Catatan

Tunjukkan catatan dari Mac, 2021

Cebisan Kenangan (Rumah Samarindah)

Imej
Bersempena perpindahan kediaman aku yang kedua, maka ingin sekali aku mengimbau kenangan mendiami rumah terdahulu. [Nota - hanya pengalaman tinggal di rumah sendiri sahaja diambil kira. Dengan kata lain, rumah tinggal dengan ibu bapa tak kira. Rumah tersebut diuruskan sepenuhnya oleh ibu bapa] Kediaman #1 Flat Samarindah [Mac 2016-Feb 2018] Jenis rumah : Flat (anggaran 600-700 kaki persegi) Hak milik : Sewa  Jumpa melalui carian mudah.my. Masa ni mencari rumah pertama sebab nak mendirikan rumah tangga. Selain itu, aku perlu cari kediaman yang agak berhampiran dengan tempat kerja Pusat Jantung Hospital Umum Sarawak agar mudah aku berulang-alik kerja. Maka jumpa la iklan tentang rumah ni.. Keterangan rumah Rumah flat 3 tingkat. Rumah sewa aku di tingkat 2 3 bilik tidur, 1 tandas, 1 bilik mandi Kemudahan asas sahaja - antara kemudahan yang disediakan oleh tuan rumah ialah  ampaian buatan tangan katil bujang,  katil kelamin,  sofa-3 tempat (tapi kaki dah patah) meja makan 4 kerusi dapur +

Di sebalik "Cinta Monyet"

Baru-baru ini aku baca di laman sosial facebook, aku belajar sesuatu yang baru tentang satu hal lama. "Cinta Monyet" Pernah terfikir tak kenapa dikatakan cinta monyet? Lepas baca kisah perkongsian tersebut baru la aku faham. jom aku cerita kat sini pula.. supaya lebih eksklusif, aku buat edisi terjemahan (versi asal bahasa inggeris boleh dibaca di laman facebook tuan punya) --- Seorang lelaki & isterinya melawat ke sebuah zoo. Mereka melihat seekor monyet jantan yang bermain dengan pasangannya secara beriya-iya Si isteri memberitahu lelaki: "Mesranya" kemudiannya mereka melihat pula sang singa jantan & betina berasingan satu dengan yang lain. Yang jantan berdiam sendirian seolah-olah yang betina tidak wujud. Si isteri memberitahunya lagi: "Sedihnya tengok tanpa cinta"  Si suami kemudian membalas: "Baling batu kepada sang betina dan tengok" Apabila dia membaling batu tersebut, sang jantan melompat mengaum untuk mempertahankan sang betina.

Kenapa kita sering Lupa Rakaat Solat

Imej
 Bismillah..  Perkongsian ini adalah edisi salin tampal / siar-semula (repost) hasil tangan orang lain.  nota - aku simpan sini agar senang nak cari balik. Terutamanya bila aku dah berumur 65 tahun nanti tiba-tiba nak muhasabah diri ke dll.. Namun, tentulah aku turut gembira kalau kawan-kawan dapat ambil manfaat darinya. Namun, kredit sepenuhnya adalah layak buat tuan badan Dr Ahmad Sanusi Azmi (USIM) dalam pos beliau di media sosial -->  https://web.facebook.com/photo?fbid=265725185110749&set=a.218537586496176 -- Mengapa Lupa Rakaat Dalam Solat? ========== 1. Perasan atau tidak, kita lebih mudah ingat barang yang kita lupa ketika melaksanakan solat? Sedangkan diluar solat kita tidak ingat tentang perkara itu? Sehingga menyebabkan kita terlupa berapa rakaat yang telah kita tunaikan. 2. Fenomena "ingat barang" dalam solat ini pada hakikatnya telah disebutkan dalam hadis Nabi. Rasulullah membayangkan kepada kita bahawa syaitan sering mengganggu seseorang dalam solatnya s

Diari Vaksin Covid 19

Imej
Entri ini bersifat retrospektif sahaja - dah berlalu pun beberapa hari.. --- Suntikan Dos pertama --- 26.2.2021 Jumaat - aku dijadualkan ambil vaksin pada hari ni (aku kerja baris hadapan jadi memang kena dengan suntikan fasa pertama).  Tapi ambil petang la (semua orang terlibat) - sebab beban kerja petang jumaat tak berat (kalau nak dibandingkan dengan hari lain). Lagipun esok dah cuti hari minggu (sabtu ahad), apa-apa kesan sampingan vaksin tanggung la sendiri semasa hari minggu (jangan harap nak dapat MC 😅). Baik punya pelan mereka Antara langkah-langkah Daftar dalam aplikasi mysejahtera sepertimana orang awam daftar (ni buat awal-awal). Mysejahtera akan papar - sila menunggu giliran (macam orang awam dapat) Tarikh suntikan akan diberitahu kemudian - untuk petugas kesihatan, sememangnya senarai nama dah dikeluarkan siap-siap Hari suntikan - daftar di meja pendaftaran. Masa ini kena isi & tandatangan persetujuan. Staf akan minta kad pengenalan lalu mereka kemaskini dalam sistem