke? Tapi kena ha

Waran Udara

Imej
Maaflah kalau berharapan entri tajuk besar dari entri yang lalu ^-^! perlukan masa tambahan nak imbau masa silam, lagipula baru lepas travel pulang ke Sarawak tamat beraya di kampung.. Perjalanan musim raya ni kalau tak rancang betul-betul boleh memakan perbelanjaan yang banyak. Namun, alhamdulillah adanya keistimewaan waran udara bagi penjawat awam yang bertugas di luar wilayah asal (seberang laut sana) Waran udara ini adalah satu keistimewaan, yang mana setahun sekali penjawat awam boleh memohon untuk tambang perjalanan pulang melawat wilayah asal. Biasanya aku simpan untuk digunakan pada waktu puncak, terutamanya musim raya (sebab tiket kapal terbang menjadi mahal, tambah lagi aku perlu menanggung untuk isteri juga..) "Eh, Syed! Waran udara kau ambil flight mana? Air Asia ke Malaysia Airlines? Alang-alang dapat free waran tiket, naiklah MAS <-- promosi MAS nampaknya.. Fokus - AirAsia vs MAS (situasi bantuan tambang ^-^!) Secara umumnya, ramai orang tahu; AirAsia ial

Abang Chik kahwin

Imej
Entri bersifat retrospektif, peristiwa dah lepas beberapa hari.. ^-^! 1 Julai 2017 - maka berakhirnya penantian Abang Chik setelah 6 bulan 3 minggu sejak event pertunangannya (entri blog ni  tunang (lagi) ). Maka hari ini adalah hari penting buat abangku iaitu akad nikah dan persandingannya bertempat di dewan Crystal Ballroom, Mines 2 Fokus A - Semua adik-beradik kian membesar  "Membuatku teringat suatu masa dulu kami semua masih kecil lagi dalam jagaan (arwah) Wan.  Pantasnya masa berlalu. Dah besar dah masing-masing. Walaupun masing-masing mengambil haluan kehidupan tersendiri, alhamdulillah semua masih dapat berkumpul lagi untuk hari penting ni.. Keakraban antara adik-beradik selalunya hanya dapat digambarkan pada zaman kanak-kanak sahaja. Apabila meningkat dewasa, ramai mula mengabaikannya lantaran pelbagai faktor.. [entri siblingship ]  "Semoga hubungan baik ni masih berpanjangan.." Fokus B - Right hand man & most trustworthy Entah kenapa awal perm

P4G [Game PSVita]

Imej
Nota - Dah lama tak tulis blog lagi. Entri kali ni bersifat santai sahaja. (^-^! sebenarnya ada beberapa peristiwa baru ni mencetus idea untuk dituliskan, tapi kekangan masa sedikit sebab pergi beraya serta penat.. jadi entri hari ni bertujuan nak warm up dulu..) Aku beli PS Vita (mcm PSP tapi lebih 'next generation' dengan tambahan fungsi skrin sentuh depan & belakang serta kualiti grafik yang lebih level up lagi) sejak Jun 2013. Tapi sedihnya tak banyak game yang menarik perhatian aku untuk main. Maka secara rawaknya aku browse la kat internet apa game recommended untuk PS Vita. Banyak kali aku tengok pada website review pada pelbagai masa yang lalu, antara top 10 game ialah Persona 4 Golden. Tapi tak pernah terlintas nak cuba, sehingga la baru ni akhirnya tergerak hati nak cuba (sebab kesian PS Vita terbiar dan takde koleksi game ^-^!) Maka lagu pemula game aku kongsikan dalam blog ni.. Tak pasal-pasal aku berebut dengan isteri nak ambil lagu buat jadi ring