gambar konvo

Dah 2 bulan sejak hari konvo UNIMAS yang lalu, akhirnya gambar konvo yang aku tempah sampai ke rumah. Lambatnya, tapi tak kisahlah.. Bukannya barangan urgent sangat pun. Aku pulang dari kerja terus nampak gambar tersebut digantung di hall of fame rumah ^-^ tak sabarnya ayah ni..


Alhamdulillah.. Dengan ini, akhirnya semua ahli adik-beradik aku secara rasminya dah menamatkan pengajian pada peringkat tertiari. Dan kini masing-masing menceburi haluan tersendiri..
"Aku takde pula nak interview, tapi aku yakin bahawa si ayah pasti bangga + gembira melihatkan semua anak-anaknya berjaya pada tahap ni.. (kesimpulan ni adalah memandangkan tak sabar-sabar nak gantung gambar aku ahli terakhir graduasi).."
------------------------------------dari entri aku suka doraemon-------------------------------------------

Jadi apakah aku yang sekarang ni telah memenuhi impian ibu bapa aku ni? Apakah mereka tetap gembira mengetahui kehidupan aku yang penuh pahit getir (ni apatah lagi kalau aku tengah down and low self-esteem disebabkan cabaran). Alhamdulillah setakat aku tulis blog ni, pada satu cara aku masih membuatkan mereka gembira (eg. berjaya dalam pelajaran, belajar tinggi-tinggi, ambil bidang pengajian yang bagi mereka dianggap mulia).. namun, teringat aku akan satu nasihat;
"Anak yang baik dari pandangan Islam bukanlah mereka yang hanya berjaya dalam pelajaran, tapi mereka yang juga turut berbakti kepada ibu bapanya sendiri pada hari tuanya, serta mendoakan kebahagiaan ibu bapa apabila mereka telah pergi" v_v
 ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)