Catatan

Tunjukkan catatan dari Jun, 2018

Hikmah setiap takdir

Imej
Bismillah, saja aku kongsi semula dalam blog ni apa yang dikongsi di laman sosial baru ni.. saja tukar cara penyampaian sikit.. Jom tengok klip video ini terlebih dahulu.. spoiler alert! klip video di atas memaparkan seorang hamba Allah dalam perjalanan ke satu destinasi. Sikit je lagi nak sampai destinasi, tiba-tiba kereta yang dipandunya meragam dan rosak. Hamba Allah ni memberontak kecewa meraung akan hakikat yang terjadi. sehinggalah dia mengetahui akibat yang bakal dihadapi sekiranya dia sampai ke destinasi jika tidak rosak. Maka serta merta dia tunduk sujud bersyukur 

Adab-adab membaca Al-Quran

Imej
Alhamdulillah, selesai pun baca buku Ensiklopedia Al-Quran Edisi Jimat. Semakin baca, semakin banyak yang aku masih tak tahu rupanya.. Kena terus baca banyak bacaan yang lain.. Saja-saja aku nak share sedikit ilmu yang aku belajar dari buku tersebut, maka aku salinkan ke dalam blog ini.. Fokus - adab-adab membaca Al-Quran [sumber rujukan Bab 12 /halaman 296-302 dari buku yang sama] Berniat Ikhlas semata-mata kerana Allah s.w.t. Niat menjadi penentu terhadap sesuatu perkara itu menjadi ibadah atau tidak Bersiwak (gosok gigi) sebelum mula membaca Al-Quran "Sekiranya tidak menyusahkan umatku, nescaya aku akan memerintahkan mereka dengan siwak"  Suci dari hadas dan haid (perempuan) [nota - haram memegang & membawa Al-Quran dalam keadaan berhadas] Membaca Ta'awwuz iaitu kalimah A'uzibillahi minasy-syathonir-rajim) "Oleh itu, apabila engkau membaca Al-Quran, maka hendaklah engkau (terlebih dahulu) memohon perlindungan kepada Allah s.w.t

[Lagu] Kun Anta

Imej
Nota - entri kali ni bersifat santai sikit, kebetulan aku terdengar satu lagu yang mempunyai mesej nasihat yang baik.. Jom dengarkan.. "oh ya, walaupun video lagu dalam bahasa arab, tapi adanya kemudahan terjemahan ke dalam bahasa Inggeris/Melayu. Sila klik butang 'gear' (setting) pada menu video untuk tetapkan subtitle bahasa pilihan masing-masing.." Lirik lagu Kun Anta Humood [Nota - baik, aku akui dari aspek penulisan arab/sebutannya dan terjemahannya aku memang sekadar copy paste sahaja dari sumber  arnamee.blogspot.com/lirikkunanta , namun, dari aspek penyusunan semula dan seni penyampaian dalam blog ini adalah mengikut cara & gaya aku tersendiri..]

Sedeqah (5) - Cara bersedeqah tangan kanan tapi tangan kiri tak tahu

Imej
Catatan kemaskini 18.3.2019 - catatan sedikit pengalaman sebenar tentang tindak balas penerima 19.1.2020 - tajuk penulisan dinamakan semula --- Blog, mula di sini! --- Musim raya kembali lagi ^-^! antara agenda yang mesti siap sedia sebelum menghadapi hari raya dewasa ni ialah menyiapkan duit raya. " Tak sabar pula nak beri duit raya.. " - entri  menjelang syawal 1435H Cuma tahun ni, penjawat awam gred macam aku tidak diberi bonus hari raya. Maka tidak ada kelebihan (berbanding dengan orang lain) untuk menyediakan duit raya tahun ni ^-^! Seperti yang dijangka, ada yang tersinggung dengan hakikat ini, maka timbulnya satu reaksi 'tiada duit raya tahun ini kerana tiada bonus'. Dan aku juga tidak kurang reaksinya, sehinggalah aku teringat akan beberapa dalil nasihat: "Oleh itu, jika mereka berpaling ingkar, maka Kami tidak mengutusmu (wahai Muhammad) sebagai pengawas terhadap mereka; tugasmu tidak lain hanyalah menyampaikan (apa yang diperintahkan kep

[JomBaca] Kisah-kisah 'Tidak Sahih' Meja Penceramah

Imej
Catatan kemaskini 18.3.2019 - penyelarasan format penulisan [Buku] --> [JomBaca} ------ Blog, mula! ------ Sedang beraya di rumah, aku terperasan satu buku agama di rumah yang menarik perhatian aku.. Kisah-Kisah Tidak Sahih Meja Penceramah Penulis : Dzul Kairi Mohd Nor  Penerbit  : tak jelas (maaf) Bil halaman/ muka surat  : lupa ^-^! (maaf) Penjelasan (di kulit muka belakang) Buku yang membetulkan kisah-kisah 'tidak sahih' sering tersebar sekitar masjid dan surau. Majoriti dalam kalangan masyarakat kini sering mendengar kuliah/ceramah di masjid-masjid atau surau-surau kerna inilah antara medium untuk mendapatkan info atau ilmu dalam agama. Kisah Rasulullah s.a.w dengan jiran Yahudi Kisah Al-Qamah  Adakah umat Islam berpuasa ketika perang badar Umar Al-Khattab berhijrah secara terang-terangan Tetapi adakah kita pernah bertanya samada kisah-kisah yang disampaikan oleh penceramah itu sahih atau tidak? Selalunya kita akan telan bulat-bulat apa jua ya

'Nobita' dalam Al-Quran

Imej
Maaflah, sejak entri yang lalu aku agak rush tilawah Al-Quran sempena bulan Ramadhan, jadi tak ada masa sangat nak tulis/ publish post blog walaupun ada idea & bahan.. Tapi baru ni sedang menyelusuri makna bacaan Al-Quran, aku jumpa ayat ni.. " Nabi Muhammad SAW ialah Rasul Allah ; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam) , dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam) . Engkau melihat mereka tetap beribadat rukuk dan sujud, dengan mengharapkan limpah kurnia (pahala) dari Tuhan mereka serta mengharapkan keredaanNya. Tanda yang menunjukkan mereka (sebagai orang-orang yang soleh) terdapat muka mereka - dari kesan sujud (dan ibadat mereka yang ikhlas) . Demikianlah sifat mereka yang tersebut di dalam Kitab Taurat ; dan sifat mereka di dalam Kitab Injil pula ialah: (bahawa mereka diibaratkan) sebagai pokok tanaman yang mengeluarkan anak dan tunasnya, lalu

Bulan Al-Quran

Imej
Sedikit retrospektif, sebab terlambat sedangkan bulan ramadhan dah masuk sepuluh terakhir ^-^! Aku lupa untuk amal 'perbanyakkan bacaan Al-Quran dalam bulan Ramadhan' . Sebaliknya aku hanya baca sepertimana rutin bersama isteri selepas subuh dan/atau marghrib.. Sehingga la bacaan kami sampai pada ayat berikut..   " Tidakkah mereka hayati Al-Quran atau apakah hati mereka sudah terkunci? " (Surah Muhammad 47:24)  Ayat ini di-highlight dan disertakan dengan tazkirah sisipan seperti berikut (copy paste je). Oh ya aku kemaskan menjadi point-form supaya tak pening baca panjang-panjang.. ---------- petikan berikut adalah daripada tazkirah sisipan dalam Al-Quran, kebetulan aku lalui bersama isteri -------- Tadabbur Al-Quran ertinya memusatkan  (fokus)  hati kepada makna-maknanya, memusatkan   (fokus)  fikiran untuk mengamati dan memikirkannya. Inilah maksud diturunkannya Al-Quran dan bukan sekadar membacanya, tanpa memahami, mendalami, dan perhatian. Sebagaimana fi