Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)

Catatan kemaskini:
20.12.2018 - tambahan panduan setting dalam telefon pintar
4.1.2019 - nota tentang beberapa huruf jawi bagi android (telefon pintar)
26.1.2019 - tambah video demo tukar jawi dalam telefon pintar
26.5.2019 - tambahan pautan penulisan baru tentang Jawi Phonetic Keyboard

---------- [Blog, mula!!] -----------

Tiba-tiba timbul kesedaran tulisan Jawi, maka barulah nak cari bagaimana setting tulisan jawi..
"Dulu masa universiti, ada kawan pernah tolong buat setting tulis jawi/Arab maka dapatlah buat artikel surau Syifa'ul Qalbi bertajuk jawi. Lepas tu, bertukar komputer dah 2 kali (dan aku juga bukannya begitu 'hebat-teknologi' sangat ^-^!) maka langsung tak pandai nak tulis jawi di komputer. sehinggalah timbul kesedaran ini..
Cari-cari baru la jumpa. Aku dah cuba dan berjaya buat. Jadi, saja-saja aku nak kongsikan dalam blog ini, mana tahu masa depan aku beli komputer baru lagi nak kena install baru juga, leceh nak cari bagaimana nak buat pula..

sumber rujukan asal : Blog Cikgu Fadzil - Panduan Setting Tulisan Jawi Microsoft Office
[cuma sumber tersebut guna window 7, sementara komputer aku guna window 10. Jadi mungkin terdapat sedikit perbezaan..]

Fokus A: Cara buat tetapan Tulisan Jawi di komputer (aku guna OS Window 10)

---Langkah 1: install tetapan papan kunci (keyboard setting) dalam window 10 kepada huruf Arab---

penjelasan tengok bawah ni, ikut nombor
#1 klik pada ikon cogwheel (setting) pada menu 'Start/Windows'
#2 pilih/klik pada Time & Language
#3 pilih tab Region & Language (seperti penunjuk merah) dan pilih "Add a language"
#4 dalam senarai ni nampaknya terdapat beberapa pilihan bahasa Arab. Aku cuma ambil asal Bahasa Arab (negara Arab Saudi)
#5 pilihan ni terpulang, kalau hanya untuk sekadar menaip sahaja, boleh batalkan (untick) pilihan speech
--kemudian komputer akan download & install ambil sedikit masa 1-2 minit macam tu---

#6 hasilnya boleh dilihat pada menu paparan terdapat bahasa arab (6a). Juga pada taskbar apabila klik pada ENG terdapat pilihan keyboard Arab (6b)

Pada akhir langkah 1 komputer anda sudah boleh digunakan untuk menaip huruf Arab
"Namun dalam tulisan jawi terdapat huruf-huruf tambahan yang penting..? Macam mana tu??"
----Langkah 2: install papan kekunci (keyboard) Jawi ------

Ni kena install program lagi (buatan Malaysia). Maklumat program adalah seperti berikut (aku hanya salin & tampal dari laman web rujukan, jadi kredit & penghargaan adalah layak kepada pemilik blog serta pencipta program)

Nama Keyboard : Keyboard Jawi SIRIM 
Penerbit : Artificial Intelligence Technology Fakulti Teknologi Sains Maklumat, UKM 
Tahun Dikeluarkan : 2010 
Versi :V5 
Saiz Fail : 2MB 
Format Fail : .zip (Guna WinZip atau WinRAR atau 7-zip untuk extract) 
OS Platform : Windows XP, Vista (dan Windows 7) 


Download program installer (berupa .zip) dari pautan (Mediafire) : http://www.mediafire.com/?5mmwy3ax3r6kouw 
kalau tengok laman web rujukan, adalah satu lagi sumber (4shared) untuk download, tapi aku cuba tak berjaya (mungkin dah dipadam?).
Extract files.zip menjadi satu folder penuh files.


#1 lancarkan program "setup.exe" yang terdapat dalam senarai files yang terkandung dalam folder
#2 proses install akan ambil sedikit masa (1-2 minit) dan terus siap
#3 boleh semak status keyboard di taskbar. Kalau ada jawi-keyboard-sirim-keyboard, anda telah berjaya langkah ini

Jadi komputer anda sudah set kepada keyboard Jawi, pada masa ini anda sudah boleh taip di internet/ facebook.
"Dah boleh taip di MS Word?? Belum lagi, ada satu lagi perkara tetapan yang kena buat"
----Langkah 3: tetapan di MS Word (aku guna MS Office 365 / Word 2016)-----
Kalau bagi pengguna bukan guru / bukan penulis artikel, mungkin boleh langkau langkah ini. Bagi mereka sebab perlu sediakan tugasan guna MS Office



Pada akhir langkah ini, MS Office (Word) anda telah bersedia untuk menerima input keyboard & memaparkan tulisan jawi..
"Eh, kejap. Papan kekunci Arab/Jawi ni macam mana? Tekan apa akan keluar huruf apa..??"
----Langkah 4: Beberapa panduan & tips -----

Setiap papan kekunci (keyboard) Arab mempunyai agihan (distribution) huruf seperti berikut..
keyboard Arab/Jawi (standard)

dan ada beberapa huruf khas tersembunyi boleh dicapai dengan hold "Shift".........

keyboard Arab/Jawi (kena hold shift). Simbol ayat serta huruf khas boleh didapati di sini..

Oh ya, disebabkan penulisan Arab/Jawi adalah dari arah kanan ke kiri, maka MS Word ada tetapan sedemikian supaya senang untuk edit/padam/tambah apa-apa huruf

tekan di penunjuk merah

Tak kira dalam MS Word atau di internet (Google Chrome/ Facebook), terkadang ada keyboard error (sistem keliru tengah pakai keyboard ENG VS Arab). Jadi boleh semak semula status di taskbar

re-emphasize semula keyboard mana nak pakai dan sambung kerja anda

Demikianlah. Selamat beramal..

Kemaskini 26.5.2019 - terdapat satu perisian baru diperkenalkan tentang papan kekunci jawi yang lebih mudah kerana susun atur huruf hijaiyah diselaraskan dengan huruf rumi. Jom tengok entri blog aku Jawi Phonetic Keyboard

Fokus B: Cara buat tetapan Tulisan Jawi di telefon Pintar (aku guna Zenfone Max dengan sistem Android) 
"Kalau di telefon pintar (eg android)? Aku pun baru tahu boleh taip di telefon juga ^-^ Seronoknya. Meh, aku ajar caranya.."
Langkah 1 - download applikasi Gboard dari PlayStore telefon pintar masing-masing (lupa saiz dia berapa, tapi sekadar sepatutnya saiz fail tak besar macam video/gambar)

internal setting Gboard
Dengan ini, telefon pintar anda sudah ada satu applikasi keyboard tulisan jawi.
"Tapi biasanya sistem telefon akan guna keyboard tersendiri. Misalnya telefon aku guna ZenUI Keyboard. Mungkin Samsung/ Huawei pun begitu. Jadi, macam mana nak tukar?"
Langkah 2 - tukar tetapan dalam sistem telefon (yang berkaitan dengan papan kekunci)

Nota - Kalau telefon jenis yang lain mungkin paparan setting sedikit berbeza, tapi yang penting tetapannya  masih dalam kategori system > language (cari kata kunci ini)

pastikan Gboard tersenarai dalam pilihan Virtual Keyboard. 
Kalau boleh, batalkan sistem papan kekunci lain dan kekalkan Gboard saja sebagai papan kekunci yang akan digunakan.
"Lepas itu, dah siap. Tahniah, telefon pintar anda dah boleh tulis jawi.."
klik ikon jaringan bumi untuk tukarkan paparan ke tulisan jawi. Klik semula untuk tukar balik ke tulisan rumi
Selamat Mencuba ^-^

Namun, terdapat beberapa huruf asal arab yang tidak terdapat dalam senarai jawi serti huruf غ dan ة (mungkin sebab jarang digunakan, ataupun perkataan yang terlibat asalnya dari bahasa arab). Jadi bagi yang bersifat perfectionist, boleh tambah keyboard Arab dalam senarai (ketika langkah 1 tadi) dan langkah seterusnya masih sama..

Kalau tak faham juga penjelasan bergambar ini, maka aku sediakan juga versi video..
[nota - demo penjelasan menggunakan telefon pintar Xiaomi Redmi4X. Tapi penetapan (setting) tulisan masih dengan kata kunci Language





Ulasan

Iqbal Hafidh berkata…
Thank you for sharing about Jawi Keyboard
Unknown berkata…
sangat bermanfaaat..terima kasih
Rifin2000 berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Rifin2000 berkata…
Trima kasih cek, all sukses tapi bila nak taip baris atas, bawah , depan (harkat),die otomatik ubah font majalla. camna yer? tolong cek
Rifin2000 berkata…
ok cek , dh dapat cara nya..hehe. trima kasih bnyk2 cek atas ilmu nya. Jazakallahu Khairan.
Unknown berkata…
terima kasih atas ilmu tersebut...cuma saya nak tanya macam mana ye kalau nak letak baris pada huruf huruf tersebut..seperti baris bawah,baris depan dan sebagainye..kerana bahasa arab yang saya belajar sekrg perlukan baris untuk mengetahui itu isim fail dan sebagainya.. terima kasih
Tanpa Nama berkata…
untuk membariskan tulisan arab. boleh ke fb Harakat ku.
Awang berkata…
ترکيني ترداڤت ساتو لاݢي اڤليکاسي توليسن جاوي يڠ ترباءيق .ساي کيرا يعني موباءيل‌جاوي. چوباله .

Harakatku berkata…
Mohon mencelah admin,saya pemilik perisian Harakatku Pro,Terima kasih kepada saudara Awanama 24 Mac 2021 10:09 PTG kerana mempercayai perisian Harakatku Pro.Untuk pengetahuan perisian Harakatku sudah diUpdrage kepada Harakatku Pro.Kini memudahkan menulis dan membaris Arab,Al-Quran,Jawi dan simbol.https://harakatkublog.blogspot.com/

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai