Catatan

Tunjukkan catatan dari 2012

Bad hair day..

Kali ni kita mulai dengan dalil dulu ye ^-^ dari Al-Quran kalam-ullah: Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata, "Kami beriman", sedangkan mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan) ? Dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian) nyata apa yang diketahui Allah tentang orang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yg diketahuinNya tentang orang-orang yang berdusta. (surah Al-Ankabut 29: 2-3) Demikianlah, nasihat yang aku perlu terus ingatkan kepada diri dari semasa ke semasa. Mungkin ketika menghadapi hari-hari gembira, iman kita akan melonjak tinggi dan bersyukur ke hadrat Ilahi atas segala kurniaanNya.. Namun, ketika menghadapi musibah, itulah antara ujian tahap keimanan kita.. adakah kita akan menjadi orang yang redha akan takdir ketetapanNya. Jom kita lihat beberapa situasi berikut: studi rajin-rajin untuk final exam , tapi akhirnya gagal dan terpaksa mengula

Tagging

Apabila mula bekerja di hospital (lagi-lagi yang baru & asing bagi kita) , tentunya kita perlu tahu tentang selok belok, kedudukan dan protokol hospital. Bagi tujuan tersebut, sistem tagging telah diperkenalkan agar houseman  dan staf baru lain cepat-cepat membiasakan diri dengan sistem hospital. Sistem ni biasanya dijalankan selama lebih kurang 2 minggu, bermula jam 0700 hingga jam 2200 (15 jam semuanya) ^-^! lama kan? Aku kali pertama dengar isitilah tagging ni, asyik terbayang 'name-tag'.. maksudnya kita nak memperkenalkan diri kepada staf di hospital bahawa kita ni staf baru dengan tunjuk muka dengan begitu lama sekali sampai mereka ingat.. Namun, akhirnya aku difahamkan bahawa tagger tu adalah 'tag-along' iaitu kita sebagai houseman kena ikut je pelbagai urusan/ prosedur yang dijalankan oleh medical officer/specialist , namun bezanya sebagai tagger , kita mesti mempunyai inisiatif tersendiri untuk belajar cepat cara-cara/ protokol di hospital tersebut

Transport ke tempat kerja..

Pada hari pertama lapor diri sebagai pegawai perubatan siswazah, banyaknya borang yang perlu diisi.. Gambar passport pun ternyata perlu sedia banyak-banyak (hampir 20 keping semuanya) >_<! Tengah-tengah isi borang tu, akhirnya sampai ke borang berkenaan kenderaan (tiket parking kenderaan yang khas untuk staff, kalau nak perlu isi borang dulu serta bayaran RM10 untuk 2 tahun) . Tentulah aku terima keistimewaan tersebut dan isi borang tapi... "Aku masih belum ada kereta milik sendiri lagi.. sedangkan yang sebelum ni hanyalah dari milikan keluarga.."

[Lagu] Number One for me

Imej
Ok, aku ingin berkongsi lagu pula kali ni.. jom kita dengarkan lagu  Maher Zain - Number One for Me . kat sini aku sertakan lirik sekali agar sama-sama boleh selami mesej yang cuba disampaikan. Maaf entri ni jadi panjang dengan isi lirik lagu je ^-^ enjoy lagu ni ye.. Maher Zain - Number One for Me I was a foolish little child Crazy things I used to do And all the pain I put you through Mama now I’m here for you For all the times I made you cry The days I told you lies Now it’s time for you to rise For all the things you sacrificed Oooh If I could turn back time rewind If I could make it undone I swear that I would I would make it up to you

Live action trigger!

Imej
"HA, TU APAHAL BONET BELAKANG KERETA TU KEMIK TU, RAN??" - tanya ahli keluarga aku (terutamanya si empunya kereta dan bapa aku yang garang) Live action trigger!!  >_<! [Mereka bertanya tentang *kerosakan kereta yang berlaku kesan peristiwa tempoh hari, bagaimana yang patut aku jawab untuk mendapat sambutan terbaik?]  (*kisah tentang kemalangan ni boleh rujuk entri  Sepanjang kursus induksi ) a) jawab dengan jujur dengan menceritakan hal sebenar iaitu salah sendiri b) reka jawapan yang menunjukkan salah orang lain c) berdiam diri sahaja tanpa memberi jawapan d) mengalih topik perbualan dan fikirkan cara agar tak lagi ditanya soalan tersebut..

Angry Bird [Smartphone]

Imej
Haha, entri ni pasal game .. Tentunya aku turut main game di handphone ( smartphone ) sebagai salah satu hobi aku. Namun begitu, takde la sekerap main  game di konsol yang lain. Sebab aku telah mindset agar jimat bateri handphone untuk masa-masa yang memerlukan.. watak utama Angry Bird Bagi media handphone , tentulah banyak juga game menarik yang terdapat di Market (istilah terkini "Google Play "), tapi game yang mesti ada dalam handphone aku adalah dari siri Angry Birds ^-^ game ni adalah dari kategori action/puzzle sikit.. Tema asal game ni adalah berkisar tentang sekumpulan burung yang marah kepada sekumpulan babi hijau yang mencuri telur-telur mereka, lalu mereka bertindak menyerang penempatan mereka.. Game ni ada juga dari tema yang lain, iaitu Angry Birds:Seasons, Angry Bird Rio, Angry Birds Space dan yang terbaru adalah Angry Birds Star Wars .. antara semua sirinya, aku tetap suka siri Rio yang mana jalan cerita mempunyai konsep yang sama tapi diu

Sepanjang kursus induksi..

Dah 4 hari sejak entri yang lalu, banyak pula persoalan yang datang menyelubungi diri.. Disebabkan pendirian aku hanya post entri sehari sekali    maka entri kali ni hanyalah sekadar ringkasan tentang sebilangan Arus Fikiran yang timbul sepanjang kursus induksi yang berlangsung pada 18-21 Disember 2012.. Fokus A - epilog cabaran memandu (sambungan dari entri lalu, sila rujuk Cabaran untuk memandu  untuk penjelasan lanjut) Nak tak nak, akhirnya aku 'terpaksa' menyahut cabaran memandu ke Melaka ni >_<! Alhamdulillah perjalanan pergi tiada berlaku apa-apa masalah pun. Bahkan, sedikit sebanyak telah menambah keyakinan aku untuk memandu lagi pada masa akan datang ^-^ Yosh~ "See? it's not that bad after all ^-^ you can accomplish almost anything if you put your mind into it.." Berbekalkan keyakinan diri yang semakin membina, malah aku cuba membantu kawan-kawan aku dengan menghantar mereka ke beberapa destinasi ketika perjalanan pulang (selepas habis kursus

Cabaran untuk memandu..

Imej
destinasi kali ni >_<! Oh ya, kursus induksi aku akan diadakan di Melaka. Kebetulan pula, ibu bapa aku dah merancang nak balik kampung. Maka ni kali pertama aku bersendirian memandu ke destinasi yang ditetapkan >_<! "Great! This is just interesting~" Fokus - berkenaan pengangkutan ni.. Aku kena jujur la kat sini.. Aku bersifat tak yakin sikit apabila melibatkan pengangkutan persendirian (terutamanya memandu kereta) . Sure, aku ada lesen competent bagi motosikal dan kereta. Namun, tugas memandu biasanya diserahkan kepada ahli keluarga aku yang lain.. Dalam bidang tugas ni, boleh kata aku hanya sebagai last resort (kononnya bila dah takde orang lain sangat yang boleh bawa kereta) .. Kenapa aku tak yakin? Berikut antara alasan yang boleh aku hujahkan: Skill memandu aku hanya bertahap basic. Lagi pula, masih belum cukup praktis agar diperbaik.. Roadmap aku sangat terhad, memandangkan aku lebih kepada seorang penumpang maka tentang peta jalan ni aku tak da

sebelum induksi..

Imej
Sempena perasaan aku yang bercampur-baur sebelum pergi ke kursus induksi pegawai perubatan yang akan diadakan di Melaka pada esok (*18 Disember 2012). *memandangkan aku akan jauh dari internet stabil rumah, maka blog ni akan terbiar buat sementara waktu ^-^! ada je mobile network , tapi malas nak taip kat handphone . . Apa-apa-pun, pertamanya aku imbau semula peristiwa yang berkaitan.. here goes diary mode   ( flashback ni bersifat sayu sikit): --------------------------------------------- flashback  mula!!---------------------------------------------- 12 Oktober 2012 hari keputusan FSE 2012 ^-^ semua tampak gembira Hari ni keputusan diumumkan. Alhamdulillah, aku dan kawan-kawan akhirnya lulus peperiksaan akhir (supplementary) dan telah menamatkan sesi pengajian bidang perubatan selama 5.5 tahun di UNIMAS , Sarawak. Tentulah, gembira memang gembira dah habis belajar perubatan. " 12.10 being among the most sad day & happy day separately in my history.. apa-apa pu

Hobi kanak-kanak aku..

Imej
dengan latar belakang model lego bandar ^-^ menariknya Semasa berjalan-jalan dengan kawan UNIMAS (bekas) di Bangsar village hari ni, aku tertarik dengan pameran LEGO yang dipamerkan di ruang perkarangan. Serta-merta mengingatkan aku tentang hobi aku suatu masa dahulu.. Fokus - aku tetap suka LEGO Apa dia LEGO ni? Untuk pengetahuan, (definisi sendiri) LEGO ini adalah satu permainan fizikal yang mana kita perlu membina model rumah atau kenderaan  (biasanya seperti ilustrasi yang diberi) dengan kepingan-kepingan kecil yang disediakan dalam set pembelian. Menariknya, permainan LEGO ni memupuk daya kreativiti seseorang melalui daya cipta seseorang (iaitu dia tak semestinya perlu mengikut panduan yang diberikan untuk membina sesuatu). Maksudnya, seseorang boleh mencipta model mengikut gaya kreatif tersendiri. Jadi terpulanglah kepada seseorang untuk membina model  rumah/kereta mengikut imaginasi dan kreativiti masing-masing.

Duit syiling gunanya..

Imej
Hari ni aku keluar ke bandar menggunakan tren. Dah lama nampaknya aku tak menggunakan kemudahan ni. Ternyata ada perubahan yang nyata yang aku tak tahu sejak sekian lama.. Kalau dulu, di Kuala Lumpur ni ada pelbagai jenis sistem tren iaitu STAR, PUTRA , monorel, komuter, KLIA monorel dan KLIA ekspress . (kalau sistem berlainan, maka pembelian tiket masing-masing adalah mengikut cara tersendiri la) . Tapi kali STAR, PUTRA dan monorel telah diintegrasikan di bawah satu sistem yang sama yang dikenali sebagai RapidKL . Maksudnya, tiga-tiga jenis sistem tren kali ni berkongsi satu tiket (sekarang ni guna istilah 'token' lebih tepat sebab bentuknya memang macam token main game arcade ) yang sama.. Dan pembelian tiket (token) ni hanya boleh dilakukan melalui mesin kiosk sahaja. Takde kaunter penjualan token ni pun kecuali situasi darurat iaitu kalau berlakunya kerosakan mesin yang berleluasa.. Disebabkan nak guna mesin ni struggle juga terutamanya ketika nak memasukkan wang k

Belanja sakan?!

Oh ya, dah bulan disember >_<! biasanya bulan ni memang banyak belanja sakan membeli-belah di pasaraya.. Bagi mengelakkan terlalu belanja lebih ( spending spree ) , maka ada beberapa garis panduan yang telah aku reka dan rancang untuk ikut.. Jom tengok dua fokus yang berikut.. (dalam entri ni aku buat fokus A je la, sementara fokus B lain kali dalam entri yang lain ^-^! maaf, maaf..) Fokus A - teori (sendiri tentang) perbelanjaan berbaloi Ketika dalam situasi membeli-belah suatu barangan (eg. handphone, kasut sukan, beg dll) yang memakan belanja agak besar, aku ni bukanlah jenis yang akan beli yang paling murah, bukan juga beli yang paling mahal.. Biasanya aku hanya memilih barangan yang sederhana harganya tapi berkualiti baik.. Sebenarnya, aku takde la berkira sangat tentang harga sesuatu barang tersebut lantaran aku mempunyai pelan  pengurusan kewangan  tersendiri, jadi biasanya aku tak bermasalah kalau sekali sekala berbelanja sakan ^-^! Jadi untuk lebih menyenangkan hati

kalau makan luar (siri 3)

Imej
"Syed, McD jom??" - ajak seorang sahabat pada suatu masa dahulu "Erm, takpe kot. Sorry.."  "Oh, boikot eh..? takpe la kalau macam tu.." " (Boikot itu antara usaha aku juga, tapi berkenaan fastfood ni). ........."  Fokus *6 - fast food Beraneka fast food dah sekarang ni (nombor ni adalah sambungan dari entri lalu) "I'm not really into eating.." Demikianlah penjelasan aku lagi. Secara jujur, pada asalnya memang aku tak berapa berminat perihal kepelbagaian makanan ni dan lagi pula kalau fast food . Walau aku tinggal di dalam kawasan bandaraya KL-Ampang sekali pun, aku tak berapa arif tentang makanan yang sedap-sedap. Dan walaupun pelbagai restoran yang bertaraf antarabangsa (eg. Carls Jr., Wendy, McD, Coffee Bean, StarBuck dll) , pilihan aku terhadap restoran untuk mengisi perut adalah terhad dalam masakan tempatan. Selalunya la ^-^! Kebarangkalian untuk aku makan fast food sepanjang tahun paling banyak pun 24/365

Warna

Imej
"Apa warna kegemaran kamu?" Demikianlah antara soalan yang pernah diajukan sepanjang kita menjalani kehidupan ni, baik ketika sekolah mahu pun universiti sekali. Pastinya setiap orang mempunyai warna kegemaran masing-masing.. Dari dulu lagi aku sering berubah-ubah jawapan aku disebabkan sifat tak konsisten aku tentang warna ni. Mulanya kata Biru , lepas tu Hijau , lepas tu Merah .. Macam-macam pula.. Namun, akhirnya aku dah jumpa dan set up warna kegemaran aku yang tersendiri.. warna coklat dan beberapa variasinya.. " Coklat " Ternyata aku paling selesa dengan warna ni. Aku berpendapat warna ni adalah warna ketiga (selepas hitam/ putih) yang boleh disuaikan dengan warna-warna lain..  Hal ini biasanya berkait dengan pakaian harian la iaitu kita cuba untuk matching warna yang sesuai antara baju dan seluar.. Jadi aku nampak, warna coklat (atau variasinya) ni boleh je masuk dengan mana-mana warna lain. Menurut wikipedia , warna coklat ni adalah warna

Kasih Ayah

Imej
Aku tertarik kepada satu perkongsian yang baru je berlaku pada hari (tarikh entri) ni di laman sosial facebook .. Maka aku ingin kongsikan semula dalam blog aku ni. Harap-harap diizinkan oleh pengkarya asal v_v here goes : tentang kasih seorang ayah terhadap anaknya Secara jujurnya, aku sendiri mempunyai konflik dengan si ayah seperti contoh gambar yang diberi. Lagi pula kami dipisahkan melalui sempadan geografi yang berbeza, iaitu aku menjalani kehidupan di asrama sejak tingkatan satu lagi. Boleh kata sangat kurangnya masa berkualiti antara aku dan ayah. Kesannya sedih untuk diperkatakan, tapi hakikatnya aku tak rapat dengan ayah. Namun sejak aku menjalani kehidupan sendirian (berpisah dari keluarga asal hampir sepanjang masa) , aku perhatikan keluarga yang lain (eg. kawan-kawan, keluarga angkat) serta aku cuba bertindak empati terhadap perasaan ayah aku sendiri (untuk fikirkan kenapa dia bertindak sedemikian, begini dan begitu) .. dan akhirnya kesimpulan yang aku dapat ial

[Lagu] Barak-Allahu Lakuma

Imej
Bulan disember ni banyak pula jemputan ke walimatul urus (kenduri kahwin) kawan-kawan. Sempena peristiwa gembira kawan-kawan ni, aku nak kongsikan satu lagu yang kena dengan mereka. jom dengar lagu Maher Zain - Barakallahu lakuma (ada lirik sekali). Aku tak lama juga diperkenalkan dengan lagu ni.. ada la dalam sebulan sejak pendedahan pertama..  dan baru hari (tarikh entri) ni aku belajar tentang significant lagu ni.. Apa-apa pun, best juga lagu ni bila dah dengar banyak kali~ Ok, jom ke bahagian fokus hari ni.. Fokus - hari gembira buat semua ^-^ Melihatkan ekspresi muka kawan aku (Redzuan SEGAMBUT ) yang berkahwin hari ni, tampak gembira bersama pasangannya. Aku sedia maklum, majlis perkahwinan adalah peristiwa gembira buat diri seseorang, dan juga bagi keluarga kedua-dua pihak.. "Mengingatkan aku pada keluarga angkat pertama aku di Sarawak ketika majlis perkahwinan, si bapa angkat tersangat gembira sehingga menangis serta-merta. Begitu juga ketika Abang Ngah

kalau makan luar (siri 2)..

(note - ni adalah kesinambungan dari entri  kalau makan luar  siri pertama. Sebabnya terlupa pula tentang beberapa fokus yang lain..Takpe, hari ni kita tengok satu lagi fokus) Waktu rehat (ketika bekerja) aku pun pergi la ke kantin staff dengan kawan-kawan kerja lalu memesan makanan. Menu aku macam biasa la ^-^! bila tiba masanya untuk makan.. "eh, kau tak pakai sudu ke makan ni? ", tanya seorang kawan Fokus *5 - makan dengan tangan (kanan) *nombor ini adalah sambungan dari entri yang berkaitan Sukanya aku makan makanan dengan tangan berbanding dengan garpu dan sudu dan lain-lain. Kebarangkaliannya lebih kurang 90% aku akan makan guna tangan. Beberapa situasi yang membuatkan aku pasti makan dengan tangan: set makanan nasi berlauk campur adanya kemudahan membasuh tangan yang memuaskan (eg. sinki untuk pelanggan) (kalau pesan masakan panas) , menu nasi Sama juga, ada beberapa situasi membuatkan aku guna garpu dan sudu: masa sarapan  menu makan adalah bukan nas

istilah "Legend"

Imej
Ketika menjalani kehidupan di universiti, aku sering menggunakan panggilan Legend terhadap kawan-kawan seperjuangan aku. Biasanya kawan-kawan menganggap panggilan tersebut hanyalah sekadar gurau senda yang tidak berasas semata-mata. Sebabnya panggilan ni saling berbalas, iaitu aku panggil seorang ni Legend lepas tu dia pula balas panggil aku Legend . Adakalanya situasi ni membuatkan timbul persoalan tentang asal usul penggunaan panggilan ini.. "Kenapa korang panggil dia (Syed) "Legend" ? Apa la yang legend sangat si Syed tu? Tak faham aku.." Kalau tanya semua kawan-kawan yang terlibat dalam gurauan ni, macam-macam la andaian (jawapan) masing-masing. Antaranya yang dapat aku ingat: "Sebab dia hebat!" (tanpa menghuraikan sebarang contoh) "Sebab dia pandai, dalam kelas selalu dapat jawab soalan lecturer" (<-- ni tak betul ^-^ aku mana la terror mana.. ) "Sebab dia ninja, siap 'terbang-terbang' lagi.."  "Sebab

Rutin asrama yang ingin aku kekalkan..

Imej
Dari istilah asrama ni merujuk kepada kehidupan aku semasa bersekolah dulu, mencakupi kedua-dua sekolah aku (SMK Segambut Jaya, 2001-2003 dan  SBPI Rawang, 2004-2005) yang mana adanya peraturan yang perlu diikuti (Sementara ketika di matrikulasi dan universiti, pelajar lebih bebas untuk melakukan aktiviti masing-masing). Aku percaya kebanyakan kawan-kawan aku lebih sukakan kehidupan yang bebas, boleh buat apa saja di luar waktu pembelajaran (eg. nak tidur, jalan-jalan dll) . Dan tentulah, aku pun seronok dapat meluangkan masa dengan aktiviti kegemaran sendiri (main game, layari internet) bila berkesempatan. Namun, bila diimbau semula, rupanya kehidupan aku yang lalu adalah lebih baik (dari aspek meluangkan masa lapang secara bermanfaat). Oleh itu, perlunya aku cedok semula beberapa unsur dari sistem sekolah asrama dalam kehidupan aku dewasa ni.. Focus 1 - bacaan Asma'ul Husna  ( اسماء الحسنى ) SMKSJ dulu, sebelum ke sekolah, para pelajar akan beratur dulu di dewan terbuka

Nilai kekeluargaan..

Ketika belajar di universiti dulu, aku mempunyai 2 buah keluarga angkat. Keluarga angkat ni terjalin secara rasminya melalui program anak angkat anjuran universiti sebagai sebahagian dari kurikulum bidang perubatan. Walaupun program tu hanya berlangsung selama 2 tahun, namun aku memilih untuk terus berhubung dengan keluarga ni (sekadar melawat secara bulanan) Keluarga angkat kedua ini terbentuk secara tidak rasmi, kerana interaksi awal antara kami lebih kepada satu urusan kerja. Namun, setelah kenal beberapa lama tanpa sedar aku didapati telah rapat dengan ahli keluarga tersebut. Banyak aktiviti keluarga yang aku turut serta ^-^! (jujurnya aku rasa tak best pula bila fikir dah ganggu privacy keluarga orang..) Demikianlah sedikit sebanyak tentang keluarga angkat aku sepanjang aku mengaji di UNIMAS . Secara jujurnya aku menjelaskan, setiap satu keluarga yang aku ada (termasuk keluarga kandung aku sendiri) mempunyai latar belakang & cara hidup yang nyata berbeza. Menariknya, a

Dissidia 012 [PSP]

Imej
Square Enix telah terbitkan satu kumpulan game bergenre Action- RPG dengan menghimpunkan semua watak utama (pihak baik & jahat) dari siri utama game Final Fantasy dalam satu dunia berbeza (B)  (dunia A adalah dunia asal kisah game masing masing-masing, jadi dunia B adalah dunia baru yang asing bagi mereka ), game tersebut dinamakan Dissidia Final Fantasy . Game terbitan kali pertama ini mencakupi Siri FFI - FFX sahaja. Diperihalkan semua watak utama (10 pihak baik FFI - FFX) ini terpanggil ke dunia B oleh Cosmos untuk bertempur dengan Chaos yang turut sama memanggil paksa watak utama (10 orang jahat FFI - FFX) . Pada pengakhiran perang, Cosmos di ambang kekalahan, maka bergantung kepada watak utama untuk cari kristal masing-masing untuk selamatkan keadaan. Maka game berpecah kepada 10 bahagian/episod awal  (setiap satunya diwakili oleh watak utama siri FFI - FFX) . Setiap watak akan berinteraksi satu sama lain (ada yang berkumpulan, ada yang berpisah jalan) , masin

Eye contact

Imej
"Betul ke kau nak berhenti kerja ni, Syed?" tanya rakan sekerjaku, A "Betul" , jawabku ringkas sambil menyusun barang di rak "Betul la, dia dah nak kerja doktor dah lepas ni.." , celah kawanku si B "Eh, betul ke kau ni belajar doktor, Syed?" , tanya si A lagi "Ha'ah" , jawabku lagi sambil buat kerja   "Eh, kau cuba cakap lagi sekali sambil tengok mata aku . Betul ke kau ni jadi doktor?" , tanya A "Betul.." Demikianlah adegan yang berlaku hari ni. Serta-merta membuatkan aku ingin tulis dalam entri hari ni (minggu lalu pun ada trigger yang sama tapi babak lain, tapi last-last lupa pula. Kali ni tak lagi..) Here goes : Focus - poor eye contact?! Umumnya, Eye contact tu berlaku apabila mata (satu pihak) bertentang dengan mata (pihak lain) dalam sesuatu komunikasi. Ia berperanan penting demi mencapai komunikasi berkesan antara dua pihak, iaitu salah satu pihak lebih dapat menangkap idea/isi ya

Animasi M'sia (1)

Imej
Hari ni aku bekerja di bahagian Power Aisle 2 pula iaitu bahagian barang-barang kategori Promosi Hebat. Dalam 2 minggu ni Tesco buat promosi BTS (Back to School), iaitu jualan melibatkan barangan persekolahan seperti alat tulis, beg, buku-buku latihan dan sebagainya.. Sedang aku dan rakan sekerja menolak roller cage untuk pengisian stok barangan, aku tertarik perhatian kepada; "Abah, beg Boboiboy! Nak beli, nak beli~" kata seorang si anak pelanggan sambil menunjuk ke barangan yang dibawa olehku. Selang beberapa ketika, banyak lagi budak-budak yang begitu excited tengok barangan Boboiboy ni ^-^ Popular sungguh Boboiboy ni rupanya.. Fokus - Boboiboy Secara jujurnya aku pun minat Boboiboy ni dan selalu tak lepas nak tonton Boboiboy di TV3 tiap-tiap hari Ahad pukul 7.00 malam (terutamanya kalau episod baru) . Boboiboy ni cerita pasal apa ya? Bagi yang tak tahu, secara ringkasnya: logo rasmi Boboiboy "Siri Boboiboy mengisahkan makhluk asing yang ingin menakl

Kini aku dan matematik..

Imej
Di pasaraya, aku meneliti barang groceries yang ingin dibeli.. Sambil-sambil tu aku sekali imbas label harga yang tertera berhampiran dengan barang yang relevan.. Daging burger (RM5.90), Susu rendah lemak (RM5.10), Pisang (RM6.29), Oren (RM2.69), Telur x10 (RM3.70), Perencah nasi goreng adabi (RM1.20x3). Eh, alang-alang beli barang ni, tumpang beli coklat sikit (Coklat Zip RM1.90). Ok, masa untuk membayar semua barangan ini.. Challenge! --> sebelum mesin kira tu menunjukkan jumlah yang perlu dibayar, aku perlu congak semua harga tersebut dan bandingkan jawapan aku dengan mesin kira tu.. Sama atau tak? Challenge no.2 --> ketika membayar (terutamanya duit besar) , congak baki yang bakal diterima sebelum mesin kira beritahu jawapannya.. Focus - saki-baki cabaran matematik buatku  Wanted! (episod 54) tentang matematik "Suatu hari nanti, aku nak jadi raja matematik" - impian naif ketika budak sekolah Suatu masa dulu, aku mempunyai impian untuk menguasai bidan

Maksud nama..

Imej
Sekali lagi aku mendapati bahawa maksud tersirat di sebalik nama aku terserlah ketika menjalani kehidupan seharian. Apa yang berlaku kali ni ialah aku menunggang skuter dengan lampu yang malap serta signal yang tak berfungsi. Jadi dah malam-malam ni kalau di jalan raya yang sibuk kena la super berhati-hati sikit >_<! Alhamdulillah, sebab aku selamat mengharunginya dan tulis entri ni.. Fokus - Nama itu suatu doa.. Untuk pengetahuan semua, Hazran itu adalah dari kata dasar Ha-dza-ro ( حذر  ) iaitu perkataan arab yang bererti " berhati-hati ". Mungkin ada maksud yang lain, tapi setakat ini, aku diberitahu bahawa begitulah maksud nama aku. Sementara Syed pula adalah dari ejaan sin-ya'-dal ( سيد ) yang membawa maksud "tuan (ketua) ". Jadi kalau frasa nama "Syed Hazran" bermakna "ketua+berhati-hati". Sepanjang usia aku sampai sekarang, aku perasan betapa maksud nama aku ni begitu menyerlah. Pelbagai tindakan aku disertai dengan sifat

Jangan kalah kepada si kecil..

Imej
Hari ni ayah buat majlis doa selamat di rumah, maka diajaknya semula ahli keluarga nukleus (iaitu kami adik-beradik) agar berkumpul membawa keluarga masing-masing. Jadilah keluarga extended yang berkumpul pada malam ni. Dah lama tak jumpa semua sekali gus, banyak perkembangan berlaku terutamanya pada si anak buah aku ni.. Azalea dan Zikri berusia setahun Fokus - walau si kecil pun, mereka juga sedang belajar.. Ketika mengharungi kehidupan yang penuh dugaan dan cabaran ni, adakalanya pernah terlintas dalam fikiran untuk menyerah kalah dan inginkan kehidupan seperti bayi.. "Kan best kalau dapat kembali jadi baby. Kerjanya makan dan tidur je sepanjang hari.." - random thought Tapi bila melihatkan anak buah aku yang kian membesar ni, aku dapati bahawa pemikiran tersebut dah salah. Rupanya realiti selalu tak seperti yang dijangka (Allahu Akbar). . Pada mata orang dewasa, tentulah kita hanya nampak si kecil ni hanya makan dan tidur sedangkan kita yang dewasa ni terpak

Pengurusan kewangan

Imej
Alhamdulillah ^-^ yeah , buat kali pertamanya aku dapat gaji sejak bekerja (kali pertama juga) sepanjang aku hidup sampai sekarang. Walaupun jumlah gaji tak seberapa sangat la kalau nak dibandingkan dengan gaji kerja-kerja yang hebat, namun pengalaman 'dapat gaji' tu sudah cukup menarik bagi pendapat aku ^-^ "first experience is always intriguing..." - Syed (Wanted! episode 26) Ok, jom tengok fokus untuk entri ni.. focus - rancangan pengurusan kewangan carta aliran pengurusan kewangan Sejak zaman universiti lagi aku dah membentuk satu sistem pengurusan kewangan agar tak terlalu boros sehingga habis duit untuk masa-masa genting nanti. Ringkasnya, jom tengok carta aliran yang disisipkan sekali.. Jadi sebarang bentuk pendapatan sama ada hasil titik peluh kerja atau pun daripada ibu bapa, aku telah menggariskan panduan menguruskan wang tersebut. Biasanya aku akan bahagikan kepada simpanan jangka panjang dan jangka pendek. Untuk simpanan jangka panjang (sila

Aku suka doraemon..

Imej
gambar hiasan dari Doraemon movie 2007 Untuk makluman semua, aku ni suka baca komik jepun (aka manga) , dan dalam banyak-banyak manga, komik Doraemon antara kegemaran aku dulu dan kini ^-^ sedikit intisari tentang Doraemon ni; "Doraemon ni mengisahkan sebuah robot kucing yang kembali ke masa silam untuk membantu seorang budak yang bermasalah bernama Nobi Nobita memperbaik kehidupannya agar masa hadapan keturunan Nobita ni lebih baik. Komik ni juga turut memaparkan kisah-kisah yang melibatkan kawan karib Nobita iaitu Shizuka, Suneo, dan Giant. Adakalanya adik Doraemon, Dorami juga turut muncul menceriakan suasana kehidupan seharian mereka.."  Mungkin ada yang mempersoalkan kenapa aku suka sangat Doraemon ni walaupun dah meningkat usia.. "Doraemon ni untuk budak-budak la. Mengarut je cerita dia. Baik kau baca cerita novel/ fiksyen, membina minda sikit.." - antara komen daripada generasi X

Adik angkat...

Imej
Kalau berdasarkan entri lalu, mungkin ada yang dapat idea bahawa aku ni kira berkawan dengan budak-budak (dengan kata lainnya ada  adik angkat ) . Perihal adik angkat ni aku ada sejarahnya yang sudah bertahun lamanya. Pada asalnya aku memang tak pernah jangka bahawa aku selesa ber kawan dengan junior atau yang muda-muda ni. (note - istilah kawan dalam ayat tadi merujuk kepada orang luar, iaitu mereka yang tak pernah ada ikatan persaudaraan dengan kita secara langsung. Jadi maksudnya kalau saudara/ sepupu yang berbeza umur tu tak apply dalam pendirian ni) wujudnya perasaan seniority tu datang dalam diri aku bila adanya perbezaan umur. Dan yang tak best nya, ni pun turut apply pada kawan-kawan yang lompat PTS   (pernilaian tahap satu) juga. "entah, pada suatu sudut aku berasa bahawa mereka ni budget hebat sebab menganggap kita macam kawan biasa (tak hormat). Tak suka betul aku bila fikirkan kemungkinan ni" - ego tahun 2002 

Mendidik anak kecil

Imej
Ketika sedang bekerja, aku melihat pelbagai keluarga datang membeli-belah sambil membawa anak masing-masing ^-^ aku memang boleh faham; tujuan asalnya tentulah para ibu bapa ingin menikmati suasana bersama anak-anak (misalnya membelikan mainan kegemaran mereka atau menunjukkan kepada mereka tentang kepelbagaian benda-benda) . Aku sebagai orang luar yang melihat keluarga-keluarga ni pun turut berasa seronok.. (note - agar tak salah faham, dalam entri ni aku merujuk anak kecil kepada kanak-kanak dalam lingkungan 3-12 tahun, iaitu mereka yang sekurang-kurangnya dah mula mempunyai kemahuan sendiri tapi masih belum matang) Namun, masalah berlaku bila si anak kecil ni mula buat perangai di tempat awam terutamanya apabila kemahuan mereka tak dituruti. Ada yang menangis kuat-kuat, ada yang bergaduh, ada yang berebut sesama adik-beradik. Serta-merta aku diingatkan tentang satu pepatah Melayu; " Sayangkan anak tangan-tangankan , sayangkan isteri tinggal-tinggalkan"

Sejak tahun 2001 lagi...

Dah lama terlintas dalam fikiran tentang entri ni, cuma tak tau bila lagi masa yang sesuai untuk tulis (sebab tak ada trigger event pun) .. all right, here goes : Sejak tahun 2001, lagi aku dah lama meluangkan masa di luar rumah (sekolah asrama) kebanyakan hari sepanjang tahun. Walaupun adanya cuti akhir tahun persekolahan selama hampir dua bulan lebih setiap tahun, namun aku tetap berasa asing tinggal di rumah sendiri sehingga la kini ^-^! Mana kan tidaknya, ketika di luar sana (asrama) punya la bersusah-payah untuk berdikari sendiri.. masak sendiri, basuh baju sendiri.. bila di rumah je, makan dan pakai itu lebih diuruskan oleh ibu bapa.. "Walaupun masih ada niat nak berdikari di rumah, namun aku yang biasa ni tetap berasa nak berehat juga." ^-^! Lagi pula, masa lapang cuti itu digunakan untuk keluar ke bandar, jumpa kawan dan jalan-jalan.. Manalah ada masa nak luangkankan masa di rumah. Maka akhirnya jadilah diri aku yang tak tahu mana letaknya gula/ mancis api

Decisions, decisions..

Imej
Teringat aku tentang satu poem yang dipelajari ketika tingkatan 4 (2004) dulu. Jom kita teliti semula poem tersebut, yang dikarang oleh Robert Frost (aku copy & paste poem ni dari internet je, aku tak ingat secara tepat, namun aku tetap belajar sesuatu darinya) ; buku sekolah zaman aku dulu ^-^ siapa ingat lagi buku ni? The Road Not Taken Two roads diverged in a yellow wood And sorry i could not travel both And be one traveler, long i stood And looked down one as far as i could To where it bent in the undergrowth Then took the other, as just as fair And having perhaps the better claim Because it was grassy and wanter wear Though as for the passing there Had worn them really about the same

kalau makan luar..

Imej
menu (gambar hiasan je) ^-^ Trigger for this entry Macam biasa, bila sampai masa makan, aku pergi la ke kedai makan (sebab malas nak masak) "Bang, menu ada tak?", tanyaku kepada pelayan kedai makan.. Bila dah dapat menu, aku teliti senarai masakan panas yang ada. Dan akhirnya.. "Bang, saya nak nasi goreng biasa la ye.." "Hek eleh, tengok menu gaya macam nak order special je. Tak payah menu pun boleh order" - (komen secara rawak yang pernah diterima) Baik, adegan tamat. Jom kita teruskan dengan fokus hari ni.. Focus 1 - tujuan menu (bagi pendapat aku) Kebanyakan orang menganggap menu tu hanyalah untuk menetap makanan yang ingin di- order semata-mata. Tapi aku (dengan prinsip pelbagai matlamat) ada beberapa tujuan melihat menu;

Berdikari!

Imej
Huh, penatnya menjalani kehidupan seharian.. >_<! Lagi-lagi sejak tinggal di rumah sendirian (ibu bapa keluar berjalan-jalan di tempat orang selama beberapa hari) , banyak perkara perlu diuruskan sendiri. Makan, pakaian, jaga rumah dan macam-macam lagi aktiviti di rumah.. Alhamdulillah ^-^ Pada tahap ni, aku mampu berdikari iaitu melakukan kerja/ rutin tanpa mengharapkan bantuan orang lain. Tapi agaknya bilakah permulaan bagi aku hidup berdikari ni..?? Cabaran pertama di SMKSJ 2001-2003 Kalau difikirkan semula, segalanya bermula sejak aku sekolah berasrama ketika tingkatan satu dulu. Dah la baru je lepas pindah dari Kerteh, Terengganu. Lepas tu, terus masuk sekolah asrama pula >_<! maka di sinilah titik permulaan kehidupan aku secara berdikari. Semua perkara kena belajar urus sendiri (eg. menggosok baju sekolah, basuh baju, makan 'stok' secara berkala, soal perbelanjaan dll) Selain itu juga, kehidupan di asrama ni ada jadual tersendiri: kena bangun awal da

Multi-objective!

Entah sejak bila, sebelum aku tekad untuk melakukan sesuatu, aku akan pastikan adanya matlamat pelbagai ( multiple objective ) v_v jom teliti trigger untuk entri kali ni.. Trigger for this entry Sejak tamat pengajian di UNIMAS pada Oktober 2012, aku perlu menunggu surat perlantikan jawatan doktor perubatan serta surat panggilan induksi untuk memulakan kerja rasmi doktor (tentulah, adanya beberapa borang yang perlu diisi dan perkara yang perlu diselesaikan) . Diperihalkan surat ni tidak diketahui bila sampainya. Ada ura-ura menyatakan lebih kurang 2 bulan lebih sebelum langkah seterusnya. Jadi, sementara menunggu tu, aku memilih untuk bekerja sementara. Ada pihak yang berbahas; "Kenapa susah-susah nak kerja? nanti bila dah start kerja doktor, kau dah tak ada masa relax lagi dah.." (antara isi/ idea yang cuba dibahaskan)

Abang Ngah

Imej
Pada hari (tarikh) ni, buat pertama kali sejak sekian lama, aku main badminton berempat dengan semua adik-beradik aku. Dulu selalu main pun masa kecik-kecik, di bawah ajakan ayah. Menariknya, sukan badminton ni boleh menyatukan semula kami adik-beradik walaupun masing-masing mempunyai haluan tersendiri (eg. berkeluarga sendiri, jadual kerja yang berbeza) Focus - another wonderful brother, for sure! ^-^ Tak semena-mena aku berniat untuk memerihalkan lagi seorang abang kandung aku; Wanted! (Zero memory) ada pasal abang Ngah " Abang Ngah ni abang sulung aku, berumur 5 tahun lebih tua. Sangat pandai melukis (aku suka melukis pun sebab aku tengok dia hebat dan dia pernah lukiskan untuk aku) . Pada zaman kanak-kanak kami dulu, disebabkan perbezaan umur yang sangat ketara, Abang Ngah sangat tegas dengan aku jadi aku pun tak rapat sangat dengannya (takut >_<!) . yang aku tahu daripada Abang Chik, katanya Abang Ngah ni pandai juga. Dia pun aktif sukan basketball serta tah

Hobi di meja tulis

Imej
comic in the making.. Bagi kawan-kawan yang mengenali diri ni, rasanya ramai sedia maklum bahawa aku suka melukis. Tapi takde la pandai melukis sangat, dan lagi pula lukisan aku lebih kepada bentuk kartun/komik (bukan lukisan potrait/ asal yang realistik) .. Aku menganggap melukis ni sebagai " hobi di meja tulis " je untuk mengisi masa lapang. Adakalanya aku melukis untuk menangani stress belajar / bekerja.. "Dan pada kala stres tu la banyak pula idea datang.." ^-^ Tapi, insya-allah aku akan jadikan melukis ni sebagai hobi terkawal, yang mana ada perkara-perkara penting dalam hidup ni yang akan diberikan lebih perhatian (maksudnya tak begitu obses sangat dengan asyik melukis je) .. Alang-alang dah selalu melukis, takkan la hanya lukis-lukis satu scene sahaja. Maka aku selalu tergerak untuk hubungkan lukisan-lukisan tersebut menjadi satu cerita maka terjadilah komik. Setakat  ni, memang banyak percubaan komik yang telah dilakukan, tapi semuanya tergantun