Sunnah Ramadhan (part 1)

"Bulan ramadhan datang lagi~ Alhamdulillah, kerana berpeluang dipertemukan sekali lagi dengan bulan yang penuh berkat ini. Sebelum mula bulan puasa esok hari ni, marilah kita ulangkaji semula arahan Allah yang mewajibkan umat Islam berpuasa sebulan. Dari surah Al-Baqarah 2:183.." - entri menjelang ramadhan 1434H
"selalu kita dengar betapa bulan ramadhan ni adalah bulan yang penuh berkat & rahmat dari Allah s.w.t kepada hambaNya. antaranya pahala amalan kebajikan yang dilakukan itu dilipat gandakan khasnya ketika bulan ramadhan." - entri bonus ramadhan
Ok, dah habis refresh..

Fokus - sunnah ketika bulan Ramadhan..
Maka entri kali ni adalah tambahan input ramadhan yang lain pula..
  • mengakhirkan sahur
"Sahur adalah makanan yang penuh berkah (berkat). Oleh kerana itu, janganlah kalian meninggalkannya sekalipun dengan hanya dengan minum seteguk air. Kerana sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat kepada orang-orang yang makan sahur" (Riwayat Ahmad)
Entri aku yang lalu bertajuk sahur juga terdapat penjelasan menarik (yang lain) tentang sahur ni..  
  • menyegerakan berbuka puasa
"Manusia akan sentiasa berada dalam kebaikan selama mereka menyegerakan berbuka" (Riwayat Bukhari & Muslim)
  • berbuka dengan rutab/ kurma/ air
Anas bin Malik r.a berkata, "Rasulullah s.a.w biasanya berbuka dengan rutab (kurma basah) sebelum menunaikan solah. Jika tidak ada rutab, baginda akan berbuka dengan tamar (kurma kering). Dan jika tidak ada yang demikian, baginda akan berbuka dengan seteguk air." (Riwayat Abu Daud & Ahmad)
  • berdoa ketika berbuka
"Ada tiga (3) orang yang doanya tidak akan ditolak iaitu: pemimpin yang adil, orang yang berpuasa ketika berbuka dan orang yang dizalimi. (Riwayat At-Tirmidzi & Ibnu Hibban)
  • memberi makan pada orang yang berbuka
"Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang berpuasa tersebut tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa (diberi makan) itu sedikit pun." (Riwayat At-Tirmidzi, Ahmad & Ibnu Majah)
  • lebih banyak menderma dan beribadah
Ibnu 'Abbas r.a berkata, "Nabi s.a.w adalah orang paling gemar melakukan. Kedermawanan (kebaikan) yang baginda lakukan lebih lagi di bulan Ramadhan iaitu ketika Jibril a.s. menemui baginda. Jibril a.s. datang menemui baginda pada setiap malam di bulan Ramadhan (untuk membacakan al-Quran) hingga selesai dibacakannya untuk Nabi s.a.w. Apabila Jibril a.s. datang menemuinya, beliau adalah orang yang lebih cepat dalam kebaikan dari angin yang berhembus.. (Riwayat Bukhari & Muslim)
dari majalah bulanan JOM! isu 16 (2013)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)