Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2014

Wanted! 1st Journey

Imej
Entri ni sangat berkaitan dengan  Hobi di meja tulis , berkenaan karya agung aku  ( Wanted! ). Ekoran dari peristiwa (lebih kepada 'kenangan') dalam Wanted! Memory-0 , Syed berpindah ke Kuala Lumpur dan memulakan kehidupan remajanya.. Fokus - Wanted! 1st journey Siri ni adalah permulaan kisah "Syed" di alam sekolah menengah. Terdiri dari 20 episod pengenalan berlatarkan sepanjang tahun 2001 (tingkatan 1) , sebagai percubaan sebelum melanjutkan siri lebih meluas. Berbekalkan nota  perancangan awal komik , serta pengalaman buat komik Ex , maka hasilnya jadilah seperti gambaran 'isi kandungan' ni.. Sebagai permulaan, aku lebih kepada buat episod yang mudah-mudah sahaja serta kurang aksi. Namun, mengakhiri 1st journey, aku dah mula menampakkan kemungkinan perkembangan cerita yang lebih lagi.. Hmm, tak banyak yang boleh diperkatakan tentang 1st journey ni.. Apa-apa pun, kalau berminat nak baca.. bolehlah pergi ke photobucket aku ^-^! Sebenarnya p

Sunnah Ramadhan (part 1)

Imej
" Bulan ramadhan datang lagi~ Alhamdulillah, kerana berpeluang dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh berkat ini. Sebelum mula bulan puasa esok hari ni, marilah kita ulangkaji semula arahan Allah yang mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan. Dari surah Al-Baqarah 2:183.." -   entri menjelang ramadhan 1434H " selalu kita dengar betapa bulan ramadhan ni adalah bulan yang penuh berkat & rahmat dari Allah s.w.t kepada hambaNya. antaranya pahala amalan kebajikan yang dilakukan itu dilipat gandakan khasnya ketika bulan ramadhan. " - entri bonus ramadhan Ok, dah habis refresh.. Fokus - sunnah ketika bulan Ramadhan.. Maka entri kali ni adalah tambahan input ramadhan yang lain pula.. mengakhirkan sahur "Sahur adalah makanan yang penuh berkah (berkat) . Oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun dengan hanya dengan minum seteguk air. Kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur"

HO Arc! Episod 19

Imej
"Listen to my story.." Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9  : tagging 10 hari permulaan Medical Episod 10  : Male medical.. Episod 11  : Female medical Episod 12  : Ward 1st class challenge! Episod 13  : Ward 1st class challenge! part 2 Episod 14  : wad kelas 3 di periphery (lelaki) Episod 15  : kembali semula ke wad perempuan (hard mode) Episod 16  : Geriatrik Ward Episod 17  : Wad kelas 3 di periphery (perempuan) Episod 18 :  retag (1st) Memang teruk aku kerja bulan february ni sebab tagging ni. Dua minggu berturut-turut kerja sampai pukul 10.. tentulah tagging O&G dulu paling lama. Tapi beban kerja medikal bukan sebarangan. Ketika singgah di pejabat pengurusan.. "Syed, next week masuk CRW eh?" - beritahu penyelaras jadual HO "Eh? Boleh ke saya (aku merujuk hal tagging, kononnya tak boleh tukar wad) ??" "Kenapa tanya macam tu? Saya d

minta izin masuk bilik ibu bapa..

Imej
"Ayah kat luar sekarang ni, akan balik kejap lagi. Nanti ada orang datang nak baiki aircond bilik Ayah. Kamu tolong tengok-tengokkan sementara ayah belum balik ya.." Sejak kebelakangan ni cuaca sangat panas dan jarang hujan ^-^! kebetulan pula aircond bilik Ayah dah rosak maka ayah berhajat tukar baru. Jadilah hari ni dijadualkan pemasangan aircond tersebut. Kebetulan ayah masih belum balik, maka aku la yang kena bertugas tengok-tengokkan.. "Oh ya, dah bertahun lamanya aku tak pernah tengok pun bilik ayah. Lebih-lebih lagi sejak pemergian arwah Wan dan kehadiran Mak Dah, aku tidak lagi menjejak kaki ke bilik ayah.." dan teringat aku akan dua situasi yang lantas menimbulkan persoalan yang berkaitan.. Situasi 1 - ada seseorang bertanyakan aku survey tentang satu kelengkapan elektrik. Namun, maklumat yang aku berikan tidak mencakupi master bedroom. Bukanlah ingin dirahsiakan, namun aku sendiri tak tahu tentangnya.. "Kau ni takkanlah tak pernah masuk bili

dari O&G (revisited)

Entri kali ni adalah kesinambungan entri dari O&G , yang mana aku akhiri post tersebut. " Aku pernah dengar bahawa ibu yang mengandung dan bersalin akan diampunkan dosa-dosanya sepanjang dia menanggung kesusahan tersebut. Betapa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.." - some other stream of thought Maka kali ni aku selitkan satu perkongsian yang aku jumpa di facebook.. Sekadar copy paste untuk pengetahuan bersama.. 14 "KEMULIAAN" WANITA MUSLIMAH YANG  SEDANG HAMIL’ :: 1. Apabila seorang perempuan mengandung dalam  rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap  hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan daripadanya 1,000 kejahatan. 2. Apabila seorang perempuan mulai sakit hendak bersalin atau melahirkan, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang berjihad di jalan Allah SWT. 3. Apabila seorang perempuan melahirkan anak, hilanglah dosa²nya seperti keadaan ia baru dilahirkan. 4. Apabila telah lahir ana

HO Arc! Episod 18

Isi kandungan setakat ni.. Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9  : tagging 10 hari permulaan Medical Episod 10  : Male medical.. Episod 11  : Female medical Episod 12  : Ward 1st class challenge! Episod 13  : Ward 1st class challenge! part 2 Episod 14  : wad kelas 3 di periphery (lelaki) Episod 15  : kembali semula ke wad perempuan (hard mode) Episod 16  : Geriatrik Ward Episod 17  : Wad kelas 3 di periphery (perempuan) "Namun, aku dapat rasakan ni adalah persimpangan yang tak baik dalam medical ni..  (aku percaya si Specialist ni dah pun menyebarkan isu ni dalam jaringan network mereka, kot-kot ditambahi andaian tersendiri) . Aku menjangkakan 'ekspresi' dingin oleh para specialist terhadapku lepas event ni. Harapnya itu cuma sangkaan semata-mata." Episod 18 - retagging medical semula NW23  >_<! (3 feb - 16 Feb 2014) (nota - kalau korang pernah tertanya kena

(adik) Nawar

Imej
Sekali lagi, trigger entri ni pun berkaitan dengan mimpi.. Selagi aku masih ingat ni, biarlah aku tuliskan intipati mimpi tersebut sebanyak yang mungkin (nanti lupa pula) . Ni pun dah samar-samar dah ni.. ------------------------------------------<dreaming mode>------------------------------------------------ Berlatarkan suatu masa silam (sebab aku berwatak budak serta adik kandung aku juga masih kecil serta isi kandungan mimpi lebih bercirikan budak, kot ^-^!) .. Digambarkan aku dengan kawan-kawan sebaya menyertai satu pertandingan (aku tak ingat pertandingan apa tapi lebih kepada sesuatu yang melibatkan kemahiran... hmm, mewarna kot / ke main alat muzik) . Tapi dalam pertandingan ni, aku menang tempat pertama dan dapat grand prize hamper besar.. "Abang ajarlah adik. Adik nak jadi terer macam abang jugak.." - tanya adikku "Boleh. Abang akan ajar satu-satu kat adik. Mungkin apa yang adik belajar ni lambat sikit tapi sabar la eh..slow-slow nanti adik pun b

Provokasi

Trigger untuk entri kali ni adalah berdasarkan status facebook yang aku temui secara tak sengaja.. Maka ingin sekali aku copy & paste di blog ni.. " Selamat menyambut hari syaitan aidilfitri pada 28 July 2014 dan sebulan puasa makan babi hingga sebulan pada 28 jun 2014 - 27 July 2014 selamat menyambut hari syaitan daripada Facebook Malaysia .makan bak kut teh sama nabi mohd syaitan anjing pukimak anjing syaitan " - watak X Pertamanya, difahamkan status tersebut merujuk kepada bulan Ramadhan yang bakal menjelma tak lama lagi. Dan status tersebut adalah luahan ketidakpuasan hati seorang hamba Allah (dari cara tulisannya --> bukanlah seorang muslim, malah mungkin tidak faham tentang agama serta syariat Allah) . Namun, apa yang lebih menarik perhatian aku adalah komentar / respon orang ramai terhadap status tersebut.. Rata-ratanya menunjukkan reaksi marah tentang status tersebut, lantas memberikan respons cabaran kepada penulis status tersebut dengan kata-kata kesa

[Lagu ] Oh ibu

(Nota - entri ni bersifat santai lagikan retrospektif..) Kali ni saja-saja aku ingin kongsikan antara lagu kegemaran aku sejak kecil lagi. "Apa pula trigger kali ni? Peliknya tiba-tiba berkongsikan lagu tema ni pula.." Baru-baru ni aku mimpikan arwah mak aku. Tiba-tiba dan tak semena-mena. Malah mimpi penuh tanpa gangguan sepanjang malam tidur (berlatarkan 5 hari aku dengan arwah.. yang mana arwah masa ni selamat dari stroke. Dalam 5 hari ni kami menjalani kehidupan yang gembira, sehinggalah pada hari kelima arwah diserang second stroke.. "Second (attack) stroke usually had worst prognosis, as the brain had been damaged extensively (during first,  and also added with second area of damage) . Patient are often do not survive after the second attack.." Maka suasana berubah menjadi sayu. Mengakhiri mimpi, aku menangis (dalam mimpi ni) sambil memohon ampun pada ibu kerana tak dapat nak selamatkannya.. -------------------------------------------------------

Jangan membazir makanan

Imej
Berlaku lagi satu adegan di wad kanak-kanak tempatku bekerja.. Sedangku membuat review pesakit, kelihatan seorang pesakit kanak-kanak perempuan (dalam lingkungan 4 tahun kot) sedang menangis. Abangnya (dalam usia 6-7 tahun) ada bersebelahan dengannya.. "Kenapa dengan adik ni? Gaduh dengan abang ke?" tanyaku kepada si abang "Tak ada.. Dia nangis sebab tak makan nasi.." - balasnya "Abang makan nasi adik eh?"   "Bukan.. dia tak mau makan jadi dia bagi saya, tapi saya pun tak mau.. jadi dia nangis sebab takut kena marah (sebab tak habis nasi) .."    "Kalau tak habis takpe la.. misi tak marah pun.." - tegur jururawat kebetulan melintasi kami.. " (rare budak ni ^-^! tapi bagus nilai yang ditunjukkannya..) " - bisik hatiku..

Homesick

Imej
"Adik, apa khabar petang ni?? " - tanyaku kepada seorang pesakit budak dalam lingkungan 11 tahun, disyaki penyakit denggi tapi dalam fasa sembuh.. Tiba-tiba budak tu menangis. "Eh kenapa ni? Ada sakit kat mana-mana ke, adik?" - tanyaku pelik "Tak, tunggu mak, tapi tak sampai-sampai lagi.." - balasnya "Dia dari tadi macam tu doktor, ni tengah nak tolong call mak dia datang tengok cepat.." - ulas seorang penjaga dari katil sebelah.. " Homesick eh.. "  Budak tersebut berdiam diri sambil tangis sedunya (malu nak ngaku kot ^-^!) Aku tersenyum.. "Takpe la kalau homesick.. * Doktor (*aku membahasakan diri macam tu bila berjumpa pesakit budak) sendiri pun  homesick juga dulu masa kecik dulu.. " - aku cuba memujuk  Fokus - homesick Teringat aku satu masa dulu. Kali pertama aku berpisah dengan keluarga untuk tempoh jangka panjang, permulaan sekolah menengah di asrama dulu. Kalau ikutkan memang 3 hari pertama tu,

HO Arc! Episod 17

HO Arc story so far... Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9  : tagging 10 hari permulaan Medical Episod 10  : Male medical.. Episod 11  : Female medical Episod 12  : Ward 1st class challenge! Episod 13  : Ward 1st class challenge! part 2 Episod 14  : wad kelas 3 di periphery Episod 15  : kembali semula ke wad perempuan (hard mode) Episod 16  : Geriatrik Ward And the story keep going on for now.. Sebelum start, kena refresh balik trivia dari episod lalu.. Oh ya, dalam episode ni walaupun watak HO adalah aku dan Zahrah, tapi banyak hari dalam 2nd week di wad ni, tu aku terpaksa kerja berseorangan, kerananya kawan aku ni ada hal kecemasan keluarga.. "Untuk situasi ni, pakar wad tersebut sangat sporting terhadapnya  (tak dianggap sebagai EL) , asalkan aku dapat cover untuk dia. Syaratnya aku juga ada hari cuti aku sendiri  (nota - kerja kat wad ni takde offday, tapi kedua-dua hari

konflik diri

(Nota - entri ni bersifat sangat peribadi. Aku tak berniat nak terbitkan untuk bacaan umum, cukuplah untuk tujuan muhasabah sendiri - takut aku lupa serta keliru akan permasalahan yang berlaku lalu mengakibatkan aku emosi pula) Hm, macam mana nak mula ye. Kalau ikutkan perwatakan aku yang nampak baik hati dan suka menolong, aku hanyalah insan biasa yang tak lari dari konflik keluarga. Dan konflik kekeluargaan ni melibatkan antara kumpulan anak terhadap ibu bapa (kalau dalam kisah aku, lebih kepada bapa) .. Entah sejak bila, aku dah semakin jauh daripada Ayah.. Mungkin kehidupan remajaku di sekolah asrama sejak tahun 2001 lagi  menjadikanku agak renggang terhadap hubungan kekeluargaan.. Namun yang aku pasti, ada sebab lain yang lebih mengukuhkan renggang ni.. Aku tak la kata aku benci, namun secara pastinya aku tak gembira meluangkan masa berborak dengan dia. Dengan kata lain, dia bukanlah seorang pendamping (confidant) utama aku untuk membincangkan sebarang permasalahan  (aku