Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2018

Malaikat Mikail tidak ketawa..

Imej
Catatan kemaskini 15.10.2018 - tambahan dali Al-Quran [25:17-18] 29.3.2019 - jumpa lagi dalil Al-Quran tentang manusia kufur ingkar bila ada nikmat [10:88] --- [Blog mula di sini] --- Saja ingin aku berkongsi tentang satu perkongsian di laman media Facebook lagi.. Jom tengok balik gambar berikut; "ڤرنه ترفيكير تق كناڤ ملاءيكت ميكا‌ءيل تيدق ڤرته كتاوا سجق نراك دچيڤتاكن؟ جوم فيكيركن برسام" Fokus - Malaikat tidak gembira kerana.. Nota - penulisan berikut hanya sekadar andaian semata-mata, tidak dibuktikan melalui mana-mana dalil lagi, lebih kepada sekadar fikrah (idea) sahaja. Kalau ada salah dan silap, mohon ditegur agar tidak menyebarkan fahaman yang salah kepada ramai..

Zero Time Dilemma [PS Vita]

Imej
PS Vita akan dihentikan pengeluarannya menjelang tahun 2019 nanti. Sedih & kasihan pula rasanya, dah la senarai game aku di PS Vita sangat terhad. Seolah-olah aku tak main sangat konsol ini. Jadi saja-saja aku switch on dan main balik PS Vita dan tengok ada game apa yang boleh main.. "Oh ya, aku melanggan keahlian PS+ (Plus) sejak memiliki PS4 . Antara kelebihan menjadi ahli PS+ ini ialah setiap bulan akan ditawarkan paling kurang 2 game digital (download) secara  percuma untuk konsol masing-masing PS4, PS3, PS Vita. Ada game yang boleh cross over download, tapi ada juga yang tidak.." Sedangku menelaah tawaran game percuma (bulan September 2018) di PS Store, aku dapati ada tawaran game ini bagi konsol PS Vita. Maka sampai la niat aku untuk download dan main.. Zero Time Dilemma [PS Vita] *ada juga versi PS4 & 3DS Game ini dari kategori #tragedi & #pembunuhan. Namun segala babak ngeri kematian adalah kejadian di luar skrin.  (maksudnya pemain takde la

Kisah Jujur Syeikh Abd Kadir Al-Jailani

Imej
Bismillah, timbulnya idea untuk entri kali ini adalah sebab kebetulan aku dengar satu video tazkirah oleh Imam Habib Ali Zainal berkenaan kisah kejujuran Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani. Jom tengok sini.. "سيري ۏيديوأوليه إمام حبيب علي إين هاڽ 4 مينيت سهاج. سسواي ساڠت دڠن اورڠ٢ مودا ماچم اكو يڠ ليات نق ڤرݢي مسجد مالم٢" Maka aku tertarik nak baca balik kisah Syeikh Abdul Kadir Al-Jailani untuk bacaan sendiri. Cari-cari dan jumpa, seterusnya aku salin tampal dalam blog sendiri untuk ingatan sendiri dan kawan-kawan. Semoga bermanfaat. nota - banyak perkongsian dalam blog / laman web, aku secara rawaknya ambil dari blog hamba Allah ni. Jemputlah masuk blog dia..