Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2013

Kaya

Imej
gambar hiasan "Syed, kau berminat nak beli (dan simpan) emas tak? Kebetulan harga emas tengah turun ni. Kalau berminat pm (private message) la aku ye... " - tanya seorang sahabat di laman sosial " hm, insya-Allah aku akan pertimbangkan. ."  Aku difahamkan tentang emas adalah antara 2 pelaburan jangka panjang (selain rumah) yang baik kerana harganya boleh berubah dengan masa. Mungkin suatu masa akan datang, harga emas akan melonjak tinggi lantaran banyak permintaan maka sudah tentunya emas mendatangkan pulangan yang banyak lagi berbaloi.. "i wonder if i should give it a try..." v_v

Jujur

Imej
"Eh, tadi aku dah bayarkan makanan aku je tau.."  - kataku kepada kawan setelah beredar dari restoran  "Eh ye ke? Kau kata dah bayar tadi.." - balasnya "Tu bil aku je ^-^! Maaf sebab bagi salah faham. ." - ujarku  (nota - kat restoran ni bil diberikan secara peribadi berdasarkan lauk masing-masing. Jadi aku hanya ada bil aku je, tak dapat nak belanja kawan tu di luar pengetahuannya) "Hm.. Takpe la, nanti tolong ingatkan aku untuk bayar kat restoran tu ya..." - balasnya  " (Wah, jujurnya kawan aku ni..) ^-^ insya-Allah " Sudahnya sampai ke malam aktiviti kami, namun kawan aku tetap berniat membayar bil makanannya tadi. Dan dia berjaya menunaikan amanahnya ^-^! "(ok, menarik! Sifat amanah ni bahkan membuatkan aku bertambah hormat kepadanya.. Terbaik~)" - bisik hatiku

musibah 28.4.2012

Teringat aku akan peristiwa yang berlaku cukup setahun yang lalu pada tarikh 28.4.2012. Apa yang berlaku? "Tanggal 28.4.2012 hari ahad, aku keluar jogging di taman budaya Kuching. Pertama kalinya aku membawa bersama 2 orang kawan aku agar lebih ceria & sihat (walaupun masing-masing berjogging pada haluan sendiri) . Sebab nak bawa orang jadi aku pinjam kereta seorang housemate ni.. Jadi kami pun berjogging la dalam 5 round kemudian rehat sekejap untuk cool down badan. Bila sampai masa balik aku terkejut melihat keadaan kereta aku yang tampak dipecah masuk. Aku pun periksa dan nampaknya memang betul la sangkaan aku tu. Beg sandang aku berisi dompet, handphone xperia x12, botol air serta kunci bilik dah pun dicilok orang.." Jadi demikian la kisahnya. Kejadian ni pernah terlintas dalam kotak fikiran aku ketika cool down ; "(kenapa rasa tak sedap ni? Seolah-olah kat kereta ada orang nak curi. Tapi aku dah kunci baik, rasanya insya-allah takde masalah kot)" --&

Jumaat Saiyidul Ayyam

Imej
"Hari ni adalah hari jumaat! Saiyidul Ayyam (  سيد الايام  ) "Apa tu Saiyidul Ayyam?" "Aku tahu! Maksudnya 'penghulu segala ayam'" - gurau seorang rakan apabila melibatkan istilah tersebut  " Bukanlah, maksud sebenarnnya adalah penghulu segala hari" Ya, terjemahan bahasa arab terhadap hari jumaat memang bermaksud demikian. Pernah terfikir tak? Kenapa hari jumaat dinamakan sedemikian sedangkan hari-hari lain dinamakan sejajar dengan bilangan 7 hari dalam seminggu iaitu ahad (   واحد   satu) - isnin (  اثنان  dua) - selasa ( ثلاثة   tiga) - rabu ( اربعة  empat) - khamis ( خمسة   lima) - jumaat - sabtu ( سبعة   tujuh). Penjelasannya ialah;

Memori FPE

Imej
Keputusan Final Professional Exam (FPE) 2013 UNIMAS dah keluar hari ni! Aku mendapat berita kebanyakan kawan-kawan yang aku ambil perhatian telah berjaya & lulus peperiksaan tersebut.. Alhamdulillah ^-^ tahniah kawan-kawan semua.. Oh ya, situasi sebegini mengingatkan aku pada saat-saat yang sama tahun lalu.. v_v ok, let's flashback .. -----------------------------------------------<flashback!>------------------------------------------------ ketika menunggu keputusan Kalau dinilai prestasi sendiri pada masa itu, aku sendiri dapat rasakan yang aku akan gagal setelah mengharungi sesi klinikal dan teori. Kesannya, ketika hari pengumuman keputusan diumumkan, tiadanya tanda-tanda suspens daripada diriku.. Dan benarlah sangkaan aku, aku gagal dalam peperiksaan akhir.. v_v "Tapi kenapa aku datang juga pada hari pengumuman itu? Adakah ia bermaksud aku masih menaruh harapan agar keajaiban berlaku?"  Pada satu cara, aku memang awal-awal lagi bersedih (mala

[Lagu] Rahmat Ujian

Imej
Lama tak berkongsi lagu. Jadi kali ni, aku ingin mengongsikan lagu kegemaran aku lagi. Lagu ni pun dari genre nasyid juga (^-^! maaflah bagi yang bukan penggemar nasyid) . Aku suka nasyid sebab adanya mesej nasihat yang tersurat dan tersirat untuk difikiran. Oleh itu, jom kita dengar-dengarkan lagu ni dan cuba amati mesejnya.. Dipersilakan Mestika - Rahmat Ujian Sementara itu, marilah kita muhasabah diri ni.. Berapa banyak dari 'ujian' yang kita dapat itu diterima dengan redhanya (pada saat pertama ujian/musibah tersebut) . Aku akui bahawa aku juga turut menghadapi ujian/musibah; pemergian arwah mak, gagal ujian akhir FPE 2012 dan kena tambah semester, tekanan kerja, dan banyak lagi, dan banyak situasi aku gagal memberi reaksi redha pada saat pertama menghadapinya.. Tapi insya-Allah, aku akan terus memperbaik diri dan redha akan takdir..

Kad kredit

Imej
"Tahniah, encik Syed! Kami dari Bank XX ingin menawarkan khidmat kad kredit kepada encik. Dengan kad kredit ini, encik boleh dapat banyak faedah dalam perbelanjaan, sesuai dengan cara hidup encik" Apa dia kad kredit ni? Aku tak pernah ada jadi mestilah aku tak tahu. Jadi jom sama-sama ulangkaji sikit ^-^! Penerangan berikut adalah jelas copy paste untuk pengetahuan bersama (dari sumber berikut www.usahawan.com ) ; Kad kredit ni adalah satu kaedah pembayaran yang membolehkan kita membeli barangan / mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai. Pembayaran tersebut adalah terhad kepada nilai maksimum  yang boleh dicaj terhadap kad tersebut. Apabila seseorang pengguna menggunakan kad kredit, pengeluar kad kredit akan membayar kepada peniaga terlebih dahulu bagi pihak pengguna dan kemudiannya meminta bayaran daripada pemegang kad kredit dalam bentuk penyata bulanan.

tentang keluarga lagi..

Imej
Baik, idea entri ni timbul sebab terdapat perbezaan pemahaman terhadap status facebook aku baru ni.. Jom kita baca semula status tersebut; " The best way to learn about a family is by being with one.. v_v" - status facebook 21.4.2013 episode 18 ada menyentuh persoalan ini Jadi pertamanya, apa agaknya asal usul aku tulis status tersebut? "Sejak zaman sekolah lagi sampai sekarang, aku sedang meng'kaji' (memerhati)  tentang hubungan (bond) sesama manusia merangkumi hubungan kekeluargaan, persahabatan dan termasuk couple sekali pun. Persoalannya, hubungan yang sebagaimanakah paling ideal dan membahagiakan..? Masing-masing juga mempunyai situasi pahit dan manis.. tapi kenapa sebilangan golongan mengutamakan keluarga, ada juga yang melebihkan kawan dan tak kurang juga terdapat orang yang meluangkan masa bersama awek semata-mata.. v_v Jadi baru-baru ni aku berjumpa semula dengan keluarga angkat (2) aku di Sarawak, kebetulan datang ke Semenanjung untuk u

iktibar kisah penjual tembikai

Imej
"Uncle, bila boleh siap motor saya ni?" - tanyaku kepada pemilik kedai motor ni "Aiya, cuba tengok petang ini. Kalau tak pun, mungkin esok pagi ar.." - balasnya.. Tetapi memandangkan aku kerja shif malam, jadi aku tidak datang pada petang itu dan menangguhkannya ke esok hari sahaja. Pada keesokan hari.. "Uncle, dah siap ke motor saya.." "Belum lagi ma, itu kena tunggu petang sikit.." Aku berlalu meninggalkan kedai tersebut sambil fokus kepada kerja yang lebih penting, dan petangnya aku singgah semula di kedai motor tersebut untuk bertanyakan keadaan.. "Uncle, dah siap??" "Belum lagi ma, esok baru boleh siap... " " (APA NI!? SEMALAM KATA BOLEH SIAP SEHARI JE... NI DAH 2 HARI DAH NI!!) "  - ucapan marah dalam diri aku yang aku pendam je, tak berjaya diluahkan "takpe la, nanti saya datang lagi" - kataku sambil berlalu pergi  -Trigger tamat-  Kalau kalian dalam situasi aku, agaknya apa

apabila terserempak anjing..

Imej
sQ33 berkenaan mindset terhadap anjing Ketika pulang dari tempat kerja, aku terserempak dengan seekor anjing di depan pagar rumah aku.. macam dalam gambar diberi --> Memang situasi cemas sekejap juga la, kot-kot anjing ni mengganas dan menggigit aku tiba-tiba . (suatu masa dulu aku pernah mimpi dikejar anjing sampai ke tahap hampir digigit >_<! alhamdulillah aku terjaga pada saat-saat akhir) . Jadi mungkin hasil mimpi tersebut, badan aku memberi tindak balas cemas sedemikian.. Namun, aku bertindak sambil lewa sambil membiarkan saja anjing tersebut tanpa mengganggu atau diganggu. Alhamdulillah takde apa yang berlaku.. Serta merta aku teringat komik yang pernah aku keluarkan dulu di Syifa'ul Qalbi (risalah surau) berkenaan situasi tersebut.. Jom tengok arus-arus fikiran yang berikut; Fokus - isu anjing (rujukan isi entri ni adalah dari sumber berikut --> hukum kenajisan anjing dalam islam )  * warning - kalau aku ada tersilap dalam pemahaman tentang hukum

Jatuh Sakit

Imej
(Nota - Entri ni sempena aku yang tak sihat mutakhir ni. Dan pengisian kali ni adalah copy & paste sepenuhnya dari sumber yang lain..) Baru-baru ni aku dah jatuh sakit. Ada pening sikit, batuk kuat dan sakit tekak. Menyebabkan aku kurang produktif ketika bertugas. Jujurnya memang susah nak berinteraksi dengan pesakit kalau sendiri pun dah jatuh sakit.. Sakit tekak membuatkan aku susah untuk berkomunikasi dengan pelbagai pihak.. Huhu, jadi dalam situasi sedemikian teringat aku akan satu nasihat.. "Sakit itu kafarah dosa" Fokus - ketika Sakit itu.. Pada saat kita sakit ALLAH akan mengirimkan 4 orang malaikat kepada kita: 1. Malaikat pengambil kekuatan Jika kita sakit maka seluruh badan kita akan sakit, lemas dan tak berdaya, semua itu diakibatkan kita kehilangan kekuatan dari tubuh kita. 2. Malaikat Pengambil nafsu makan Jika kita sakit maka nafsu makan kita akan kehilangan nafsu makan, semua makanan tidak ada yang enak, karena nafsu makan kita diambil dari tu

Menangis itu..

Imej
Teringat satu babak yang berlaku ketika sesi belajarku di hospital (UNIMAS SIBU 2009/10) dulu.. Diary mode, let's go ~ "Uwaaaaaaa~" - tangis seorang anak kecil mengerang kesakitan ketika sedang dalam prosedur "Eh adik! Budak laki tak boleh menangis! kena kuat tahan sakit.. " - pujuk seorang kawan sekumpulan aku ketika sedang memerhati prosedur yang sedang dilakukan  "Oh eh? Budak laki tak boleh menangis eh?" - respon aku sejurus lepas mendengar pujukan kawan tersebut "Yalah! Orang perempuan je boleh menangis. Menangis tu kan nampak lemah? " - ujarnya kepadaku

Kembara-2

Imej
"Berjalanlah kamu di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah mencipta manusia daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.."  (Surah Al-Ankabut 29:20) Ketika aku dalam kembara, sukanya aku mengambil kesempatan untuk melawat ke rumah kawan-kawan aku (tentulah aku kena minta izin dulu, kot-kot mereka tak bersedia untuk menerima tetamu ke dsb). Setidaknya sekali pun sudah memadai.. "Kalau boleh, aku nak melawat semua rumah kawan-kawan yang aku kenal" - pernah aku suarakan kepada seorang sahabat ketika posting elektif (2011) Fokus - melawat rumah sahabat Jadi kenapa beriya-iya sangat ni? Pernah aku dipersoalkan mengapa aku nak menyibuk ke rumah mereka. Ada yang jenis bergurau senda menyatakan aku datang untuk menghabiskan beras mereka sahaja. Aku faham hakikat kedatangan tetamu ke rumah menyebabkan tuan rumah akan masak lebih sebagai menghormati tetamu, terutamanya budaya Melayu mem

Kembara

Imej
sumber inspirasi aku ^-^ Antara impian aku sejak kecil lagi ialah mengembara melihat dunia. Keinginan ini semakin diperkuat apabila aku membaca tentang ' Wonders of the World' (buku seperti gambar yang disisipkan) . Betapa dalam dunia ni terdapat tempat-tempat yang menarik dan mempunyai sejarah tersendiri.. Suatu hari nanti, insya-Allah akan aku pergi melihat sendiri tempat-tempat tersebut.. Fokus - kembara Teringat juga akan satu Firman Allah s.w.t dalam AlQuran seperti yang berikut; "Berjalanlah kamu di muka bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah mencipta manusia daripada permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.." (Surah Al-Ankabut 29:20) buku panduan aku ^-^ Berdasarkan ayat tersebut, aku faham bahawa Allah juga menyuruh hamba agar berjalan (mengembara) di atas muka bumi sambil memerhatikan sekeliling tentang kekuasaan Allah. Selain itu, banyak kelebihan yang Allah kurniakan

Cebisan kenangan (Year 4 Elective Posting)

Imej
Secara rawaknya, aku teringat semula ketika program elektif di terengganu Year 4 dulu ^-^! rindu pula saat lama. Fokus - UNIMAS Year 4 Elective de' Ganu (14 Feb - 14 Mac'2011) Watak utama episod ni ada 8 orang (termasuk aku) iaitu 7 orang yang lain itu Ikhwan, Ira, Alia, Ema, Hazira, Atlin, Kam . Ada watak lain dari kumpulan Kelantan dan juga Pahang. Nanti aku sebutkan ^-^ "Secara peribadinya, aku memilih elektif di negeri ni atas dasar kenangan iaitu aku pernah tinggal di Terenganu (spesifiknya Kerteh) ketika sekolah rendah dulu. Kononnya aku berharap dapat melawat tempat lama ^-^! naifnya~" Tempat posting kami berlapan adalah Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di Kuala Terengganu. "Peribadinya aku suka lokasi hospital ni sebab ianya dekat dengan pantai ni. Boleh rasa bayu laut kot, harapnya ^-^! setidaknya lepas kerja boleh ambil angin kejap~ nyaman.. " Kebetulan kami perlu menyiapkan prosedur klinikal O&G (iaitu kena conduct delivery

Stayup lewat vs Bangun awal

Imej
Seperti tajuk yang diberi, kalau anda dalam situasi berikut apakah agaknya pilihan anda ye? Terutamanya ketika sedang meluangkan hari cuti / hari minggu. Nak stay up lewat atau pun tidur awal (untuk bangun awal)? Stayup lewat - Sejak dari sekolah menengah lagi, aku mula cenderung untuk stay up lewat malam dengan tujuan menyiapkan kerja sekolah. Pada masa itu, biasanya aku tidur mendekati pukul 2 pagi. Sering dikhabarkan kalau lewat-lewat malam suasana rasa lebih tenang sikit. Tiada gangguan seperti adanya jadual-jadual lain (eg. kalau siang hari mungkin ada waktu nak tengok siaran tv, makan tengah hari dan sebagainya) Namun, menjelang zaman universiti cabaran tersebut tampak lebih tegar, dengan adanya kemudahan internet (eg. jadi boleh tengok YouTube bila-bila masa selagi ada media yang available)  dan pengangkutan sendiri (eg. tiba-tiba rasa nak keluar makan, boleh je keluar) . Sementara kalau dah stay up lewat ni, bagi aku tentunya susah untuk bangun awal. " Yang tak bestn

Business saving

Imej
"Nak kongsi sesuatu ni; berminat tak kalau nak kembangkan duit simpanan? Ada satu platform ni amat menarik dan menguntungkan, sebab kadar dividennya sangat tinggi iaitu berganda-ganda banyaknya.. kalau berminat boleh la mesej saya.." Demikianlah antara mesej yang aku dapat beberapa hari lalu. Apa respon yang akan diberikan kalau kalian semua dalam situasi tersebut? Rupanya aku diperkenalkan akan satu bentuk simpanan perniagaan yang mana kita menyalurkan modal dengan nilai tertentu, dan aku akan mendapat faedah pada kadar tertentu dengan tempoh masa yang tertentu. Diperihalkan, dalam simpanan perniagaan ini, aku akan mendapat dividen 2% (dari modal yang disalurkan) bagi setiap 10 hari yang berlalu.. Dalam proses timbang tara ini, timbulnya beberapa arus fikiran yang menjadi persoalan kali ni. Jom kita lihat fokus; Fokus A - Fitrah manusia suka mengumpul harta teringat akan satu hadith, Rasulullah s.a.w pernah bersabda; “ Seandainya manusia diberi lembah penuh deng