Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2012

Maksud nama..

Imej
Sekali lagi aku mendapati bahawa maksud tersirat di sebalik nama aku terserlah ketika menjalani kehidupan seharian. Apa yang berlaku kali ni ialah aku menunggang skuter dengan lampu yang malap serta signal yang tak berfungsi. Jadi dah malam-malam ni kalau di jalan raya yang sibuk kena la super berhati-hati sikit >_<! Alhamdulillah, sebab aku selamat mengharunginya dan tulis entri ni.. Fokus - Nama itu suatu doa.. Untuk pengetahuan semua, Hazran itu adalah dari kata dasar Ha-dza-ro ( حذر  ) iaitu perkataan arab yang bererti " berhati-hati ". Mungkin ada maksud yang lain, tapi setakat ini, aku diberitahu bahawa begitulah maksud nama aku. Sementara Syed pula adalah dari ejaan sin-ya'-dal ( سيد ) yang membawa maksud "tuan (ketua) ". Jadi kalau frasa nama "Syed Hazran" bermakna "ketua+berhati-hati". Sepanjang usia aku sampai sekarang, aku perasan betapa maksud nama aku ni begitu menyerlah. Pelbagai tindakan aku disertai dengan sifat

Jangan kalah kepada si kecil..

Imej
Hari ni ayah buat majlis doa selamat di rumah, maka diajaknya semula ahli keluarga nukleus (iaitu kami adik-beradik) agar berkumpul membawa keluarga masing-masing. Jadilah keluarga extended yang berkumpul pada malam ni. Dah lama tak jumpa semua sekali gus, banyak perkembangan berlaku terutamanya pada si anak buah aku ni.. Azalea dan Zikri berusia setahun Fokus - walau si kecil pun, mereka juga sedang belajar.. Ketika mengharungi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ni, adakalanya pernah terlintas dalam fikiran untuk menyerah kalah dan inginkan kehidupan seperti bayi.. "Kan best kalau dapat kembali jadi baby. Kerjanya makan dan tidur je sepanjang hari.." - random thought Tapi bila melihatkan anak buah aku yang kian membesar ni, aku dapati bahawa pemikiran tersebut dah salah. Rupanya realiti selalu tak seperti yang dijangka (Allahu Akbar). . Pada mata orang dewasa, tentulah kita hanya nampak si kecil ni hanya makan dan tidur sedangkan kita yang dewasa ni terpak

Pengurusan kewangan

Imej
Alhamdulillah ^-^ yeah , buat kali pertamanya aku dapat gaji sejak bekerja (kali pertama juga) sepanjang aku hidup sampai sekarang. Walaupun jumlah gaji tak seberapa sangat la kalau nak dibandingkan dengan gaji kerja-kerja yang hebat, namun pengalaman 'dapat gaji' tu sudah cukup menarik bagi pendapat aku ^-^ "first experience is always intriguing..." - Syed (Wanted! episode 26) Ok, jom tengok fokus untuk entri ni.. focus - rancangan pengurusan kewangan carta aliran pengurusan kewangan Sejak zaman universiti lagi aku dah membentuk satu sistem pengurusan kewangan agar tak terlalu boros sehingga habis duit untuk masa-masa genting nanti. Ringkasnya, jom tengok carta aliran yang disisipkan sekali.. Jadi sebarang bentuk pendapatan sama ada hasil titik peluh kerja atau pun daripada ibu bapa, aku telah menggariskan panduan menguruskan wang tersebut. Biasanya aku akan bahagikan kepada simpanan jangka panjang dan jangka pendek. Untuk simpanan jangka panjang (sila

Aku suka doraemon..

Imej
gambar hiasan dari Doraemon movie 2007 Untuk makluman semua, aku ni suka baca komik jepun (aka manga) , dan dalam banyak-banyak manga, komik Doraemon antara kegemaran aku dulu dan kini ^-^ sedikit intisari tentang Doraemon ni; "Doraemon ni mengisahkan sebuah robot kucing yang kembali ke masa silam untuk membantu seorang budak yang bermasalah bernama Nobi Nobita memperbaik kehidupannya agar masa hadapan keturunan Nobita ni lebih baik. Komik ni juga turut memaparkan kisah-kisah yang melibatkan kawan karib Nobita iaitu Shizuka, Suneo, dan Giant. Adakalanya adik Doraemon, Dorami juga turut muncul menceriakan suasana kehidupan seharian mereka.."  Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa aku suka sangat Doraemon ni walaupun dah meningkat usia.. "Doraemon ni untuk budak-budak la. Mengarut je cerita dia. Baik kau baca cerita novel/ fiksyen, membina minda sikit.." - antara komen daripada generasi X

Adik angkat...

Imej
Kalau berdasarkan entri lalu, mungkin ada yang dapat idea bahawa aku ni kira berkawan dengan budak-budak (dengan kata lainnya ada  adik angkat ) . Perihal adik angkat ni aku ada sejarahnya yang sudah bertahun lamanya. Pada asalnya aku memang tak pernah jangka bahawa aku selesa ber kawan dengan junior atau yang muda-muda ni. (note - istilah kawan dalam ayat tadi merujuk kepada orang luar, iaitu mereka yang tak pernah ada ikatan persaudaraan dengan kita secara langsung. Jadi maksudnya kalau saudara/ sepupu yang berbeza umur tu tak apply dalam pendirian ni) wujudnya perasaan seniority tu datang dalam diri aku bila adanya perbezaan umur. Dan yang tak best nya, ni pun turut apply pada kawan-kawan yang lompat PTS   (pernilaian tahap satu) juga. "entah, pada suatu sudut aku berasa bahawa mereka ni budget hebat sebab menganggap kita macam kawan biasa (tak hormat). Tak suka betul aku bila fikirkan kemungkinan ni" - ego tahun 2002 

Mendidik anak kecil

Imej
Ketika sedang bekerja, aku melihat pelbagai keluarga datang membeli-belah sambil membawa anak masing-masing ^-^ aku memang boleh faham; tujuan asalnya tentulah para ibu bapa ingin menikmati suasana bersama anak-anak (misalnya membelikan mainan kegemaran mereka atau menunjukkan kepada mereka tentang kepelbagaian benda-benda) . Aku sebagai orang luar yang melihat keluarga-keluarga ni pun turut berasa seronok.. (note - agar tak salah faham, dalam entri ni aku merujuk anak kecil kepada kanak-kanak dalam lingkungan 3-12 tahun, iaitu mereka yang sekurang-kurangnya dah mula mempunyai kemahuan sendiri tapi masih belum matang) Namun, masalah berlaku bila si anak kecil ni mula buat perangai di tempat awam terutamanya apabila kemahuan mereka tak dituruti. Ada yang menangis kuat-kuat, ada yang bergaduh, ada yang berebut sesama adik-beradik. Serta-merta aku diingatkan tentang satu pepatah Melayu; " Sayangkan anak tangan-tangankan , sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Sejak tahun 2001 lagi...

Dah lama terlintas dalam fikiran tentang entri ni, cuma tak tau bila lagi masa yang sesuai untuk tulis (sebab tak ada trigger event pun) .. all right, here goes : Sejak tahun 2001, lagi aku dah lama meluangkan masa di luar rumah (sekolah asrama) kebanyakan hari sepanjang tahun. Walaupun adanya cuti akhir tahun persekolahan selama hampir dua bulan lebih setiap tahun, namun aku tetap berasa asing tinggal di rumah sendiri sehingga la kini ^-^! Mana kan tidaknya, ketika di luar sana (asrama) punya la bersusah-payah untuk berdikari sendiri.. masak sendiri, basuh baju sendiri.. bila di rumah je, makan dan pakai itu lebih diuruskan oleh ibu bapa.. "Walaupun masih ada niat nak berdikari di rumah, namun aku yang biasa ni tetap berasa nak berehat juga." ^-^! Lagi pula, masa lapang cuti itu digunakan untuk keluar ke bandar, jumpa kawan dan jalan-jalan.. Manalah ada masa nak luangkankan masa di rumah. Maka akhirnya jadilah diri aku yang tak tahu mana letaknya gula/ mancis api

Decisions, decisions..

Imej
Teringat aku tentang satu poem yang dipelajari ketika tingkatan 4 (2004) dulu. Jom kita teliti semula poem tersebut, yang dikarang oleh Robert Frost (aku copy & paste poem ni dari internet je, aku tak ingat secara tepat, namun aku tetap belajar sesuatu darinya) ; buku sekolah zaman aku dulu ^-^ siapa ingat lagi buku ni? The Road Not Taken Two roads diverged in a yellow wood And sorry i could not travel both And be one traveler, long i stood And looked down one as far as i could To where it bent in the undergrowth Then took the other, as just as fair And having perhaps the better claim Because it was grassy and wanter wear Though as for the passing there Had worn them really about the same

kalau makan luar..

Imej
menu (gambar hiasan je) ^-^ Trigger for this entry Macam biasa, bila sampai masa makan, aku pergi la ke kedai makan (sebab malas nak masak) "Bang, menu ada tak?", tanyaku kepada pelayan kedai makan.. Bila dah dapat menu, aku teliti senarai masakan panas yang ada. Dan akhirnya.. "Bang, saya nak nasi goreng biasa la ye.." "Hek eleh, tengok menu gaya macam nak order special je. Tak payah menu pun boleh order" - (komen secara rawak yang pernah diterima) Baik, adegan tamat. Jom kita teruskan dengan fokus hari ni.. Focus 1 - tujuan menu (bagi pendapat aku) Kebanyakan orang menganggap menu tu hanyalah untuk menetap makanan yang ingin di- order semata-mata. Tapi aku (dengan prinsip pelbagai matlamat) ada beberapa tujuan melihat menu;

Berdikari!

Imej
Huh, penatnya menjalani kehidupan seharian.. >_<! Lagi-lagi sejak tinggal di rumah sendirian (ibu bapa keluar berjalan-jalan di tempat orang selama beberapa hari) , banyak perkara perlu diuruskan sendiri. Makan, pakaian, jaga rumah dan macam-macam lagi aktiviti di rumah.. Alhamdulillah ^-^ Pada tahap ni, aku mampu berdikari iaitu melakukan kerja/ rutin tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Tapi agaknya bilakah permulaan bagi aku hidup berdikari ni..?? Cabaran pertama di SMKSJ 2001-2003 Kalau difikirkan semula, segalanya bermula sejak aku sekolah berasrama ketika tingkatan satu dulu. Dah la baru je lepas pindah dari Kerteh, Terengganu. Lepas tu, terus masuk sekolah asrama pula >_<! maka di sinilah titik permulaan kehidupan aku secara berdikari. Semua perkara kena belajar urus sendiri (eg. menggosok baju sekolah, basuh baju, makan 'stok' secara berkala, soal perbelanjaan dll) Selain itu juga, kehidupan di asrama ni ada jadual tersendiri: kena bangun awal da

Multi-objective!

Entah sejak bila, sebelum aku tekad untuk melakukan sesuatu, aku akan pastikan adanya matlamat pelbagai ( multiple objective ) v_v jom teliti trigger untuk entri kali ni.. Trigger for this entry Sejak tamat pengajian di UNIMAS pada Oktober 2012, aku perlu menunggu surat perlantikan jawatan doktor perubatan serta surat panggilan induksi untuk memulakan kerja rasmi doktor (tentulah, adanya beberapa borang yang perlu diisi dan perkara yang perlu diselesaikan) . Diperihalkan surat ni tidak diketahui bila sampainya. Ada ura-ura menyatakan lebih kurang 2 bulan lebih sebelum langkah seterusnya. Jadi, sementara menunggu tu, aku memilih untuk bekerja sementara. Ada pihak yang berbahas; "Kenapa susah-susah nak kerja? nanti bila dah start kerja doktor, kau dah tak ada masa relax lagi dah.." (antara isi/ idea yang cuba dibahaskan)

Abang Ngah

Imej
Pada hari (tarikh) ni, buat pertama kali sejak sekian lama, aku main badminton berempat dengan semua adik-beradik aku. Dulu selalu main pun masa kecik-kecik, di bawah ajakan ayah. Menariknya, sukan badminton ni boleh menyatukan semula kami adik-beradik walaupun masing-masing mempunyai haluan tersendiri (eg. berkeluarga sendiri, jadual kerja yang berbeza) Focus - another wonderful brother, for sure! ^-^ Tak semena-mena aku berniat untuk memerihalkan lagi seorang abang kandung aku; Wanted! (Zero memory) ada pasal abang Ngah " Abang Ngah ni abang sulung aku, berumur 5 tahun lebih tua. Sangat pandai melukis (aku suka melukis pun sebab aku tengok dia hebat dan dia pernah lukiskan untuk aku) . Pada zaman kanak-kanak kami dulu, disebabkan perbezaan umur yang sangat ketara, Abang Ngah sangat tegas dengan aku jadi aku pun tak rapat sangat dengannya (takut >_<!) . yang aku tahu daripada Abang Chik, katanya Abang Ngah ni pandai juga. Dia pun aktif sukan basketball serta tah

Hobi di meja tulis

Imej
comic in the making.. Bagi kawan-kawan yang mengenali diri ni, rasanya ramai sedia maklum bahawa aku suka melukis. Tapi takde la pandai melukis sangat, dan lagi pula lukisan aku lebih kepada bentuk kartun/komik (bukan lukisan potrait/ asal yang realistik) .. Aku menganggap melukis ni sebagai " hobi di meja tulis " je untuk mengisi masa lapang. Adakalanya aku melukis untuk menangani stress belajar / bekerja.. "Dan pada kala stres tu la banyak pula idea datang.." ^-^ Tapi, insya-allah aku akan jadikan melukis ni sebagai hobi terkawal, yang mana ada perkara-perkara penting dalam hidup ni yang akan diberikan lebih perhatian (maksudnya tak begitu obses sangat dengan asyik melukis je) .. Alang-alang dah selalu melukis, takkan la hanya lukis-lukis satu scene sahaja. Maka aku selalu tergerak untuk hubungkan lukisan-lukisan tersebut menjadi satu cerita maka terjadilah komik. Setakat  ni, memang banyak percubaan komik yang telah dilakukan, tapi semuanya tergantun

Abang Chik

Imej
Aku diperlihatkan "perwatakan abang terhadap adik" ketika meluangkan masa mengajar tuisyen (kerja sambilan ketika Supplement Year 5) ; bila mana dalam rutin harian memang berlakunya konflik adik-beradik ni (rebut-rebut mainan, makanan, game dll) , terutamanya yang masih budak-budak lagi. Dan macam biasa juga, si abang akan mengalah demi kepentingan si adik (eg. bagi adik menang) . Kesannya, akan wujud perasaan tak senang pada diri si abang sebab terpaksa kalah. Dan adakalanya si abang ni berasa leceh & tak best ada adik berperangai yang menyusahkan, namun dari dalam hatinya tetap rindu & sayang pada adik tu. Tentunya, perasaan ini dikaburi oleh sifat ego si abang tersebut (tak nak mengaku walaupun dah kantoi) .. trigger ni serta-merta menyedarkan aku betapa aku juga mempunyai abang-abang yang prihatin & sayang pada aku (adik) . Dalam entri ni, aku perihalkan salah seorang daripada dua orang abang kandung aku;

Aku yang pendiam..

Imej
Kebanyakan orang lain akan mendapati aku ni seorang yang pendiam. Terutamanya, mereka yang baru nak mengenali diri ni.. Jadi melalui gambar (hadith) inilah penjelasan yang dapat aku berikan. Sampai hari ni, alhamdulillah aku masih pegang teguh pada hadith tersebut. Kalau nak ditulis semula tentang hadith; Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat hendaklah dia berkata baik atau diam [HR Bukhari & Muslim] Hadith yang ringkas tapi mempunyai mesej yang penting iaitu bahayanya lidah manusia ini dalam berkata-kata..