Tentang Saya

Halaman ini khas buat sesiapa yang ingin mengenali diri..
Like many others, i have a lot of things going on my mind while living through my life. However, i just find it difficult to express and speak out , but i find it comfortable to write (or type) it down. And so this blog is meant to represent my point of view..  
Maka bermulalah.. (oh ya, aku akan berhati-hati agar tak terlalu mendedahkan semua maklumat peribadi eg. nombor-nombor, maka Biodata ni hanyalah berkenaan perkara yang subjektif dan abstrak sahaja) 

Nama : Syed Hazran bin Syed Mohammad (entri maksud nama)
Tentang penggunaan nama, walaupun namaku hanya biasa, namun aku sangat berbangga dengan namaku sendiri. Maka jarang sekali aku menggunakan nama panggilan lain. Sementara itu, aku selalu berusaha untuk panggilkan nama kawan-kawan dengan panggilan yang baik (antaranya dari entri istilah legend)
Asal (merujuk kepada tempat lahir) : Kuala Lumpur (entri: belum ada spesifik pencetus lagi, tapi setakat ni idea yang timbul untuk diperkatakan ialah..)
Budak KL selalu diertikan sebagai budak bandar yang dimanjakan dengan kemewahan dan keselesaan. Aku akui memang aku tak mengharungi pengalaman susah atau kehidupan serba kurang, tapi insya-allah aku akan bersyukur dan tidak memandang hina/ rendah kepada mereka yang kekurangan ni..
Perwatakan
Masih sangat banyak kekurangan dalam diriku ini.. Maka dengan sebab itu, aku sangat mengagumi kawan / sesiapa sahaja yang mengajarkan aku nilai-nilai baik kehidupan.. 
  • 'Auto-ability' dari "Syed" & "Hazran" 
Setiap nama sendiri adalah satu doa untuk menampilkan perwatakan dalam diri.. (entri maksud nama)
Kalau perasan, banyak penulisan aku sangat berkait rapat tentang nostalgia silam. Bagi yang lebih mengenali, aku juga mengaitkan teringat satu masa dulu..
Hobi
Hobi ni tak terpakai kalau outing bersama orang lain eg. kawan, keluarga, sebab aku tak sampai hati nak buatkan mereka tunggu lama-lama..
  • Main internet - Facebook, Google+ (nyahaktif pada April 2019 sebab takde sambutan), Animeultima, YouTube, Wikia... 
  • Blogging
  • Main game - 3DS (nyahaktif pada 2017), PSP/ PSVita, PS2 (nyahaktif 2005), PS3 (nyahaktif 2017 sejak ada PS4), PS4 (semua entri berlabel game).
Walaupun aku kaki gamer juga. Namun, aku tak memilih untuk main game di telefon pintar sangat. Sebab aku percaya telefon pintar lebih memerlukan fungsi lain berbanding game, serta aku tak berkenan mengawal pergerakan game melalui skrin sentuh. Sementara di komputer pula, pernah ada sejarah aku rosakkan komputer ayah sebab game, jadi sejak itu aku tak main sangat game di komputer, mungkin sekadar game ringan dan bosan sahaja..
  • Tengok anime / CGI (semua entri berlabel anime):
Dalam pada tu, kalau wayang pun, aku lebih prefer karya CGI / anime berbanding lakonan live pelakon. Dalam karya CGI / anime aku turut menilai aspek grafik & plot.. Kalau tengok filem live pun, aku lebih tertarik dengan plot wayang je.."
Ketika melawat kedai buku, aku suka jelajah pelbagai sudut bahan bacaan. Antaranya kembara (travel), agama, seni bina rumah (home design), masakan, games, komik, origami, map, fact (eg. encyclopedia) etc.. Semuanya menarik perhatian belaka.. cuma novel aku kurang sikit..
  • Dengar Lagu? banyaknya lagu jepun / anime > nasyid > Game Music/track > Melayu > English > lain-lain
  • Makanan: nasi goreng atau lauk daging masak (entri memasak dan memasak 2
Berterusan dan prinsip sentiasa 
Keluarga
Jujurnya keluarga aku hanyalah biasa-biasa saja. Tidaklah bertahap sempurna bahagia, namun tidak juga sangat huru-hara. Dan aku bukanlah seorang anak / ahli keluarga yang baik, namun pada kekurangan yang ada, aku sentiasa memerhati keluarga lain serta nilai kekeluargaan yang ditunjukkan mereka untuk muhasabah dan memperbaik diri.. (juga entri tentang keluarga lagi)
    ---------------------------(nota - entri ni akan dikemaskini dari semasa ke semasa)------------------

    Latar perjuangan (belajar)
    • 1992 : (?memori silam lupa dan terkunci) (entri memori terawal)
    • 1993-1994: Taski Abim (entri mulanya di sini)
    • 1995-1996: Taman Nirwana
    • 1996-2000: Rantau
    • 2001-2003: Sejaya
    • 2004-2005: Sepintar
    • 2006-2007: Kmpk
    • 2007-2012: UNIMAS
    Latar pekerjaan/ pengalaman
    • 06-10/2012 : Rumah Stapok (tutor)
    • 11-12/2012 : TESCO Ampang (bahagian hardline)
    • 12/2012 - 05/2015 : HKL (siri entri HO arc)
    • 05/2015 - 02/2018 : PJHUS (Cardio MO)
    • 02-03/2018 : KK Jalan Masjid (Tagging/attachment)
    • 03/2018 - mutakhir : K1M UTC Kuching 
    Aset-liabiliti
    • Rumah pertama : Pandanmas Residensi 2 (entri Perjalanan Beli Rumah Pertama)
    • Kereta sendiri : tiada ^-^! tapi kereta semasa kepunyaan isteri Myvi 2007 (terpakai)
    • Motosikal: 
      • 2008-2012 : Yamaha Ego S (dah jual pada orang lain)
      • 2015-mutakhir: Honda Airblade (entri motosikal

    Ulasan

    Catatan popular daripada blog ini

    Kamus bahasa melayu Sarawak

    Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

    Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)