Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2013

Istiqamah

Imej
Ramadhan telah pun berlalu, dan kesan / bahangnya tidak la terasa. Kelihatan aku seolah-olah kembali menjalani kehidupanku sebagaimana biasa sebelum ketibaan Ramadhan v_v " Masa Ramadhan begitu bersemangat nak mengisi checklist amalan.. Ni Ramadhan dah habis, takkan semangat tersebut pun hilang begitu saja..?? Setidaknya istiqamah le satu (amalan) " - nasihat kepada diri sendiri.. Fokus - istiqamah Aku pernah diperihalkan tentang dalil naqli tentang istiqamah ni. Firman Allah dalam KitabNya: "Oleh itu, hendaklah engkau (Wahai Muhammad) sentiasa tetap teguh di atas jalan yang betul sebagaimana diperintahkan kepadamu, dan hendaklah orang-orang yang rujuk kembali kepada kebenaran mengikutmu berbuat demikian. Dan janganlah kamu melampaui batas hukum-hukum Allah. Sesungguhnya Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan." (Surah Hud 11: 112)  Dalil tersebut diperkukuh melalui hadith Nabi: Oleh itu, aku menyeru diri sendiri (dan kawan-kawan) agar me

Of Bunga Telur and Bally Shoes

Imej
Baru ni, aku berjumpa semula dengan seorang kawan lama (Segambut 2001/2003) . Masa sekolah dulu, dia ni boleh dianggap sebagai buddy / kawan baik juga la.. Mutakhir ni, dia baru je bertunang. Jadi sepanjang pertemuan kali ni, dia berkongsi la sedikit sebanyak tentang persediaan sebelum berkeluarga ni; iaitu perlukan perancangan kewangan yang rapi, tetapkan perbelanjaan kahwin yang berpatutan dan tidak berlebihan dan sebagainya ^-^! Serta merta aku teringat akan satu cerpen  english yang dipelajari ketika di bangku sekolahku dulu; Of Bunga Telur dan Bally Shoes  karya Che Husna Azhari (dalam literature book The Selected Poems and Short Stories Form 1 terbitan 2000) . Sukanya aku nak imbas sepintas lalu: siapa ingat lagi baca buku ini? ---------------------------<story starts>------------------------------------ The story revolves about a young Kelantanese man named Jamal who decide to get married. He let his mother to choose for his bride, which the bride tu

Kembara-3

Imej
Baru-baru ni adik aku pergi off-shore lagi.. Kalau sebelum ni dia ke Chilegon (Indonesia), kali ni ke Labuan pula.. Dan dengarnya dia akan ada trip ke Turki dalam jarak terdekat ni.. Sementara itu, abang sulung aku, baru je mohon kerja baru dah ditugaskan ke Singapura pula.. ^-^ "Ironinya, pada suatu masa dulu aku la yang paling kerap berjauhan dengan rumah melibatkan travel jauh (sempena studi di UNIMAS) .. Dan adik-beradik aku hanya bertempat di kawasan rumah je.. Senang balik~ dan kali ni situasi terbalik pula.. Cemburunya aku " ^-^! Kenapa aku cemburu?? Adik-beradik aku dapat peluang untuk kembara ke tempat-tempat di dunia luar (walaupun tujuan kerjaya semata-mata) , tapi demikian adalah lebih baik dari tidak pergi langsung.. "Antara impian aku sejak kecil lagi ialah mengembara melihat dunia.."  - entri kembara   from here surely an adventure awaits Mungkin kita hanya datang untuk tujuan bekerja, namun aku percaya adanya pendedahan tentang budaya masy

Dusta

Imej
Masih terngiang di gegendang telingaku akan satu nasihat anak muda suatu masa dulu; "Don't you ever lie to anyone. Because, if you lie even though just once, you will need to lie 9 more times to cover it up.. and that would multiplies your dosa even worse.. " - katanya speaking .. Fokus - dusta (linkage entri  live-action-trigger! ) Kalau diamati sepanjang kehidupanku, sememangnya ada situasi-situasi yang membuatkan diri terpaksa berbohong (terutama apabila demi kepentingan diri) . Jadi aku akui betapa susahnya nak membentuk peribadi Al-amiin seperti mana Rasulullah s.a.w Daripada Abdullah bin Amru bin Al-'As r.a, Nabi s.a.w bersabda (yang bermaksud) , "Empat perkara siapa yan mempunyainya maka jadilah dia munafiq yang sebenarnya, dan siapa yang mempunyai satu cabang darinya, nescaya dia mempunyai satu cabang dari sifat nifaq sehingga dia meninggalkannya. Apabila diberi amanah, dia khianat; apabila dia bercakap, dia dusta ; apabila berjanji, dia melang

Sebarkan salam

Imej
Selepas punch in kad kedatangan kerja, aku berjalan masuk ke dalam wad menuju ke bilik staf untuk meletakkan beg. Kelihatan sekumpulan staf jururawat sedang melakukan passover (pertukaran shif) sesama mereka di laluanku.. "Morning~ morning~ ^-^!" - tegurku secara bersahaja sambil melintasi kumpulan tersebut (aku tegur sebab mereka pandang aku, sebaliknya aku akan senyap je pass through ^-^!) "Apa morning-morning?? Assalamualaikum, Waalaikumsalam~ " - balas sister bertugas dari kalangan kumpulan ketika itu  " Waalaikumsalam"  ^-^!  Kan sendiri dah kena~ ^-^! Adoh~ Tapi betul la, ada benarnya teguran tersebut. Kita umat Islam ada cara bertegur sapa dan ucapan tersendiri yang lebih istimewas. Kenapa la diutamakan sangat ucapan-ucapan biasa itu..? Apa-apapun, seraya ku teringat akan satu lagu (nasyid) ni.. Jom dengar jap, dari kumpulan Rabbani:

kejar solat berjemaah!

Imej
Sejak berakhirnya ramadhan, aku cuba untuk istiqamah ke surau belakang setidaknya solat fardhu Isya'.. Hari ni, aku terlewat sedikit, sampai-sampai je imam sedang membacakan surah kedua. Maka aku segera berwudhu' dengan niat agar sempat jadi makmum muafiq. Jadi habis-habis wudhuk dan masuk dewan solat.. " Alamak, saf kosong jauh pulak (dari pintu masuk) . Kalau jalan je (ke saf tersebut) tak sempat ni. . " - bisik hatiku Jadi inginku berlari ke saf tersebut, namun kelihatan beberapa makmum lain juga berjalan di hadapanku, bersahaja ke arah saf tersebut.. Terhalang niatku untuk berlari (memintas mereka) . Dan akhirnya aku terpaksa akur tertinggal satu rakaat.. bukankah ilustrasi ni cuba menasihati kita agar kejar solat berjemaah perfect? "Ok, memang salah aku kerana lewat datang  (lalu tertinggal rakaat) , tapi kenapa.. orang lain  (makmum lain)  tampak tak berusaha nak kejar rakaat..?"

game Eksklusif 3DS

Imej
Lama tak tulis pasal game ^-^! sejak mula bulan puasa, aku tertarik membeli satu game baru untuk konsol 3DS iaitu Project X Zone. Secara ringkas tentang game ni; cover game PXZ "Project X Zone ni adalah game bersifat tactical RPG, hasil gabungan pengeluar Sega, Capcom dan Namco Bandai. Meliputi watak-watak utama dari pelbagai jenis game. Menariknya setiap watak utama dari pelbagai game ni dipertemukan dalam satu konflik besar, lalu masing-masing berperanan dalam misi menyelamatkan dunia.." Ada lebih kurang 50 watak telah dikumpul dalam game ni, masing-masing dikekalkan gaya dan skil dari game asal tersendiri (maksudnya walaupun watak dah bercampur aduk, namun kita masih boleh nampak kehebatan asal setiap watak, melalui special skill masing-masing) Antara yang aku minat ialah watak Ryu dan Ken dari game Capcom Street Fighter (combo berlawan yang ditunjukkan adalah berdasarkan anime asal mereka Street Fighter II the movie, dan game mutakhir Street Fighter IV) A

Puasa enam

Imej
Dah beberapa hari beraya, maka jom kita berpuasa sunat 6 hari dalam bulan Syawal pula ^-^ Diperihalkan sebuah hadith tentang puasa enam ni iaitu: Kena puasa enam hari je (kalau nak dibandingkan dengan 29 hari bulan Ramadhan) tapi fadhilatnya menyamai amalan puasa setahun. Rugi la kalau terlepas peluang ni ^-^ Namun demikian, aku berpendapat puasa sunat ni tak semudah puasa fardhu Ramadhan. Sebabnya, kalau masa bulan Ramadhan dulu semua muslim bersifat supportive: ajak bersahur, ingatkan tentang puasa (tak boleh makan dll) dan kalau ada yang tak puasa pun, mereka terpaksa makan sorok-sorok bagi menghormati orang berpuasa.. Sebaliknya di luar bulan Ramadhan, suasana rasa berbeza.. orang sekeliling tak bersifat supportive sangat, tambah-tambah kebetulan mereka buat makan-makan pula ketika kita puasa.. Memang satu dugaan hebat. Lagi pula kita dengan minda puasa enam ini 'tak wajib' (tak bersalah kalau nak berbuka pun) kalau tak berhati-hati boleh terpengaruh denga

tak ingat/kenal

Imej
"Mungkin awak tak bersalah. Tapi awak kena ingat semula siapa yang duduk sebelah awak masa tu.. Kalau tak, kami takde cara lain sebab awak la je suspek yang kami tahu ada masa tu. Saya harap awak bersedia nanti.." - ujar sister bertugas kepadaku "Bersedia? Saya kena buat apa?"  "Tak tahulah, mungkin *mereka (*merujuk kepada pihak hospital yang membekalkan peralatan) laporkan pada ketua jabatan pasal hal ni? Mungkin mereka minta ganti rugi RM2000 untuk satu set.. Bersedialah, atau awak dapat cari pesalah sebenar.."  " (ok, just great~~) " - nada ironi What was the start of all this ?? Jom kita imbas kembali 2 minggu lalu (dari tarikh entri ni) .. -------------------------------------------<flashback start>------------------------------------------------ Jumaat, 2 OGOS - Jabatan Pembedahan mengadakan satu sesi conference tentang prosedur berkaitan Blood transfusion lantaran ada isu yang pernah berlaku, menyebabkan kematian.

Melawat pusara

Imej
Sempena 3 Syawal 1434H~ kami datang melawat kubur arwah Wan. Dah hampir 5 tahun (hijriyah) sejak arwah Wan kembali ke rahmatullah. Kalau sebelum ni aku datang sebagai seorang pelajar universiti, akhirnya kali ni aku dah berkerjaya dalam bidang perubatan. Sepatutnya ni perkara yang aku sangat berharap arwah dapat tengok saat-saat ni. Namun..   "..the one i really want to be here with me at this moment of happiness is not here anymore.."   - entri  sebelum induksi Setiap kali aku datang sini pastinya aku berasa sayu melihat kubur arwah.. "Raya ke-3 baru melawat pusara arwah mak v_v sayu pula bila fikir hanya datang setahun sekali je..  And it feel kinda lonely when i think about it.. innalillah~ " - status facebook bertarikh 10 Ogos 2013

Projek Salasilah

Imej
2 Syawal~ Aku dan adik-beradik bertolak pulang ke kampung halaman dan beraya di sana pula.. Destinasi kami ialah kampung halaman sebelah emak (wan) . Walaupun wan dah meninggal, namun kami tetap ingin berhubung mesra dengan saudara-mara yang berkaitan, terutamanya pada hari raya ni.. "Oh ya, tahun ni juga pertama kalinya aku memberi duit raya kepada anak saudara yang ditemui.. Tapi tak sangka ramai pula anak buah jauh ni.. ^-^! tersalah anggap (underestimate) bilangan pula. ." Fokus - salasilah keluarga Demikianlah halnya. Maka datangnya idea aku untuk mulakan projek buat salasilah keluarga, mencakupi keluarga mak, ayah dan mak tiri sekali pun. Aku berpendapat pentingnya menghubungkan kembali kaum kerabat. Tanpa aku sedar, bilangan saudara mara aku telah meningkat banyak. Malah, adanya sanak-saudara jauh berada di sekelililng kita tapi kita tak pernah tahu menahu pun. Hal ni semestinya generasi lama saja yang arif dan bertindak sebagai penghubung. Namun, siapa tahu.

Epilog ramadhan 1434H

Imej
Nota - entri ini adalah epilog bagi entri  menjelang ramadhan 1434H Berakhirnya sudah ramadhan 1434H. Kali pertama aku berpuasa dalam alam pekerjaan. Jadi keputusan checklistnya adalah seperti berikut: Jika diteliti, perbandingan amalan tahun ni dan tahun lepas agak jelas. Ada yang semakin baik ^-^ misalnya: Al-Mat'hurat - adanya kemudahan apps handphone yang mudah dibawa ke mana-mana serta bantuan audio sekali.  Solat dhuha juga, alhamdulillah sempat aku curi masa keluar solat kejap, banyak kali. Qiamulail, kalau tahun lepas aku ada bantuan rakan sebilik yang datang kejut, tahun ni alhamdulillah ahli keluarga aku datang kejut.. Namun terdapat juga amalan yang semakin kurang.. Antaranya Tilawah Al-Quran - Prestasi tahun ni teruk skit. terdapat beberapa hari aku tak tilawah langsung Sahur - tak perfect 29 hari Tarawikh - tak perfect 29 hari (malam), namun 3 hari tersebut adalah disebabkan aku bekerja oncall jadi memang tak dapat nak luangkan masa pun T_T De

Kebendaan

Imej
"Saya telefon dari Syarikat Celcom, nombor encik telah menang peraduan tahunan kami. Encik dapat hadiah tempat ketiga berupa RM5000 ya.. Tapi sebelum itu, boleh tak encik pergi ke ATM yang terdekat untuk penerimaan duit ni, sebab untuk elakkan penipuan, kita tak boleh guna cara bank-in akaun.." - private number " Tapi mesin ATM saya jauh sekarang ni. .." - balasku "Takpe, macam ni; encik pergi berjalan ke mesin ATM sekarang, tak perlu tutup (hang) handphone, biar je telefon ni bersambung lepas tu bila dah sampai kat ATM encik bagitau saya ya? Hari ni hari terakhir untuk ambil hadiah, mesti cepat ya.." "Maaflah, saya tengah kerja ni. Tak boleh nak pergi ke mesin ATM sekarang.."   "Duuu........ " <-- bunyi dah hang telefon ^-^! Pernah alami adegan tersebut tak? Sebelum ni, aku sekadar dengar-dengar sahaja cerita daripada kawan-kawan sekeliling. Namun, ni kali pertama aku mengalaminya tadi. Misterinya aku tak ingat per

Iftar Sepintar

Imej
(Nota - Entri ni sepatutnya bertarikh semalam 3 Ogos 2013 tapi sebab balik lewat malam dan penat maka aku tangguh tulis ke hari ni ^-^) Hari ni aku sertai majlis IFTAR  tahunan anjuran dan hasil kerjasama kawan-kawan SEPINTAR 0405 , bertempat di Nilai iaitu rumah salah seorang sahabat kami. Berikut adalah tentatif yang dirancang oleh pihak penganjur: 5.oo petang - ketibaan awal tetamu dan peserta, disertai persiapan tempat dan juadah IFTAR *Aku sampai pukul 7.15 petang kerana sesat jalan ^-^! 7.3o petang - IFTAR ringan (makan tamar dan minum-minum sikit)  7.45 petang - solat Marghrib berjemaah imam Hakim 8.oo malam - IFTAR  8.5o malam - solat Isya', tarawikh 8 rakaat, tazkirah 15 min oleh Muadz dan solat witir 3 rakaat oleh Imam Amin 1o.oo malam - moreh, sesi icebreaking & update perkembangan semasa. 12.oo tengah malam - bersurai Diperihalkan majlis ni adalah aktiviti tahunan, tapi ni antara kalinya aku sertai kawan-kawan aku ni sejak sekian lama..

hari-hari akhir Ramadhan

Imej
Yeah! hari ni minggu ni rehat ^-^ setelah bekerja sepanjang 5 hari Isnin sampai Jumaat ni, akhirnya aku diberi rehat 2 hari berturutan pada hari minggu (sebelum ni, sukanya aku memohon agar rentak jadual kerjaku 'kerja 3 hari, rehat satu hari') "Tapi, nak buat apa cuti dua hari ni ye? Aku tak terasa nak keluar shopping / tengok wayang pun.." Mungkin aku terkesan dengan paparan klip video berikut. Jom tengok kejap ^-^! Spoiler alert! - video klip ni memaparkan bagaimana muslim produktif sepatutnya meluangkan masa ketika Ramadhan terutamanya pada 10 hari terakhir, iaitu dengan banyak beribadah di masjid (i'tikaf, zikir, tasbih, solat, baca AlQuran). Sementara itu, muslim tak produktif digambarkan terpedaya dengan jualan hebat akhir ramadhan Demikianlah halnya. Jadi apa yang istimewanya 10 malam hari Ramadhan ni?? Fokus - Malam 1000 bulan Pada 10 malam terakhir Ramadhan, ada satu malam ni sekiranya kita beramal ibadah padanya adalah lebih baik daripad