Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2018

Trip Europe 2018 (prolog)

Imej
Kisahnya bermula apabila Abang Chik ditempatkan bertugas di Mannheim, Germany selama dua bulan di sana (kursus ke apa aku tak pasti) dari 12 Oktober sampai 12 Disember 2018. Dan tentulah isterinya ambil cuti tanpa gaji untuk mengikutnya bersama. " Untungnya Abang Chik pergi oversea lagi.. " - bisikku mengenangkan betapa adik-beradik yang lain sudah banyak kali ditempatkan di luar negara.. (entri kembara-3 ) Jadi ketika sedang makan bersama keluarga asas aku, tiba-tiba timbul perbualan.. "Ran, bila mu nak pergi Mannheim? " "Tak tahu la.." jawabku malas nak layan sangat. Sangkaku Abang Chik nak menunjuk dan berlagak.. " Takde la, sementara aku ada kat Mannheim nanti. Mu datang la beberapa hari, boleh aku bawa jalan-jalan alang-alang.. " ujarnya..  " Heh? !"   Maka sejak itu, aku & keluarga terus merancang untuk datang melawat Abang Chik ke Mannheim. Mulanya aku merancang perjalanan berdua. Tapi tengokkan tiket berdua je

Sedeqah (6) - Beri makan orang miskin

Imej
Kisah semalam; habis waktu bekerja aku luang sedikit masa berjalan-jalan di kawasan persekitaran. Alhamdulillah, tempat kerja aku di dalam bandar Kuching, sangat hampir dengan salah satu daya tarikan utama iaitu Waterfront Kuching . Jadi sedang aku berjalan di sepanjang tebing sungai tersebut, tiba-tiba aku disapa.. "Abang, minta duit sikit. Saya lapar, nak makan.."  Nampaknya seorang orang cina yang miskin sebab nampak kusut masai, serta pakaian comot dan tidak berselipar.. --------- Situasi! ---------   "Apakah tindakan terbaik dalam situasi sebegini. .? >_<!" a) beri duit seperti yang diminta b) belikannya makanan c) buat tak dengar dan teruskan kehidupan seperti biasa.. Pernah terdengar nasihat suatu masa dulu; "Kalau ada orang minta duit untuk beli makanan, jangan bagi duit! Sebab kita tak tahu dia betul-betul gunakan duit itu untuk beli makanan atau tidak. Kot-kot nak beli dadah ke.." beritahu seorang kawan Z   Jadi kali ni ak