Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2013

Dresscode

Imej
(Nota - entri ni juga bersifat retrospektif, iaitu sempena suatu babak rawak yang berlaku pada suatu masa lalu..) Nota kemaskini 14.7.2020 - kemasan semula mengikut templat terbaru. Banyak frasa/istilah di-'melayu'kan semula --- Blog, mula! --- ڤماکايان اکو کتيکَ اکتيۏيتي سوسيال بياس Kau kerja doktor eh sekarang? Tapi kenapa pakaian kau tak menggambarkan imej doktor pun - watak A Dah jadi doktor ni, kena la smart! Jaga imej sikit, baru la orang hormat kau.. - watak V (So maksudnya aku tak boleh pakai sesuka hati la?)   - balasku dalam diam Demikianlah antara teguran / nasihat yang aku terima berkenaan kod pakaian ni, terutamanya ketika pertemuan sosial (pergi makan-makan, ajak tengok wayang, minum malam, orang datang berziarah dan lain-lain) Bila difikir secara baik, mereka menginginkan aku menjaga imej kerjaya aku dengan berpakaian kemas & smart. Tapi aku mempunyai pendirian berbeza dalam hal sebegini.. Fokus - kod pakaian (dresscode) Sepanjang hari bekerja, aku m

Tolong orang

Imej
Nota - Entri ni juga bersifat retrospektif, iaitu telah pun berlalu beberapa hari lepas dari tarikh entri ditulis ni. sekadar untuk dijadikan renungan dan panduan diri (dan pembaca lain) untuk masa hadapan.. -------------------------------------------<mula imbas kembali>------------------------------------------- "Syed, hari ni kau *S1 kan? (*s1 merujuk kepada jadual kerja shift-1 iaitu dari 7am-4pm --> balik awal) . Aku nak minta tolong kau ganti aku S2 (7am-4pm-10pm--> balik dah malam hari) hari ni boleh? aku ada assessment la esok, takut takde masa nak studi nanti.." pinta seorang rakan sekerja pada jam 10 pagi Trigger! [Sempena bertugas di acute cubicle minggu ni, aku memang penat dan mentally exhausted! Tension headache semua pun ada.. dan kebetulan jadual aku minggu ni banyak s1 jadi niatnya aku nak selalu tidur seawal 10malam dan bangun 5pagi agar terus produktif.. Jadi apakah respon yang patut aku berikan??] a) tolong ganti dia kerja s2 hari ni

Sempena kelahiran baru..

Imej
Hari (tarikh) ni aku melawat kakak di hospital, sempena kelahiran anak buahku yang ke-4 (sebelum ni adanya ahmad, azalea dan zikri jumlah dari keluarga kakak dan abang) . Dan kali ni kakakku selamat melahirkan anak yang ke-3 iaitu seorang puteri pula.. ^-^! Alhamdulillah~ "Jiwa baru ni dilahirkan secara spontaneous vaginal delivery (SVD) pada pukul 10.16 pagi, 17 Oktober 2013. Setakat (tarikh) ni, nama si puteri ni masih belum diumumkan secara rasmi lagi.."  Aku dapati pada setiap kali adanya kelahiran baru pastinya akan timbul harapan pada ahli keluarga terdekat. Dapat dirasakan tiap-tiap diri akan memohon (berdoa) agar jiwa ni membesar sihat dan kuat menghadapi dugaan dunia kelak.. "Semoga membesar sihat dan berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara." Dan terhadap diri aku juga, walaupun aku dan si anak kecil ni takde kaitan rapat (kecuali sebagai anak buah je) namun kelahirannya memberi impak positif terhadap diri (pada cara aku juga perl

Kisah OHCM

Imej
Aku dapati ketika bertugas di 'acute cubicle ' prestasi kerjaya aku teruk. Tekanan kerja dirasai tatkala sejarah pesakit yang kompleks dan panjang lagi pula keadaan pesakit yang tak stabil, boss yang demanding... Sememang hari-hari berlalu itu bukannya hari yang gembira dan tenang. Namun.. " Terima kasih doktor sebab 'jaga' ayah saya " - ucap seorang waris yang datang melawat ketika mana mereka minta update keadaan pesakit " (Tapi sebenarnya aku bukannya buat apa-apa pun, sekadar kuli yang rujuk kepada pelbagai department, ambil darah, tanya khabar dan lain-lain yang tak berkaitan dengan merawat pesakit secara langsung ) " - bisik hatiku sambil down dengan prestasi yang tak memberangsangkan.. Seraya hal ini mengingatkan aku tentang suatu kisah dari buku OHCM. . (Nota - OHCM adalah singkatan bagi Oxford Handbook of Clinical Medicine, salah satu buku rujukan ketika pelajar dulu) Maka jom aku kongsikannya di sini; "A man cut his hand a

Hutang-piutang

Imej
"Assalamualaikum Syed.. Aku baru lepas bank-in last payment 200. Harap maafkan aku kalau menyusahkan semua urusan jual beli ini. Semoga persahabatan kita berkekalan.. Terima kasih kerana percayakan aku.." - mesej bertarikh 30.9.2013 daripada seorang sahabat  [retrospective entry] - was informed by friend AZ that he just completed his bank-in payment - noted and transfer verified in the bank account - all details double check and documented plan : off business interaction.. by : SH What was the start of all this? Jom, kita imbau sejenak ke satu tempoh masa tak lama dulu.. ---------------------------------------------<flashback start!>--------------------------------------------- motor aku ketika studi di UNIMAS dulu "Syed, aku dengar kau nak jual motor Ego kau tu, kan? Berapa kau nak jual??" - tanya seorang sahabat menjelang hari-hari akhir aku di UNIMAS setelah lulus peperiksaan Setelah berunding harga, akhirnya aku dan dia bersetuju untuk

Pergi tak kembali (2)

(nota - entri ini adalah bersempena hari pemergian bonda tercinta pada 12 Oktober 2008 *dalam entri  pergi tak kembali  pun dah diceritakan hal ni.. ) "Doktor, boleh tak saya nak bawa balik bapa saya ni? Saya tengok bapa saya dah nazak sangat ni ", tanya seorang ahli keluarga pesakit "Boleh tu boleh, tapi encik kena sign borang AOR discharge ni ye.."  - balas MO, diiringi aku sebagai HO yang menjaga pesakit tersebut Demikianlah antara adegan yang berlaku hari ni ketika aku bertugas di acute cubicle. Diperihalkan aku bertugas menjaga seorang pesakit ni, asalnya masuk ke wad atas masalah yang biasa je; muntah-muntah, namun entah macam mana pesakit ni jadi semakin teruk dan kritikal. Dan sampai ke tarikh entri ni, dia dah berada dalam keadaan nazak, seolah hanya tunggu masa je untuk 'pergi' kembali ke rahmatullah.. Sepanjang saat-saat akhir sebelum pulang ke rumah, aku lihat keadaannya memang dah makin teruk. Pesakit mengerang kesakitan dan semakin hilan