istilah "Legend"

Ketika menjalani kehidupan di universiti, aku sering menggunakan panggilan Legend terhadap kawan-kawan seperjuangan aku. Biasanya kawan-kawan menganggap panggilan tersebut hanyalah sekadar gurau senda yang tidak berasas semata-mata. Sebabnya panggilan ni saling berbalas, iaitu aku panggil seorang ni Legend lepas tu dia pula balas panggil aku Legend. Adakalanya situasi ni membuatkan timbul persoalan tentang asal usul penggunaan panggilan ini..
"Kenapa korang panggil dia (Syed) "Legend"? Apa la yang legend sangat si Syed tu? Tak faham aku.."
Kalau tanya semua kawan-kawan yang terlibat dalam gurauan ni, macam-macam la andaian (jawapan) masing-masing. Antaranya yang dapat aku ingat:
"Sebab dia hebat!" (tanpa menghuraikan sebarang contoh)
"Sebab dia pandai, dalam kelas selalu dapat jawab soalan lecturer" (<-- ni tak betul ^-^ aku mana la terror mana.. )
"Sebab dia ninja, siap 'terbang-terbang' lagi.." 
"Sebab dia memang specialist. hari-hari masuk OT, lepas tu buat-buat jadi student pula" 
Suka hati je jawapan mereka ni ^-^! Jangan percaya kata-kata mereka ni, semua berkomplot untuk menyebarkan ura-ura je.. Tapi yang misterinya, kenapa ramai kawan-kawan pula yang menyertai gurauan sebegini..? Walhal asal-usul panggilan ni hanya melibatkan aku dan (former) roommate di UNIMAS je.. Hish, banyak pulak geng dia.. Apa-apa pun, beginilah asal-usul yang sebenarnya:

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Masa first year medic di UNIMAS mula-mula dulu, ramai dari batch aku tak establish transport dan hiburan (eg. laptop dll) lagi. Semua masih terkurung dan aktiviti de-stress agak terhad. Cuma aku dan seorang kawan ni (Afiq) la yang awal-awal lagi dah bawa Nintendo DS masing-masing. Jadi selalunya kami main sama-sama dan bagi yang lain-lain enjoy sekali main (eg. Mario Kart, Tennis, Bleach dan sebagainya). Well, being gamers (and also owner of the DS), for sure aku and Afiq always perform the best while playing against the others. Tapi, misterinya panggilan legend tu diberikan kepada aku pula..
"Rasanya kalau aku sendiri compete dengan Afiq, aku kalah kot sebab Afiq lagi terror, so patutnya dia la yang selayaknya dapat tapi.. kenapa jadi macam ni pula? adoi~"
Dan seterusnya, seorang kawan aku ni (Luqman) lebih-lebih pula, sampai kat kawan-kawan di kelas pun dia nak cerita. Aku dapat bayangkan antara dialognya:
"eh, korang jangan kacau Syed! Tau tak yang dia tu "legend" (asalnya merujuk kepada main game DS tu la)..Hmmmm~
------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Maka sejak tu la, ura-ura ni pun kian berterusan ^-^! Dan orang semakin lupa tentang sebab-musabab asalnya (dan akhirnya abaikan tentang game tu).Tambahan pula, Luqman ada je idea legend tu, sampai pelbagai aspek kehidupan pun nak kaitkan dengan legend. Jadi la sampai sekarang adanya gurau-gurau aku dengan dia ^-^! huhu.. Sementara itu, aku ada sebab aku tersendiri. Jom tengok fokus:

Fokus - setiap orang pun adalah *legend (terjemahan = *panduan) bagi aku


Secara ringkasnya, aku merujuk kawan-kawan aku sebagai "panduan" sebab mereka tak henti-henti mengajarkan aku ilmu setiap hari, baik ilmu pelajaran medic, nasihat, tips, contoh teladan yang baik dan mahupun dalam bentuk sokongan moral, aku tetap menganggap mereka sebagai "legend" ^-^

Maksudnya siapa-siapa pun adalah legend bagi aku. Cuma dalam banyak-banyak kawan, mestilah si roommate yang paling banyak mengajarkan aku sepanjang kehidupan di universiti. Sebab tu la, roommate aku ni la gurauan "legend" yang paling kerap aku lakukan..

Pada asalnya aku nak guna istilah "cikgu" tapi nanti mereka rasa tak selesa pula. Jadi alang-alang adanya gurauan legend-legend ni, maka aku sekadar jadikannya sebagai alasan bagi niat yang sebenar..

Paling utama sekali, panggilan ni hanya antara cara aku menghormati kawan-kawan aku, secara tak langsung menyekat sebarang niat aku untuk memanggil dengan panggilan yang buruk, seperti mana nasihat al-Quran dari surah Al-Hujurat 49:11 (boleh rujuk entri Maksud nama.. aku dah warnakan merah bagi nasihat tersebut)

Jadi, demikianlah halnya. Terima kasih kepada legend sekalian kerana banyak mengajarkan aku sepanjang bersama ^-^

Other stream of thought
Kalau kata tentang legend ni, paling penting sekali jangan dilupakan Legend terbaik yang perlu diikuti. Seperti yang diterangkan dalam Al-Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu contoh teladan yang baik bagimu (iaitu) orang yg mengharapkan (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Qiamat dan (orang) yg banyak mengingat Allah" (Surah Al-Ahzaab 33:21)
Rasulullah is a legendary after all ^-^! aku perlu berbangga menjadi umat baginda..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)