game Eksklusif 3DS

Lama tak tulis pasal game ^-^! sejak mula bulan puasa, aku tertarik membeli satu game baru untuk konsol 3DS iaitu Project X Zone. Secara ringkas tentang game ni;
cover game PXZ
"Project X Zone ni adalah game bersifat tactical RPG, hasil gabungan pengeluar Sega, Capcom dan Namco Bandai. Meliputi watak-watak utama dari pelbagai jenis game. Menariknya setiap watak utama dari pelbagai game ni dipertemukan dalam satu konflik besar, lalu masing-masing berperanan dalam misi menyelamatkan dunia.."
Ada lebih kurang 50 watak telah dikumpul dalam game ni, masing-masing dikekalkan gaya dan skil dari game asal tersendiri (maksudnya walaupun watak dah bercampur aduk, namun kita masih boleh nampak kehebatan asal setiap watak, melalui special skill masing-masing)

Antara yang aku minat ialah watak Ryu dan Ken dari game Capcom Street Fighter (combo berlawan yang ditunjukkan adalah berdasarkan anime asal mereka Street Fighter II the movie, dan game mutakhir Street Fighter IV)


Antara lain ialah watak Megaman X dan Zero dari siri Megaman (skill yang dicedok ke dalam game ni adalah berdasarkan game Megaman X4 dan seterusnya) Paling nostalgia apabila X pakai semula Ultimate Armor buat Giga Attack sebagai serangan terkuat..



Ada banyak lagi watak-watak utama dalam game ni. Semua hebat-hebat belaka ^-^! seronok cuba sorang-sorang, cuma disebabkan game ni tactical RPG jadi ambil masa skit untuk habiskan. Tambah-tambah dah berkerjaya ni kena pandai bahagi masa..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)