Hutang-piutang

"Assalamualaikum Syed.. Aku baru lepas bank-in last payment 200. Harap maafkan aku kalau menyusahkan semua urusan jual beli ini. Semoga persahabatan kita berkekalan.. Terima kasih kerana percayakan aku.." - mesej bertarikh 30.9.2013 daripada seorang sahabat 
[retrospective entry]
- was informed by friend AZ that he just completed his bank-in payment
- noted and transfer verified in the bank account
- all details double check and documented
plan : off business interaction..
by : SH

What was the start of all this? Jom, kita imbau sejenak ke satu tempoh masa tak lama dulu..

---------------------------------------------<flashback start!>---------------------------------------------
motor aku ketika studi di UNIMAS dulu
"Syed, aku dengar kau nak jual motor Ego kau tu, kan? Berapa kau nak jual??" - tanya seorang sahabat menjelang hari-hari akhir aku di UNIMAS setelah lulus peperiksaan
Setelah berunding harga, akhirnya aku dan dia bersetuju untuk urusan jual beli dengan harga RM2100..  (*kalau rasa harga ni murah, maka entri berikut adalah penjelasan aku ^-^! jualan semula)
"Tapi aku ada permintaan (iaitu); aku akan bayar slow-slow dan beransur.. misalnya tiap-tiap bulan aku akan bank-in duit dalam akaun kau. Boleh??"
Action-trigger! [Si A ni berniat nak beli motor aku tapi katanya nak bayar secara beransur-ansur.. Apakah respons aku terhadap cadangan ini? Boleh ke aku percayakannya..]
a) Tak boleh! --> (aku diberi nasihat bahawa, apabila melibatkan 'wang' kita tak boleh mengambil risiko hutang piutang ni.. entri hutang)
b) Boleh, takde masalah..

-------------------------------------------<flashback end!>------------------------------------------------

Jadi berdasarkan intro entri ni, maka aku rasa ramai dapat agak apa respon aku ketika itu. Maka aku dengan baik hatinya, memberi peluang kepada sahabat si A agar dapat memiliki motor serta bayar secara ansuran ^-^!
"Tapi, boleh ke aku percaya bahawa sahabat ni jujur dan dapat dapat melangsaikan hutang antara kami?" - antara keraguan yang timbul dalam diri ketika live trigger tersebut bermula..
Aku pernah dinasihatkan bahawa dalam interaksi wang kita tak boleh percayakan sesiapa walau serapat mana sekali pun (eg. adik-beradik sekalipun). Secara fitrahnya manusia ketika susah, sanggup buat apa saja, namun bila senang maka mulalah bersifat khianat pada perjanjian. Memang dah tertera dalam AlQuran (banyak surah ada sebut tentang hakikat ni) iaitu berkenaan apabila susah cepat je ingat dan memohon kepada Allah agar diberi kemudahan, sementara bila dapat kesenangan --> dah berlagak seolah-olah tak pernah berharap pada Allah langsung..

sistem rekod urusniaga yang aku tulis dan simpan untuk rujukan (Excel je)
Fokus - sistem rekod hutang-piutang
Dalam interaksi hutang-piutang yang melibatkan sesuatu tempoh panjang, pentingnya kita mempunyai sistem rekod agar tak terkeliru di pertengahan tempoh (iaitu lupa berapa banyak dah bayar etc). Alhamdulillah, aku sering diperingatkan tentang kepentingan sistem rekod melalui firman Allah yang berikut.. (nota - ada satu ayat AlQuran, paling panjang antara semua ayat, spesifik berkenaan perihal hutang piutang ni..) Jom semak surah Al-Baqarah 2:282 ^-^ (*nota - aku tulis semula terjemahan penuh ayat ini, hendaknya aku terhindar dari menyelewengkan maksud asal ayat ini... Astagfirullah wa A'uzubillah min zhalik)
"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang-piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar) dan janganlah seorang penulis itu enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi hutang tersebut dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudiannya jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi itu), maka hendaklah direncanakan oleh walinya (dengan adil benar); dan hendaklah kamu mengadakan dua saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua lelaki, maka bolehlah seorang lelaki dan dua perempuan dari orang-orang yang kamu persetujui menjadi saksi, supaya jika seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan jangan saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang itu yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil di sisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi ketika kamu berjual-beli. Dan janganlah mana-mana saksi dan jurutulis hutang itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian itu adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah; dan (ingatlah) Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu, dan Allah sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.." - Surah Al-Baqarah 2:282 
Aku percaya ramai akan skip through ayat Al-Quran tersebut (malas nak baca panjang-panjang), oleh itu ringkasnya input ayat tersebut ialah;
  • dalam urusan hutang piutang, hendaklah ada seorang penulis di antara kedua-dua pihak (penulis itu mesti adil dan benar)
  • penghutang perlu beri lebih perincian tentang hutangnya yang ada
  • kalau penghutang itu bodoh/lemah --> perlu ada wali (wakil) yang adil benar untuk uruskan
  • perlunya ada saksi 2 lelaki atau 1 lelaki 2 perempuan ketika berhutang (agar dapat saling memperingati antara satu sama lain dan untuk elakkan kekeliruan)
  • Saksi wajib amanah dengan catatan hutang
  • Jangan jemu tulis buku hutang (tak kira nilai hutang $1 atau $2000)
  • Dalam urusan jual beli tunai, boleh berurusan tanpa penulis. Tapi masih perlu saksi
  • Saksi / penulis hutang tak boleh disusahkan oleh interaksi hutang-piutang yang berlaku
Dan perihal hutang ni juga diperincikan lagi dalam ayat seterusnya..
"Dan jika kamu berada dalam musafir (lalu kamu berhutang atau memberi hutang bertempoh), sedangkan kamu tidak mendapati jurutulis (hutang), maka hendaklah diadakan barang gadaian untuk dipegang (oleh orang yang memberi hutang). Kemudian kalau yang memberi hutang percaya kepada yang berhutang (dengan tak perlu surat, saksi dan barang gadaian); maka hendaklah orang (yang berhutang) yang diberi kepercayaan itu, menyempurnakan barangan hutang yang diamanahkan kepadanya, dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya. Dan janganlah kamu (wahai orang yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara yang disaksikan itu. dan sesiapa yang menyembunyikannya maka sesungguhnya ia adalah orang yang berdosa hatinya. Dan (ingatlah) Allah sentiasa mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.." - Surah Al-Baqarah 2:283 
Semoga bermanfaat buat pembaca sekalian ^-^ (Nota - aku bukanlah seorang yang arif mentafsir dan menggunakan ayat suci Al-Quran ni. Jadi jika terdapat sebarang salah konsep dan pemahaman, mohon tegur la ye.. Semoga aku terhindar dari berkongsi ilmu yang salah)

Some other stream of thought
Beri hutang atau tidak, tiap-tiap satunya ada tujuan dan akibat tersendiri. Bergantunglah kepada pernilaian dan pendirian masing-masing--> dilema memberi hutang
"Ada 3 perkara dalam hidup ni yang mana kau tak boleh letakkan kepercayaan 100% kepada siapa-siapa pun. Termasuklah ahli keluarga sendiri.. Salah satu darinya ialah "pinjamkan wang" - nasihat seseorang
Hutang piutang ni memang menguji persahabatan sebab ia melibatkan kepercayaan dan kesetiaan. Ada sebilangan manusia, umumnya berkawan rapat dan kamceng sangat tapi bila masuk hal kewangan (hutang-piutang) mereka tak percaya sesama sendiri.. Tapi pendirian aku berlawanan pula --> secara umum aku berkawan tak rapat mana pun, tapi bila masuk hal wang aku pilih untuk cuba percayakan kawan ^-^! sifat naif yang misteri~  
"In some way, i feel good to trust people again.. ^-^! it's been a while i felt this way.."
-------------------------------
Jom tengok koleksi Nasihat aku yang lain, banyak dah kumpul ^-^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)