Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2021

Scam oleh SOCAR?

Imej
Entri ini hanyalah sedikit curahan hati tentang aku menjadi mangsa 'scam' aplikasi SOCAR (sewa kereta ala layan diri) yang semakin giat dilaksanakan terutamanya di Semenanjung. "Sedikit makluman awal. aku baru berpindah pulang ke Semenanjung sejak hampir 6 tahun lamanya berkhidmat di Sarawak. Semasa penulisan ini, aku masih menunggu kereta sendiri untuk dihantar ke Semenanjung (dengan kata lain, kereta sendiri belum sampai)" Jadi dah sampai KL, aku mempunyai tempat kediaman sendiri. Tapi macam mana nak bergerak? Di tempat kediaman aku ni.. MyCar (e-hailing) - tiada servis di kawasan liputan aku Grab (e-hailing) - ada tapi tak banyak yang 'sudi' (permohonan ditolak oleh pemandu) Teksi - tak pernah nampak teksi masuk sini pagi hari. Macam mana nak tahan teksi Kereta sewa - untuk tempoh terdekat ini, kontak (contact) aku belum sedia ada untuk disewakan  [tak available] Maka sampailah aku ke pilihan SOCAR (satu aplikasi telefon pintar). Kereta Sewa ala layan diri