Reconnect~

Senja menjelang~ sedangku bersahaja di rumah merehatkan diri, tiba-tiba aku dapat satu panggilan telefon..
"Ran, kenal lagi siapa (yang telefon) tak ni?? Free tak malam ni? Kalau free mai la datang rumah malam ni.. Lama tak jumpa semua.. ajak keluarga sekali, siapa yang ada??"
Demikianlah antara isi perbualan tadi. Sebenarnya tu adalah panggilan daripada bekas jiran ketika aku tinggal di Terengganu dulu (1996-2000). Memang jiran depan rumah je.. memang kenal sangat la.. Cuma sejak aku dan keluarga berpindah ke Kuala Lumpur maka segalanya lost contact jadinya.. Apatah lagi aku sekolah berasrama (jauh dari telefon seterusnya perkembangan semasa dunia luar ^-^!) aku anggap arwah Wan berperanan baik masih berhubung dengan jiran ni masa tu.

Kira-kira dah 2014 - 2001 = 13 tahun tak berjumpa masing-masing. Memang jauh berbeza rupa masing-masing. Jujurnya aku cam seorang je daripada adik-beradik berempat ni (memandangkan 13 tahun dulu semua kecik-kecik lagi), sekarang semua nampak sebaya je tengok~

huhu..

Fokus A - menyambung silaturahim (siri 2) (rujuk entri awal silaturrahim.)
Aku akui kehidupan kanak-kanak aku di Terengganu memang aku dah lupa banyak.. kawan-kawan di rumah / sekolah semua aku dah lupa.. Sampai la sekarang ni, masing-masing dah besar dan medium komunikasi pula serba canggih dah.. Jadi bila sampai je peluang untuk update perkembangan mereka, insya-Allah, Aku cuba usahakan untuk hubungkan kembali silaturrahim yang pernah terjalin. Teringat kembali satu hadith..
"Siapa yang ingin murah rezeki dan panjang umur serta terhindar dari keburukan, hendaklah ia takut kepada Allah dan bersilaturrahim 
Fokus B - berbakti kepada orang tua (siri 2 - setelah mereka meninggal dunia)
mana dan sejak bila pulak ada siri *pertama nya? ^-^! rujuk --> entri berbakti kepada ibu bapa

Teringat aku akan satu hadith nasihat pada suatu masa lalu. Jom semak kembali (sumber dapatan --> islamituindah.com);
Ketika ditanya oleh seorang sahabat daripada kaum Ansar mengenai masih adakah tanggungjawabnya terhadap ibu bapa yang sudah meninggal dunia, Rasulullah menjawab dengan sabdanya bermaksud:“Ada, iaitu berdoa, beristighafar untuk kedua-duanya, menyempurnakan janji, memuliakan sahabat taulan kedua-duanya dan menyambungkan silaturahim yang tidak sempat dijalinkan oleh kedua-duanya.” (Hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).
Ringkasnya, (aku tulis semula dalam bentuk point agar mudah nampak) tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa yang meninggal dunia ialah;
  • Mendoakan kebahagiaan ibu bapa agar ditempatkan bersama golongan 'kanan'
  • Beristighfar (memohonkan keampunan) untuk ibu bapa (atas dosa-dosa mereka)
  • menyempurnakan janji /hutang yang pernah dinyatakan pada masa hidup mereka
  • Memuliakan sahabat taulan kedua-duanya
  • Menyambungkan silaturrahim yang tak sempat dijalinkan oleh ibu bapa 
Jadi dalam trigger ni, aku lebih menganggap aku berhubung kembali dengan pihak jiran sebagai wakil arwah Wan. (Tak dilupakan sebagai wakil pihak ayah juga ^-^!)

Some other stream of thought
  • Misteri tapi menariknya, walaupun dengan perwatakan aku yang pendiam dan introvert ni, masih terlintas niat untuk terus berhubung / berinteraksi dengan kawan dan sahabat handai (kalau diamati dua nilai tersebut, bagi mereka interaksi sosial adalah sukar lagi penat ^-^! tapi misterinya kenapa..)
  • Memandangkan dua perwatakan tersebut cenderung untuk menggagalkan percubaan / usaha untuk reconnect, tentulah aku telah menggariskan multi-objective aktiviti kali ni. menyambung silaturrahim, expand own-road-mind-map, survey persekitaran house-for-sale, muhasabah nilai kekeluargaan dll..
  • "Perhaps we will what is family about, by observing the others' family" -entri tentang keluarga lagi.. (aplikasi teori konflik dan sudut pandangan)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)