Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2022

Diari Pesakit Covid (sendiri)

Dalam 2 tahun lebih sejak wabak covid-19, akhirnya aku dan keluarga aku kena juga akhirnya.. 8.8.2022 Isnin  Aku pergi kerja macam biasa. Kerja lepas cuti panjang membuatkan aku lebih bersemangat sikit dari biasa. Aku bertugas di unit MCH pada pagi tu. Memang sibuk sebenarnya sebab lebih masa rehat tengah hari. Tapi sebab aku puasa Asyura maka tak kisah lah.. Pagi tersebut memang aku tak bergejala langsung. Cuma dalam pukul 1130pagi aku dapat panggilan dari isteri.. "Haniya demam panas.." - ujarnya Lantas aku mengimbau kembali saat-saat aku nak bertolak ke kerja - Haniya tampak seperti biasa menyusu badan.  Dan diikuti pula oleh rakaman video oleh isteri akan babak-babaknya mandi hari ni. Nampak aktif macam biasa. Syukurlah tak ada tanda amaran bahaya.. Menjelang petang, aku kali pertama kerja bahagian admin MCH. Tak jumpa pesakit pun, hanya buat kerja-kerja pengurusan. Cuma aku mula berasa sakit tekak. Belum disusuli batuk yang ketara lagi masa ni. Gejala lain pun belum ada