Dissidia 012 [PSP]

Square Enix telah terbitkan satu kumpulan game bergenre Action-RPG dengan menghimpunkan semua watak utama (pihak baik & jahat) dari siri utama game Final Fantasy dalam satu dunia berbeza (B) (dunia A adalah dunia asal kisah game masing masing-masing, jadi dunia B adalah dunia baru yang asing bagi mereka), game tersebut dinamakan Dissidia Final Fantasy.

Game terbitan kali pertama ini mencakupi Siri FFI - FFX sahaja. Diperihalkan semua watak utama (10 pihak baik FFI - FFX) ini terpanggil ke dunia B oleh Cosmos untuk bertempur dengan Chaos yang turut sama memanggil paksa watak utama (10 orang jahat FFI - FFX).


Pada pengakhiran perang, Cosmos di ambang kekalahan, maka bergantung kepada watak utama untuk cari kristal masing-masing untuk selamatkan keadaan.
  • Maka game berpecah kepada 10 bahagian/episod awal (setiap satunya diwakili oleh watak utama siri FFI - FFX). Setiap watak akan berinteraksi satu sama lain (ada yang berkumpulan, ada yang berpisah jalan), masing-masing akan cuba mendapatkan kristal. 
Pemain memilih salah satu watak, kemudiannya melalui bibit-bibit kisah pencarian kristal masing-masing sebelum bertempur dengan musuh asal (misalnya FFX Tidus akan bertempur dengan musuh asalnya FFX Jetch sebelum memperolehi kristal sendiri) 
  • Apabila kesemua watak dah berjaya mendapat kristal masing-masing, barulah boss Jahat Chaos muncul diri dan membuat huru-hara. 
Maka pemain akan tenggelam dalam kegelapan sebelum kristal masing-masing menyelamatkan keadaan secara sementara. Jadi untuk mengakhiri malapetaka ini, para hero kena bertempur dengan boss akhir (Chaos)
berkumpul sebelum bertemu boss akhir

Lepas boss akhir kalah, keadaan jadi aman damai. Para hero akhirnya berpisah dan kembali ke dunia Asal masing-masing.
"Macam tulah lebih kurang game ini.. Dikhabarkan game ini mendapat sambutan hangat. Sampai aku pun memang suka game ni. Jadi pihat pengeluar game bercadang membuat terbitan kedua pula dengan penambah baikan..
Fokus - Dissidia 012 Final Fantasy [Game PSP 2012].
roster watak untuk edisi 012 kali ni lebih ramai
Terbitan kedua sebenarnya ialah versi ulangkaji semua (revised) daripada siri pertama Dissidia Final Fantasy dengan penambahan beberapa watak & jalan cerita..
  • Terdapat 8 watak tambahan (6 storyline - Lightning FFXIII, Vaan FFXII, Laguna FFVIII, Yuna FFX, Kain FFIV, Tifa FFVII dan 2 lagi secret & unlockable - Prishe FFXI, Gilgamesh FFV)
Sementara jalan cerita lebih kepada prequel kepada jalan cerita sebelumnya..
  • Pertempuran 012 - iaitu 13 watak baik sedang mengalami krisis serangan patung klon kristal yang semakin banyak dalam kawalan 13 watak jahat. Jadi mereka sedang merancang untuk menangani krisis tersebut. Episod ini diketuai oleh watak baru (Lighning FFXIII, Vaan FFXII, Laguna FFVIII, Yuna FFX, Kain FFIV, Tifa FFVII) yang kononnya ingin mencari kristal bagi mencapai objektif mereka. Namun, krisis mereka semakin meruncing apabila patung klon kristal semakin ramai bilangannya dan menindas mereka. Jadi mereka berenam maju sebagai barisan pertama untuk membatasi bilangan patung-patung klon. Perjuangan mereka akhirnya kalah dan tidak lagi kembali ke dunia B. Tapi mereka berjaya menarik 3 orang (Cloud FFVII, Tidus FFX, Terra FFVI) dari pihak jahat untuk kembali ke pihak baik dalam pertempuran akan datang. (013) 
  • Pertempuran 013 adalah seperti mana game pertama Dissidia Final Fantasy. Yang mana (asalnya 13 orang - 6 orang kalah + 3 orang ditarik ke pihak baik = ) baki 10 watak baki bertempur dengan 10 orang pihak jahat
"Jalan ceritanya memeningkan juga. Kena main sendiri (serta kena ada pengalaman main game asal FF) baru lebih faham sebab musabab jalan cerita tersebut.. ^-^!
--------------------------------------------------

Aku dapati game ini sangat menarik, sebenarnya cara permainan (gameplay) asas adalah lebih kepada 'brawling' (iaitu pukul-pukul macam game Street Fighter/Tekken). Cuma game ini cuba menerapkan unsur asal game yang bersifat RPG. Contohnya;
  • Sistem Equipment - ideanya dengan kelengkapan senjata yang lebih hebat, watak mampu memberi serangan/pukulan yang lebih kuat lagi. Sama juga daya tahan lebih tinggi dengan kelengkapan pakaian yang kuat. Secara umum terdapat pelbagai jenis kelengkapan.  Perlu didapati (sama ada beli di in-game shop atau jumpa semasa pengembaraan story mode)
  • Sistem Level-up - pada permulaan watak hanya sekadar tahap (level) 1, melalui pertempuran watak akan dapat pengalaman lalu perlahan-lahan akan naik tahap dan menjadi lebih kuat lagi (juga mempelajari skill/ability baru pada tahap tertentu)
"Jadi pemain akan teruja & tertarik untuk main lagi dengan setting equipment / ability yang berbeza"  
penerangan bergambar yang ringkas & mudah difahami
Dan bagi game ni pihak penerbit Square Enix sangat bagus dalam memberi penerangan permainan kepada pemain. Malah diberi secara berperingkat & berkala.. (sebab ada jenis game, penerangan hanya diberi dalam bentuk buku manual penuh, kena studi betul-betul baru la tahu itupun makan masa) 
  • Sebelum masuk ke medan tempur, adanya skrin tips (tengok gambar ini). Hanya beritahu buat kali pertama dan memang akan apply di medan tempur kejap lagi..
  • Semasa dalam pertempuran adanya tips dalam bentuk notifikasi untuk membantu pemain (boleh turn off kalau tak suka)

"Sungguhpun dalam game ni tiada tutorial live
(tengok & ulang langkah) tapi penerangan yang diberi memang sudah cukup & berkesan.."

----------------------------------------------
Pakaian dan gaya Tidus mengikut siri game asal
Jadi ada ramai watak dalam ni, bagi peminat game siri utama Final Fantasy tentunya banyak muka yang familiar (Cloud FFVII, Squall FFVIII, Zidane FFIX, Tidus FFX, Vaan FFXII, Lighning FFXIII dll). Jadi dalam banyak-banyak tu, watak kesukaan peribadi adalah Tidus dari FFX. Penerangan pasal watak ni;
"A cheerful teen whose personality is bright like the sun above, Tidus possesses the heart of an ace athlete. His main goal is to defeat his father, whom he detests to no end.(Dissidia 012 Description)
Kalau ikutkan watak ni takde la hebat sangat dalam teknik pedang kalau nak dibandingkan dengan watak-watak lain terutamanya Cloud, Squall, Lightning (sebab mereka semua tu ada sejarah masing-masing dalam game asal yang membuatkan mereka terlatih dan berpengalaman dengan dalam aspek bertarung ni).

Sebaliknya hanya Tidus seorang je yang dianggap amateur dari aspek berlawan (takde pengalaman latihan menggunakan pedang).  Oleh itu, teknik berlawannya lebih tertumpu sebagai pemain bola yang lincah bergerak dan mengelak. Dan lagi, gaya lawannya paling hampir kepada logik akal iaitu tanpa penggunaan magic, sebab semua gaya serangannya hanya melibatkan hayunan pedang dan balingan bola.

Dan akhir sekali bagi entri ni, saja ingin aku kongsikan antara klip lawan (selama 5 minit o6 saat) dalam game tersebut.


----------------------------------------------------------------
Jadi game ni terus mendapat sambutan hangat, cuma malangnya game ni hanya terdapat di konsol PSP saja. Tidak ada versi besar, maka timbullah permintaan edisi yang baru lagi. Dan tentulah terdapat beberapa lagi putar-belit & percubaan teknologi..

  • Dissidia 2015 untuk Arcade di Jepun
  • Dissidia NT (New Tale) untuk PS4
melibatkan siri game utama FFI - FFXV


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)