Dresscode

(Nota - entri ni juga bersifat retrospektif, iaitu sempena suatu babak rawak yang berlaku pada suatu masa lalu..)

Nota kemaskini
14.7.2020 - kemasan semula mengikut templat terbaru. Banyak frasa/istilah di-'melayu'kan semula

--- Blog, mula! ---

ڤماکايان اکو کتيکَ اکتيۏيتي سوسيال بياس
Kau kerja doktor eh sekarang? Tapi kenapa pakaian kau tak menggambarkan imej doktor pun - watak A
Dah jadi doktor ni, kena la smart! Jaga imej sikit, baru la orang hormat kau.. - watak V
(So maksudnya aku tak boleh pakai sesuka hati la?)  - balasku dalam diam
Demikianlah antara teguran / nasihat yang aku terima berkenaan kod pakaian ni, terutamanya ketika pertemuan sosial (pergi makan-makan, ajak tengok wayang, minum malam, orang datang berziarah dan lain-lain)

Bila difikir secara baik, mereka menginginkan aku menjaga imej kerjaya aku dengan berpakaian kemas & smart. Tapi aku mempunyai pendirian berbeza dalam hal sebegini..

Fokus - kod pakaian (dresscode)
Sepanjang hari bekerja, aku mengenakan pakaian rasmi serta berkot kerjaya aku di tempat kerja. Mestilah pada hari rehat aku ingin berpakaian baju lebih santai (casual). Jadi, banyak kali pada setiap kesempatan aku akan berpakaian biasa sahaja dalam melakukan aktiviti sosial di luar
Sementara itu, jom ulangkaji jap berkenaan kod pakaian ni Maklumat ni adalah sekadar salin tampal dari laman Wikipedia.

----------<Wikipedia input>--------------


Dress codes are written and, more often, unwritten rules with regard to clothing. Clothing like other aspects of human physical appearance has a social significance, with different rules and expectations being valid depending on circumstance and occasion. Even within a single day an individual may need to navigate between two or more dress codes, at a minimum these are those that apply at their place of work and those at home, usually this ability is a result of cultural acclimatization. Different societies and cultures will have different dress norms although Western styles are commonly accepted as valid.

The dress code has built in rules or signals indicating the message being given by a person's clothing and how it is worn. This message may include indications of the person's gender, income, occupation and social class, political, ethnic and religious affiliation, attitude and attitude towards comfort, fashion, traditions, gender expression, marital status, sexual availability and sexual orientation, etc. Clothes convey other social messages including the stating or claiming personal or cultural identity, the establishing, maintaining, or defying social group norms, and appreciating comfort and functionality.

For example, wearing expensive clothes can communicate wealth, the image of wealth, or cheaper access to quality clothing. All factors apply inversely to the wearing of inexpensive clothing and similar goods. The observer sees the resultant, expensive clothes, but may incorrectly perceive the extent to which these factors apply to the person observed. Clothing can convey a social message, even if none is intended.
---------------<wikipedia tamat di sini>--------------

Memahami penjelasan tersebut, maka sebaliknya aku semakin gah dengan pendirian aku (iaitu kekal nak pakai santai juga dalam pertemuan tidak rasmi). Tambahan pula ada beberapa contoh teladan akan kisah-kisah pada masa lalu..
  • Khalifah Saidina Umar berpakaian menyamar rakyat biasa untuk mengetahui kehidupan rakyatnya yang susah.. (tengok website ni ye --> NesKopi. Haru kisah ni..)
  • Sultan Melaka ke-7 (Sultan Alaudin Riayat Shah) juga turut menyamar sebagai rakyat pada malam hari untuk survey tentang kesusahan rakyat..
  • Dan dikhabarkan Raja Jordan juga pernah menyamar sebagai pesakit biasa datang ke hospital untuk meneliti sistem rawatan hospital yang bermasalah ketika itu..
Aku tak tahulah impressi pembaca sekalian, namun dalam diri aku mengagumi malah hormat semua contoh yang ditunjukkan oleh pemimpin berwibawa ni. Insya-Allah, aku cuba teladani dalam kehidupanku sendiri.. 

Aliran Fikiran yang lain..
  • Bila berbincang mengenai pakaian, pentingnya perlu menutup aurat seperti mana yang telah disuruh oleh Allah, iaitu melalui FirmanNya:
Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu (bahan-bahan utk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan, dan pakaian taqwa itulah yg sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba2Nya) supaya mereka ingat (dan bersyukur) - (Surah Al-a'raf 7:26)


  • Dan juga, sebaiknya kod pakaian ketika solat adalah antara yang terbaik. Sebabnya solat adalah saat-saat berhubung dengan Allah. Oleh itu jomlah sama-sama berpakaian baik terutamanya apabila nak berhubung dengan Allah. Terdapat juga FirmanNya;
Wahai anak-anak Adam! Pakailah pakaian kamu yg indah berhias pada tiap-tiap kali kamu ke tempat ibadat (atau mengerjakan solat) dan makanlah serta minumlah dan jangan pula kamu melampau. Sesungguhnya Allah tidak suka akan orang-orang yg melampaui batas - (Surah Al-a'raf 7:31) 
  • Dan tak dilupakan juga, walaupun sebaik mana pun pemakaian kita, akhlak dan sahsiah juga perlu bergerak seiringan dengannya ^-^ sepertimana diajarkan dalam doa berpakaian;

  • Oh ya, aku juga pernah mengutarakan persoalan ni dalam entri lain. check it out entri rendah diri (siri 2).
  • Siri nasihat lain boleh rujuk --> Nasihat (page). Ada macam-macam, bersandarkan ayat, hadith dan juga kisah2 lain..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)