Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2023

Bukan senang perkahwinan

Imej
Baru ni aku dapat sepina arahan untuk  menghadiri perbicaraan kes sebagai saksi Jadi kali pertama aku datang ke Mahkamah Syariah sepanjang hidup ini. Dan mahkamah syariah wilayah persekutuan ialah mahkamah pertama aku. Bertempat di dewan 9 (mahkamah rendah), persidangan bermula pukul 9 pagi. Ada 3 kes perbicaraan (mahkamah syariah berkenaan kes tuntutan penceraian) 1) Pasangan berumur 40-50 tahun, berkahwin 22 tahun, ada anak 2 orang. Isteri tuntut cerai sebab suami tak bagi nafkah yang cukup untuk sekeluarga. 2) pasangan berumur 20 tahun, terjadi penceraian sebab suami minda tak tenteram sehingga tersebut lafaz. Kebetulan ada masalah kesihatan, jadi aku la yang kena beri penjelasan kepada tuan hakim.  3) ni aku tak pasti sebab aku dah beredar.. yang datang cuma suami sahaja. Pun kes cerai juga Fokus - Cabaran Perkahwinan  Bukan senang mengharungi bahtera perkahwinan. Suami & isteri akan mengharungi banyak dugaan dan cabaran dalam rumah tangga. Nafkah tak cukup, pasangan curang, ke