Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2015

Kerana Rahmat

Ada banyak faktor pencetus ke arah terbitan penulisan kali ni - salah satunya adalah sebagai nasihat kepada diri sendiri agar tidak begitu bangga dengan amalan yang telah dilakukan (macam entri baru-baru ni Syawal 1436H ) Astagfirullah~ Jadi serta-merta teringat aku akan satu kisah tentang seorang hamba Allah yang begitu terlalu yakin (overconfident) dengan usaha amalannya sehingga ingin masuk syurga disebabkan usaha tersebut. Jom kita tengok kisah ni (aku cari di google rupanya kisah nasihat tersebut adalah berbentuk hadith, maka aku salin tampal kannya dalam blog agar bermanfaat buat diri dan kawan-kawan) ---------------------------------------- Nota  - dalam artikel asal yang aku jumpa adalah versi bahasa indonesia, maka aku telah olah   sedikit ke dalam Bahasa Melayu serta diubahsuai cara penyampaiannya (menjadi perenggan / pengikat kata / warna /  perkataan tebal ) semoga lebih mudah nampak dan faham kisahnya ^-^! hendaknya tak mengubah maksud asal hadith ni.. Nota (2)

HO Arc! Episode 37

Imej
Kisah aku ketika HO. Perjuangan dalam posting ke-5 orthopedik di HKL . Sedikit throwback tentang perjuangan yang sebelum ini; Prologue  : induksi seminggu di Melaka Episod 1-5: pengalaman posting O&G  (posting pertama) Episod 6-8: pengalaman posting Surgery  (posting kedua) Episod 9 -23 : posting medical  (posting ketiga) Episod 24- 34 : medan perjuangan di paediatrik  (posting keempat) Dalam posting ke-5 pula.. Episod 35  : tagging orthopedic Episod 36 : general ward ortho Mengakhiri episod 36 dengan babak berikut.. Syed, ko nak masuk team tak?" " (Dah kenapa dia orang ni?) "  Entah tiba-tiba ada beberapa pihak mengajakku agar join team: paeds, spine, JRU , hands.. "Mulanya aku berasa macam hot stuff pula tiba-tiba apabila ramai berpusu-pusu mencari aku. Namun, hakikat sebenarnya ialah mereka mencari 'mangsa' baru menggantikan tugas mereka sebelum bertukar posting lain pula.. Cis, patut la.." Episod 37 - Mentee spine team (

Syawal 1436H

Imej
Salam Aidilfitri 1436H.. Fokus A - epilog ramadhan 1436H Macam tahun-tahun lalu (entri menjelang syawal 1435H ) , aku selau buat checklist amalan dalam bulan ramadhan. Dan hasil tahun ni ialah.. (alamak takde gambar sebab tertinggal di Sarawak sana, nanti aku update semula) Tarawikh sepenuh masa - alhamdulillah tarawikh setakat ni masih rekod penuh lagi ^-^ walaupun banyak kali juga la terpaksa solat bersendirian dek kesibukan jadual kerja baru.. Solat berjemaah kurang skit, terutamanya fardhu Subuh hingga Maghrib ^-^! Astarghfirullah~ Solat sunat dhuha dan lain-lain pun sangat kurang kali ni.. Achievement unlocked! - Khatam al-Quran sebulan dalam Ramadhan  "Namun tak boleh nak berbangga riak sangat la, Syed! Kalau diteliti semula amalan checklist tersebut. Banyak dah semakin merosot v_v astargfirullah~" Fokus B - kegembiraan hari raya?! Tahun ni sangat berbeza terutamanya sejak ayah dah jatuh sakit (entri hardship 2nd wave ) . Maka tentunya terdapat sedikit