Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2019

[Jom Baca] The Productive Muslim - Where Faith Meets Productivity (Edisi BM)

Imej
Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih bagus. Hanya terpakai kepada buku fizikal  (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital) Secara jujurnya aku bukan jenis ulat buku sangat. Malah, aku lebih sukakan buku komik (sebab bergambar) serta tengok filem di TV atau main game saja. Hal ini disebabkan semua yang tersebut disertai penjelasan bergambar, maka tak perlu untuk fikir atau imaginasi. Tapi memang firman Allah serta galakan nabi agar umat rajin membaca.. " Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk) ", [surah Al-Alaq 96:1] Jadi untuk tahun 2019 ini bacaan buku yang kedua ialah: تاجوق بوكو إين سديكيت مناريق ڤرهاتيان سبب نامڽ سام دڠن ؤيدوا Productive Muslim نصيحة  أوليه

Cuba-cuba tulis jawi (versi 2)

Baik, penulisan kali ini adalah sekadar-kadar cuba. Boleh dijadikan panduan untuk sendiri bagaimana nak taip jawi dalam blogger ini bagi penulisan akan datang.. Tajuk pos --> dinasihatkan agar tiada tulisan jawi dalam tajuk . Dulu ada buat entri bertajuk  Cuba taip jawi  (beserta tulisan jawi), tapi nanti tak dapat dikesan dalam carian (search) ولاوڤون اكو چاري سرتاكن توليسن رومي دالم تاجوق, تاڤي ماسيه تق دجومڤإي اڤابيلا نق چاري سمولا ننتي Beberapa percubaan tulisan jawi mengikut ciri dalam blog..

[Jom Baca] Oh Begitu Rupanya Kisah Nabi Adam a.s - Cerita Sahih dari Langit

Imej
Bismillah, termasuk dalam senarai azam tahun ini ialah membaca buku; sebuah buku dalam sebulan. Kalau lebih banyak lebih baik. Tapi hanya terpakai kepada buku fizikal sahaja  (sedangkan buku digital seperti eBook tak dikira, sebab bukan amalan aku baca buku digital) Jadi buku pertama untuk tahun 2019 ialah.. Oh Begitu Rupanya Kisah Nabi Adam a.s - Cerita Sahih Dari Langit Penulis: Dr Salah Abdul Fattah Al-Khalidi Penterjemah: Azrul Azlan & A. Hadi Abd Aziz Markah (peribadi) : 5/5   ساڠت باݢوس أونتوق دباچ اݢر تيدق ترڤيسوڠ دڠن ڤماهمن يڠ ساله أوليه قيصة٢ يڠ سريڠ ددڠري Buku ini terbahagi kepada 51 bab, setiap satunya sangat pendek (dalam 3-7 halaman sahaja). Buku ini mengupas kisah sebenar dari;

'Bahasa boleh pupus'

Imej
Bismillah.. Bulan lepas aku terjumpa satu video di laman media sosial berkenaan "Bahasa Melayu boleh Pupus" (tapi macam biasa, aku simpan dulu bila sampai masa aku kongsikan semula di sini..) . Maka dah sampai masanya, jom tengok video ini dulu.. (video asal boleh tengok di pautan berikut -->  (Facebook) Bahasa Boleh Pupus ) Jadi lepas aku tengok, memang terasa juga la. Sebab sedikit sebanyak memang dah terbiasa dalam kehidupan ini kita jadikan bahasa rojak dalam kehidupan. Namun, setelah menonton video tersebut aku mula sedar dan ingin kembali ke pangkal jalan..  كالاو ڤراسن, سجق اكو تونتون ۏيديو ترسبوت كباڽقن ڤنوليسن بارو اكو ده دتولبس دالم بهاس ملايو دڠن لبيه مڽلوروه. تياد لاݢي بهاس چمڤورن سلاݢي بوليه

Bertukar ke akaun bank islamik

Imej
Kemaskini 22.1.2019 - tambahan maklumat untuk kenalpasti akaun bank sendiri itu perbankan konvensional atau islamik ---------- [Blog - Mula!] ---------- Tiba-tiba sampai hidayah pula tentang hal ehwal perbankan.. Baca-baca blogspot orang lain (cari secara rawak jumpa  (Blogspot) Mystery of Life~ - Akaun islamic vs akaun konvensional )  serta ulasan dari Ustaz Haji Zaharuddin Bin Haji Abdul Rahman, (rujuk artikel ini  Riba Dalam Bentuk Semasa Dalam Perbankan Konvensional ) Kenapa riba itu haram, secara ringkasnya (isi aku ambil dari sumber rujukan drzaharuddin.net): Eksploitasi kesusahan pelanggan - menekan pelanggan yang memerlukan dengan kadar faedah yang tinggi serta denda Meruntuh akhlak mulia & moral (pihak bank) membantu pelanggan - sebab bank lebih kejarkan keuntungan kesan dari faedah peminjaman + denda (jika ada).  Membuatkan si kaya malas dan kurang dinamik Maka sampailah niat aku untuk bertukar ke perbankan akaun islamik pula. Aku ada beberapa bank, ja

Azam tahun 2019

Bila rujuk semula entri dalam blog aku, rupanya setiap 3 tahun ada penulisan tentang azam tahun baru ^-^! Terdahulu ada  Azam tahun 2013  dan juga  Azam tahun 2016 .. Takpe, tahun ini nak buat lagi. Setidaknya ada beberapa matlamat yang perlu dicapai sampai hujung tahun.. Jom, azam tahun ini lebih banyak kot ^-^ Fokus : Agama Kali ini serius hafaz Al-Quran. Mulai dari yang mudah dulu. Tahun 2019, kita cuba habiskan hafaz Juz 30 dan 29.  Hafaz semula surah terdahulu - AsSajjadah, Yasiin, Al-Jumu'ah, Al-Munafiqun (masa sekolah pernah hafaz, tapi dah hanyut oleh hal dunia) Puasa sunat isnin/khamis Berjemaah di masjid paling kurang sekali (selain solat jumaat)  Qiamullail seminggu sekali Surah Al-Kahfi setiap jumaat Surah Yasiin setiap khamis  Tadabbur Al-Quran  Khatam Al-Quran 3 kali dalam setahun Pertama : 9.5.2019  Kedua : 14.6.2019 Ketiga : 20.11.2019 Fokus : Keluarga Cuti berdua dengan isteri Cuti bersama keluarga isteri Cuti bersama keluarga sendiri Teru

"Cabaran10Tahun"?

Imej
Bismillah, dah lama tak tulis blog. Takde idea yang menarik untuk ditulis panjang-panjang.. Tapi terbaru ini, heboh di laman sosial Facebook akan satu budaya 'Cabaran 10 Tahun' (#10YearsChallenge) yang mana pengguna laman sosial dicabar agar memuat naik gambar sendiri tahun ini dan 10 tahun lalu secara bersebelahan. Kononnya untuk memperlihat kepada orang ramai tentang perubahan diri dalam masa 10 tahun ini.. Macam biasa, apabila ada budaya baru tular, ramainya orang seronok mengikut, terutamanya yang berjiwa muda.. Tapi Alhamdulillah aku tak terjebak dengan budaya rawak dari media sosial tersebut.. "ڤركارا ڤرتام يڠ ترلينتس دالم ميندا تتكالا اكو جومڤا بوداي اين اياله اڤاكه كلبيهن يڠ اكن دداڤتي ملالوءي ڤربنديڠن ݢمبر تبسيوت؟ دان كدواڽ, كناڤ اي دنامكن چابرن, بوكنڽ ڤمبسرن اتاوكنڠن اتاو سباݢايڽ يڠ لبيه ريليؤن؟" Terdapat ideologi menarik yang dibahaskan di laman internet tentang hasil muatnaik gambar Cabaran10Tahun ini boleh digunakan secara dalaman untuk meningka

Kisah Epal untuk Ibu

Imej
Baru ini isteri teringatkan waffle yang pernah dimakan ketika kembara ke dunia Amsterdam tahun lalu. Waffle itu dijual di kedai jalanan sahaja, tapi rasanya masih segar dalam ingatan sebab sedap. Teksturnya yang gebu tapi rangup buatkan isteri sentiasa teringat. "ساله ساتو كلبيهن إيستري اياله داي ساڠت ڤنداي بلاجرسنديري مينو ماسقن, دان باليق رومه داي بوات سمولا مينو يڠ سام. ميمڠ بوليه لاون" Jadi sebab nak rasa lagi, maka dibelinya waffle maker melalui applikasi Shopee. Tatkala peralatan dah sampai, maka dicubanya menghasilkan semula waffle yang sedap itu untuk dijamu di rumah pula. Masak-masak akhirnya siap juga.. Dah siap! Memang aku la yang akan makan.. "Macam mana sedap tak?" - tanyanya.. "Sedap. Macam kedai hari tu.."  " كالاو وان ماسيه هيدوڤ لاݢي, سمستيڽ اكو نق باݢي وان ماكن ماسقن سدڤ هاصيل تاڠن إيستري اين . اكو ساڠت برهارڤ وان داڤت راس سموا ماسقن إيستري " - entri Curhat 12.10

Demi masa (2)

Imej
"seterusnya, plank selama 1 minit. ." - sambil aku mengatur 'timer' di telefon pintar ketika sesi senaman dalam rumah.. Selesai bersenam sendiri di rumah. Cukup la kot 15 minit dah bersenam ^-^! ketika aku membelek lagi telefon  (masa ni paparan skrin timer lagi) , terlintas di kotak fikiranku.. "Dalam sehari ada 24 jam.. Bagaimanakah aku (kita) membahagikan masa (kita) sebenarnya..? Adakah seimbang & sihat? Adakah aku (kita) ada meluangkan masa dengan Allah dalam 24 jam tersebut..?" Demikianlah.. Sedar tak sedar sebenarnya kita ada banyak masa dalam sehari 24 jam x 60 minit = 1,440 minit.. " Dari jumlah masa tersebut, berapa banyak kita luangkan masa untuk Alla h (solat, baca Al-Quran dan lain-lain aktiviti keagamaan..) ?     Solat mungkin 5 minit, tu pun kalau jenis solat laju tak sampai 2 minit dah siap dah.. Kalau dikira 5 waktu bersamaan (5 solat x 2 minit) = 10 minit.. " 10 minit je untuk Allah?? Dan kau menyangka kau akan