kalau makan luar (siri 3)

"Syed, McD jom??" - ajak seorang sahabat pada suatu masa dahulu
"Erm, takpe kot. Sorry.." 
"Oh, boikot eh..? takpe la kalau macam tu.."
"(Boikot itu antara usaha aku juga, tapi berkenaan fastfood ni).........." 
Fokus *6 - fast food
Beraneka fast food dah sekarang ni
(nombor ni adalah sambungan dari entri lalu)
"I'm not really into eating.."
Demikianlah penjelasan aku lagi. Secara jujur, pada asalnya memang aku tak berapa berminat perihal kepelbagaian makanan ni dan lagi pula kalau fast food. Walau aku tinggal di dalam kawasan bandaraya KL-Ampang sekali pun, aku tak berapa arif tentang makanan yang sedap-sedap. Dan walaupun pelbagai restoran yang bertaraf antarabangsa (eg. Carls Jr., Wendy, McD, Coffee Bean, StarBuck dll), pilihan aku terhadap restoran untuk mengisi perut adalah terhad dalam masakan tempatan. Selalunya la ^-^!
  • Kebarangkalian untuk aku makan fast food sepanjang tahun paling banyak pun 24/365 (kalau perasan nombor tu adalah berkaitan hari iaitu 24 hari dari 365 hari dalam setahun). Tu pun, hampir separuh nilai tersebut adalah aku makan KFC je.. sementara yang lain tu, lebih kepada hasil usaha ajakan kawan aku berkali-kali tanpa jemu (setelah 5-6 kali diajak, akhirnya aku mengalah juga ^-^!)
Jadi, boleh kata aku cuma tidak mahu membiasakan lidah diri dengan makanan segera ni sebaliknya agar biasa makan nasi (seterusnya mencapai makanan seimbang dan berkhasiat). Aku selalu dengar fast food ni antara punca kukuh kegemukan (dan seterusnya membawa kepada kepelbagaian penyakit)..

Other stream of thought
Tentulah, sejak akhir-akhir ni timbul semula isu boikot terhadap sebilangan restoran fastfood ni. In shaa Allah, aku tak bermasalah untuk menyokong boikot ni ^-^ ala, bukannya takde makanan lain, kat Malaysia ni je pun banyak makanan yang sedap-sedap juga.. Ha, teringat aku video klip Only in Malaysia karya JinnyboyTV, pun disiarkan tentang makanan Malaysia yang sedap iaitu pada masa ke 3:50-4:46 video tersebut..


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)