Angry Bird [Smartphone]

Haha, entri ni pasal game.. Tentunya aku turut main game di handphone (smartphone) sebagai salah satu hobi aku. Namun begitu, takde la sekerap main game di konsol yang lain. Sebab aku telah mindset agar jimat bateri handphone untuk masa-masa yang memerlukan..

watak utama Angry Bird
Bagi media handphone, tentulah banyak juga game menarik yang terdapat di Market (istilah terkini "Google Play"), tapi game yang mesti ada dalam handphone aku adalah dari siri Angry Birds ^-^ game ni adalah dari kategori action/puzzle sikit..

Tema asal game ni adalah berkisar tentang sekumpulan burung yang marah kepada sekumpulan babi hijau yang mencuri telur-telur mereka, lalu mereka bertindak menyerang penempatan mereka..

Game ni ada juga dari tema yang lain, iaitu Angry Birds:Seasons, Angry Bird Rio, Angry Birds Space dan yang terbaru adalah Angry Birds Star Wars.. antara semua sirinya, aku tetap suka siri Rio yang mana jalan cerita mempunyai konsep yang sama tapi diubahsuai mengikut plot cerita Rio; iaitu burung-burung ditangkap dan dikumpulkan di markas penjahat, lalu angry bird bertindak untuk menyelamatkan kawan-kawan burung dan Rio juga.. ^-^ menarik, aku rasa...

Namun yang lebih menariknya, jika diperdalam terdapat mesej tersirat yang cuba disampai dalam game Angry Birds ni, yang mana mesej tersirat tersebut boleh jadi satu pengajaran bermakna buat semua khasnya umat Islam.. Dalam entri ni aku berniat untuk ringkaskan saja (bagi mengelakkan plagiarism), jadi pembaca boleh rujuk artikel Mesej tersirat dari Angry Birds yang diberi sebagai sumber rujukan asal ^-^! Antara mesej tersirat tersebut:
  1. Jihad dan pengorbanan - yang mana burung-burung ni bermati-matian berusaha untuk menjatuhkan musuh. (burung terhantuk kat kayu/kaca tu --> kalau realiti sakit tu)
  2. Kerjasama - ada banyak stage yang mana kekuatan seekor burung tak mampu nak jatuhkan binaan pertahanan musuh (nak kena hantuk 2-3 kali kat satu weak point baru la runtuh)
  3. Strategi - nak menguasai game ni perlukan strategi yang baik.. perlunya meneliti kelebihan setiap jenis burung serta bilangan anggota yang ada.. serta perlu kenal pasti weak point terbaik.. 
  4. Taat kepada arahan - kalau diperhati, burung-burung ni kalau tersalah target pun dia ikut je arah lontaran kita.. 
  5. Ukhwah - burung ni rasa sangat marah apabila melihatkan kezaliman berlaku yang berkaitan dengan diri (telur sendiri) atau kawan-kawannya.. 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)