Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2019

[JomBaca] Henshin X

Imej
JOM BACA ! Kena kejar sasaran sebulan sebuah buku. Alhamdulillah buku yang kesepuluh (10) ini sangat menarik dan buat aku tak lepas buku. 3 hari luang masa dah habis.. #HenshinX - 10 Langkah Efektif Hijrah From Jahiliah to Jannah   (Edisi Istimewa, Kompilasi Terbaik #Henshin) ---Penulis : Aiman Banna --- Siapa Aiman Banna? Kali pertama aku kenal nama ini. Kebetulan dalam buku ini ada biodata penulis, jom aku perkenalkan pada semua.. "Mujahid Aiman, yang juga dikenali sebagai Aiman Banna, Ustaz Minho dll. Bergiat aktif sebagai pendakwah di Malaysia, Indonesia dan negara lainyang fokus kepada Empowering Youth of Islam' melalui pelbagai uslub seperti cerama, penulisan buku, penerbitan komik, coaching, video kreatif. Karya penulisan yang terkenal ialah #Henshin From Jahiliah to Jannah, novel Suamiku Dajjal dan lain-lain.. Boleh lihat laman profil [Facebook] Aiman Banna " Penterjemah (jika ada) - tiada Penerbit :  AQADA International Sdn Bhd Bil halaman/

Lafaz Selawat

Imej
Hari ini jumaat! Istimewanya hari Jumaat dalam Islam sebagai penghulu segala hari (jom ulangkaji entri Jumaat Saiyidul Ayyam ). Istimewa, istimewa juga tapi bukan nak suruh buat sambutan dalam bentuk hiburan, tapi lebih kepada memperbanyak amalan lagi.. Terdapat adab dan amalan sunnah yang dianjurkan untuk hari jumaat. Ringkasnya seperti berikut; Bersempena karangan hari ini, aku nak ingin sentuh tentang salah satu dari senarai amalan sunnah tersebut. Sunnah ini sangat kerap kita amalkan walaupun bukan pada hari jumaat. Setiap hari pun ada buat sebenarnya. Cuma baru ini, aku baru belajar hadith yang berkaitan. nota ini adalah sekadar salin & tampal dari perkongsian satu mesej dari kumpulan whatsapp tazkirah Fokus - Berselawat ke atas Rasulullah  ﷺ sumber gambar dari  nuonline " Sesungguhnya Allah & MalaikatNya berselawat  (memberi segala penghormatan & kebaikan)  kepada Nabi  (Muhammad s.a.w).  Wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadan

Doa Perpisahan versi Petugas Klinik

Memang lumrah di alam pekerjaan, yang mana ada masa-masa petugas akan dipindahkan ke tempat kerja baru. Jadi begitulah yang berlaku di klinik aku sekarang ini. Semalam dimaklumkan bahawa 2 orang petugas akan berpindah ke tempat baru. Watak yang terlibat ada 2 orang iaitu seorang staf makmal dan seorang lagi pegawai perubatan (bahasa mudahnya ialah doktor). Jadi pihak pengurusan klinik mengadakan  perpisahan. Sedang majlis ingin dimulakan, datang seorang bertanya agar aku mengetuai bacaan doa.. Ini bukan kali pertama kena suruh baca doa sebenarnya.. Dulu pun pernah terjadi hal yang sama. Walaupun staf yang diraikan tersebut terkadangnya bukan Muslim, tapi ada juga acara doa ^-^!  Jadi kali ini adalah kali yang kedua, jadi aku rasa eloknya aku tulis blog tentang doa ini supaya senang nak rujuk lain kali kalau ada lagi.. sumber rujukan  [Artikel dari Azhan.co] Doa Perpisahan dan Pertukaran Guru Ya Allah, Jadikan perhimpunan ini sebagai perhimpunan yang dirahmati. Dan jadikanlah

Diari TTC

Imej
Bismillah. Ini adalah diari tentang TTC (try to conceive = cuba untuk hamil) Nota - walaupun aku petugas kesihatan, tapi untuk kesenangan pemahaman pembaca, aku cuba kurangkan istilah-perubatan (medical jargon) ----- Sejarah & Riwayat ----- Sejak musibah yang lalu, aku & isteri masih tak ada rezeki untuk dapat zuriat baru. Sejak peristiwa tersebut, isteri memang ada temujanji doktor 'sakit puan' (gynae) di Hospital Umum Sarawak (HUS) . Mulanya adalah PPC (postpartum clinic = klinik lepas bersalin) untuk siasat tentang kes yang lalu kalau-kalau ada faktor yang boleh dikesan (dan dirawat) sumber dari  https://euphoriawellnessmd.com/cannabis-for-pcos/ Saban masa berlalu, kemudian isteri dipindahkan ke klinik sakit puan umum (general), sebelum diketahui bahawa isteri mengidap 'syndrom PCO' (Polycystic Ovarian Syndrome = PCOS) . Salah satu tanda utama PCOS ialah; - kitar haid yang sangat kurang (kira sangat bernasib baik lagi kalau ada haid 4 kal

[JomBaca] Mudahnya Hafal Al-Quran Menggunakan Kaedah Jibril

Imej
Masa dah kian suntuk sebelum tamat tahun ini.. Dah tinggal lebih kurang 70 hari lagi, sebelum tamat tahun 2019. Salah satu dari  azam tahun 2019 aku ialah baca buku, kira-kira sebulan sebuah buku (bersamaan 12 buah buku sepatutnya la ^-^!). Setakat ini, dah sampai 8 buah, maka ada 4 buah lagi yang kena rajinkan diri baca.. hadiah bersempena hari lahir ^-^ terima kasih wahai sahabat Ekoran dari perbualan antara aku dan seorang sahabat lama (entri  Jalan Menuju Hafaz ), rupanya dia nak hadiahkan aku sebuah buku bacaan. Tapi aku telah lalai dari budaya membaca, sehinggalah bulan ini, baru aku terlintas untuk mula menelaah buku ini. Jom Baca! Buku kesembilan (9) tahun ini (2019)

[JomBaca] Permata Buat Orang Yang Beriman (Jilid 1)

Imej
Bismillah. Ini adalah penulisan ulasan tentang buku bersempena kempen diri JomBaca "Dah tinggal 2 bulan lebih lagi nak habis tahun ini (2019), agaknya sempat tak nak capai sasaran azam tahun ini? Kena berusaha kuat lagi" Buku kali ini ialah buku kelapan tahun ini.. Permata Buat Orang Yang Beriman [Jilid 1] Penulis : Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri Kelahiran Terengganu dan mula mendapat pendidikan di negerinya sendiri. Kemudian menyambung pelajaran di Universiti Islam Madinah, seterusnya di Universiti Ulum Al-Islamiah Wa Al-A'rabiah,Syria. Menyelesaikan PhD di USM dalam bidang fatwa. Banyak menghasilkan karya ilmiah dan juga giat menyampaikan pengajaran dan ceramah - pengenalan dari kulit belakang Penerbit : Pustaka Cahaya Kasturi Bil muka surat : 510  Deskripsi (kulit belakang) Penerangan yang ringkas, jelas dan padat dalam konteks kehidupan Mengemukakan hadith-hadith pilihan yang bersifat hidup dan semasa, sesuai dengan keadaan masa kini bagi memantapan

BMF Restoran

Imej
Merangkumi pasaraya , kedai runcit/bahan segar, restoran atau apa sahaja premis perniagaan yang lain 1901 Hot Dog Fast Food  #fastfood, #Islam Pengasas bernama Tengku Rozidar & A.Zakir - sumber rujukan di  http://www.vkeong.com/eat/1901-hot-dog/ ) Juga tersenarai dalam laman Wanisukarno.com - artikel  33 Kategori Produk Muslim Nasi Kandar Pelita   #nasikandar # tak pasti ( tapi nampak macam #Islam) Pengasas ialah usahasama Kirudu Mohamed Kuppaikanni (Abang KK) dan Khaliq Jamal (Pak Misai) - sumber rujukan  https://vulcanpost.com/368681/9-food-beverages-chains-actually-born-malaysia/ PappaRich   #Bukan Islam Pengasas ialah Rich Tan pada tahun 2005 sumber rujukan adalah dari laman https://vulcanpost.com/368681/9-food-beverages-chains-actually-born-malaysia/ San Fransisco Coffee  - #coffeeshop  #Islam Diasaskan oleh Lyndarahim Sdn Bhd (Datuk Abdul Rahim Zain pada tahun 2008) - sumber rujukan  https://vulcanpost.com/368681/9-food-beverages-chains-actu