Live action trigger!

"HA, TU APAHAL BONET BELAKANG KERETA TU KEMIK TU, RAN??" - tanya ahli keluarga aku (terutamanya si empunya kereta dan bapa aku yang garang)
Live action trigger!! >_<!
[Mereka bertanya tentang *kerosakan kereta yang berlaku kesan peristiwa tempoh hari, bagaimana yang patut aku jawab untuk mendapat sambutan terbaik?] (*kisah tentang kemalangan ni boleh rujuk entri Sepanjang kursus induksi)
a) jawab dengan jujur dengan menceritakan hal sebenar iaitu salah sendiri
b) reka jawapan yang menunjukkan salah orang lain
c) berdiam diri sahaja tanpa memberi jawapan
d) mengalih topik perbualan dan fikirkan cara agar tak lagi ditanya soalan tersebut..

Fokus - berkata benar
Dalam kehidupan seharian, pastinya kita tak terlepas dari menghadapi situasi live-action-trigger (melalui istilah ni aku fahamkan: secara live kita akan pilih untuk menentukan sesuatu percakapan/perbuatan dan terus menghadapi kesan dan akibat pilihan tersebut). Situasi ni pasti berlaku terutamanya apabila melibatkan interaksi (komunikasi) dengan orang lain..

Dalam situasi yang gembira, tentulah ramai yang akan mengambil langkah (a) untuk dikongsikan perkara gembira tersebut. Namun, bagaimanakah pula dengan peristiwa pahit yang mana, apabila kita berlaku jujur, kita dapat menjangkakan akibat buruk yang bakal menimpa diri..

Situasi demikian, banyak kali mengingatkan aku tentang nasihat yang terlakar di *dinding asrama Segambut dulu (ni merujuk kepada kali pertama aku didedahkan kepada nasihat tersebut). Untuk dikongsikan bersama, nasihat tersebut adalah:


Aku memang bersetuju dengan nasihat tersebut. Hal ni kerana aku berpendapat bahawa dengan berkata benar dan berlaku jujur, kita mengakui kelemahan diri sendiri. Dan melalui pengakuan tersebut, kita dengan rasa rendah diri pasti akan berusaha untuk memperbaik diri agar kesalahan tersebut tidak berulang.. Tambahan pula, dari sudut pihak lain, mungkin mereka akan marah pada mulanya, tapi dengan masa mereka akan memahami dan cuba yang terbaik untuk membantu kita..
"Mengaku kesalahan diri itu juga satu keberanian dan kejujuran, setidaknya pihak kedua suka kewujudan nilai tersebut dalam diri"
Lagi pula, berkaitan dengan kejujuran ni setidaknya orang masih mempercayai kita.. sementara pilihan (b) dalam babak tadi mungkin pada mulanya menyelamatkan diri kita dari musibah tersebut.. Tapi pada saat tu satu bentuk pengkhianatan telah berlaku. Dan apabila telah kantoi, betapa hancur luluhnya hati dan perasaan orang yang mempercayai kita tu.. Untuk situasi yang paling teruk, mungkin mereka tidak lagi mahu mempercayai kita..

Note - entri ni hanya sekadar nasihat untuk diri sendiri agar sentiasa teguh untuk berkata benar terutamanya bila menghadapi situasi yang pahit..
"Be strong, Syed! kalau orang bencikan kau sebab kelemahan ini, setidaknya Allah sukakan kau sebab nilai baik yang kau cuba tunjukkan"
Other stream of thought
Bila berbincang secara teori tentang menghadapi sesuatu masalah, pastinya langkah ideal memang mudah diperkatakan (contohnya mesti berani mengaku salah/ berkata benar). Namun, realitinya banyak faktor lain yang diambil kira demi kepentingan sendiri.. Kesannya, ramai akan memilih penyelesaian lain yang memberi manfaat kepada diri semata-mata..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)