Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2014

HO Arc! Episod 12

Kisah pengalaman bekerja HO yang lalu... Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9  : tagging 10 hari permulaan Medical Episod 10  : Male medical.. Episod 11 : Female medical Balik-balik dari cuti konvo, aku diberitahu bahawa asalnya aku akan bertugas di wad geriatrik NW16, tapi rakan sekerjaku dia minta aku tukar dengan dia atas sebab-sebab tertentu. Maka bermulalah episod seterusnya.. Episod 12 - SW21! 1st class challenge  (11 Nov - 25 Nov) SW21 Dah mula periphery! Maksudnya jadual kerja rasmi aku seperti mana waktu pejabat (7pagi - 4 petang) setiap hari. Takde cuti mingguan, tapi hari sabtu dan ahad hanya kerja separuh hari sahaja.. Wad ni adalah wad kelas pertama, tapi berkongsi dengan pesakit dari jabatan O&G. Jadi sepatutnya memuatkan sejumlah 24 pesakit namun disebabkan berkongsi ni maka akhirnya jumlah jagaan kami adalah lebih kurang 12 orang je ^-^ Selama 2 minggu di wad ni

Final Fantasy X [Game PS2]

Imej
kemaskini 3.7.2018 - tajuk entri dinamakan semula. kini gaming di PS3 pula --> Final Fantasy X [Game PS2, PS3, PSV, PS4] (nota - entri kali ni berkenaan game ^-^! sejak sekian lamanya..) Sejak sekian lama aku tak mengangkat joystick PS3 di rumah, tarikh 20 Mac 2014 akhirnya membuatkan aku kembali bermain PS3 semula. Tarikh ni adalah tarikh keluaran game RPG kegemaran aku - Final Fantasy X / X-2 versi remaster.. (Takde la beza sangat dengan versi asal PS2 dulu cuma aku faham dalam versi ni grafiknya lebih diperbaik dan kemas je la) Final Fantasy X [Original  PS2 , remastered version  PS3, PSV, PS4 ] wallpaper ni jumpa kat wikia.. sekadar copy paste semata Sinopsis ringkas game ni (edisi sendiri ^-^!) "Berkisar tentang seorang remaja bernama Tidus asalnya seorang pemain bola air (blitzball) yang entah tercampak ke dunia 1000 tahun akan datang ketika bandarnya musnah diserang raksasa besar bernama Sin. Jadi dalam usahanya untuk pulang semula ke masa/tempat asa

kalaulah (scene 2)

Imej
scene 2... Hari ni tak semena-mena cubicle jagaan aku dipenuhi pesakit baru (kononnya masuk malam semalam) . Maka kenalah aku go through kisah masing-masing dari awal (*kalau ikutkan, kalau pesakit lama.. boleh kata dah hafal kisah mereka dan cuma perlu tambah perkembangan terbaru je tanpa selak-selak banyak, sementara kalau pesakit baru, kena baca kisahnya dari mula pula..) . [Mood: tension kejap sebab Consultant nak round jap lagi --> kena cepat habis review semua pesakit sebelum pukul 7 pagi]. Dan ketika review seorang pesakit ni, kisahnya.. "70, with underlying hypertension and history of stroke 7 years ago (completely recovered) , since the was well and ADL independent, but currently presented with right side body weakness and slurred speech. So daughter worried that she may had a second stroke, thus has brought her to hospital for check-up.." ^-^! mesti ramai akan tertanya apakah halnya kisah pesakit ni..? Maka di sinilah aku nampak kaitannya dengan kisah per

Pesawat hilang..

Imej
Sejak 8 Mac 2014, Malaysia digemparkan oleh misteri kehilangan pesawat MAS MH370 yang sepatutnya dalam perjalanan dari KLIA menuju ke Beijing, China. Sampai hari (tarikh entri) ni, usaha pencarian masih lagi dilakukan dengan usahasama pelbagai negara luar.. "Namun perkara yang menarik / mengejutkan ialah dalam usaha desperate tersebut, khidmat bomoh turut digunakan untuk mencari pesawat yang hilang itu.." Fokus - bomoh??  Memang mengejutkan apabila khidmat bomoh diguna pakai dalam usaha mencari pesawat tersebut. Aku rasa boleh mindset mereka ("guna la apa cara sekali pun, asalkan jumpa kapal terbang tu") tapi rasa tak selesa pula dengan kaedah tersebut.. Baru ni aku baca-baca Kalam Allah sampai ke surah Al-Jin, lalu tertarik (sebab rasa kena dengan situasi semasa) dengan mesejnya melalui ayat yang berikut: ----------------------------------Copy paste terjemahan dari Surah Al-Jinn (72)--------------------------- Dan bahawa sesungguhnya adalah (a

Retag (2nd)

"Semua salah kau~~" ^-^! aku tak dengar betul perkataan tersebut keluar dari mulut sekelililing, tapi dari jelingan dan bisik-bisik mereka, aku rasa demikianlah mesej yang ingin disampaikan kepadaku " All i did was asking for help since i can't make it,  but you are the one who are selfish this time  and now you are blaming me for my fault..? " - status facebook bertarikh 10.3.2014 Apa kisah sebenar di sebalik konflik ni?? Pada malam sebelum berlakunya konflik ni, aku bertugas oncall malam di wad dengue (episod 20) berdua dengan wad denggi. Wad ni aktif sepanjang masa (iaitu kemasukan pesakit adalah setiap hari dan bila-bila masa). Dan kemudiannya aku dijadualkan kembali bertugas di wad 23 (episod 21) pada keesokan hari sebagai postcall. Masalah timbul apabila aku ditugaskan menjaga cubicle 5 pada paginya. Kalau ikutkan peraturan wad 23, kena siap review cubicle 5 sebelum consultant round pukul 7 (episod 11) tapi memandangkan aku oncall di wad denggi, j

HO Arc! Episod 11

Kisah pengalaman bekerja HO yang lalu... Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G Episod 6-8: pengalaman posting Surgery Episod 9  : tagging 10 hari permulaan Medical Episod 10 : Male medical.. Episod seterusnya.. Episod 11 - Female medical   (21 Oktober - 10 Nov 2013) Stage set in female medical NW23. Yang bestnya time ni aku postcall, terus pergi ke wad baru.. Masuk-masuk terus kena jaga  cubicle 4 (acute) .. adoi, Nurul  (team leader kat wad baru aku ni)  ni.. Huhu, nasib baik dia geng lapor diri HKL sama-sama dulu, maka aku tak kisah (lagipun dia banyak tunjuk ajar kat aku) . "Tapi yang aku kisahnya, setting pesakit perempuan semula.. Dengan pain treshold yang rendah, perlu chaperon lagi, struktur vein --> aku kena ambil masa untuk biasakan diri berkenaan skil klinikal. Mujurlah aku dah pergi kursus branula dalam episod lalu, maka insya-allah aku akan hadapi dengan lebih tenang.." Oh ya, wad ni aktif sepanjang masa s

[Lagu] Maru maru

Imej
Sekali sekala aku layan drama jepun online, jadi baru-baru ni aku tertarik dengan satu kisah ni (awalnya aku tertarik dengan lagunya yang bagi aku catchy, tapi tahu-tahu ia adalah lagu tema drama..) . Saja aku nak kongsikannya di sini.. Sementara tu, sedikit sinopsis ringkas pasal drama ni; "Drama Marumo no Okite (Marumo's Rule) ni berkenaan seorang pemuda bujang yang hanya kerja makan gaji, namanya Mamoru baru kehilangan kawan baiknya (disebabkan sakit kronik) lalu bertekad untuk mengambil alih tugas untuk menjaga anak kembar kawan. Walaupun takde pertalian darah langsung, tapi Mamoru ni berusaha keras untuk jaga kedua-dua budak dan mengajar erti kehidupan. Mampukah Mamoru ni melaksanakan tugas sebagai bapa angkat / penjaga dengan baik??" ^-^! aku tertarik dengan tema dan persoalan yang dibangkitkan dalam drama ni: Mampu ke kita sebagai orang luar yang tak pernah ada pertalian darah ni nak membina ikatan umpama sebuah keluarga.. Drama ni memang mengingatkan a

Kaya satu ujian..

Imej
"Syed, dah lama tak jumpa ko! Apa citer sekarang ni??" "Haah la, M.. Dah lama sangat merantau kat luar sana.. Dah sampai masa aku tinggal di rumah je sekarang ^-^!" " Oh, bagus la kalau macam tu.. Eh jom la lepak minum sama.. Dah lama tak borak-borak sama.."   Dengan girang gembiranya aku menerima ajakan si sahabat tersebut. Yelah, walaupun aku ni jenis introvert  ("introvert gets lonely, too - entri  introvert )  dan kurang bersosial, tapi setidaknya aku ingin menghargai kawan lama. Maka aku pun pergilah ke tempat pertemuan dengan harapan banyaknya perkara ingin diborakkan bersama.. Namun, menjelang tiba di tempat tersebut, kelihatan juga si kawan lama ni telah pun tiba. Maka bermulalah sesi berhubung semula.. Namun tak lama kemudian.. " Eh, aku ada nak offer kau sesuatu ni.. " "Heh? ? (oh ni rupanya tujuan sebenar perjumpaan ni..) "  ------------------------------------------------------------------------------------

Psikologi tinggal solat?!

Imej
----kemaskini 29.6.2018 - baru jumpa ayat al-Quran yang bersesuaian--------- "Peliharalah kamu (kerjakanlah dengan tetap dan sempurna pada waktunya) segala sembahyang fardu , khasnya sembahyang Wusta (sembahyang Asar) , dan berdirilah kerana Allah (dalam sembahyang kamu) dengan taat dan khusyuk. (Surah Al-Baqarah 2:238) -------------- Beberapa masa yang lalu, aku terjumpa perkongsian di laman sosial facebook yang menarik perhatian aku.. Lalu ingin sekali aku kongsikannya di sini.. pernah rasa sebegini tak?? Pada satu masa tertentu, aku juga mendapati situasi sebegini juga terjadi dalam kehidupanku. Sepanjang aku mengharungi kehidupan berasrama, aku sedar diriku antara golongan yang lalai dan pernah tertinggal solat fardhu (Astagfirullah, dan aku doakan agar para sahabat lebih baik daripadaku) . Dan kesan psikologinya, aku berasa baki hariku sangat tak best, seolah-olah telah hilangnya rahmat / berkat Allah padanya disebabkan kelalaianku dalam menjalankan amanahNya (iai