Boikot

Sedang kita umat Islam Malaysia menjalani ibadah ramadhan seperti biasa, saudara (seagama) kita di bumi Palestin, Syria, Gaza dan pelbagai lagi sedang menderita oleh kekejaman israel. Hari-hari Ramadhan mereka sentiasa diisi dengan kepelbagaian kisah kekejaman (pembunuhan) yang dilakukan mereka..

gambar serangan di Gaza ketika sahur (sumber jumpa di media facebook)


Apa perasaan kita? Walaupun kita tak pernah bertemu sesama mereka namun setidaknya kita bersaudara (seagama) maka seharusnya kita terkesan dengan kekejaman tersebut.


Oleh itu, aku ingin menyeru diri (dan kawan-kawan agar kita berusaha membantu saudara-mara (seagama) kita kat sana. Mungkin kita rakyat biasa ni tak terdaya untuk menyertai peperangan mempertahankan bumi Gaza / Palestin. Tapi apa yang boleh kita lakukan setidaknya ialah cubaan menghentikan sumber bekalan berbentuk senjata / peluru oleh beberapa syarikat yang bersekongkol dengan Israel ni.. 

Jom memboikot produk-produk ni sehabis baik
Yang berikut adalah tauladan yang dijumpai di laman sosial facebook.. Aku copy paste kat blog ni untuk nasihat bersama:
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Usaha memboikot beberapa produk Yahudi mungkin dipandang remeh sesetengah pihak namun saya mengambil iktibar kisah di bwh :-

Semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, ada seekor burung kecil comel yang menonton peristiwa itu, lalu terus terbang berulang-alik mencari air. Burung kecil itu menyedut dan mengisi air di dalam paruhnya lalu dilepaskannya ke atas unggun api yang membakar Nabi Ibrahim a.s. Itulah yang dilakukannya berulang-ulang kali, sehinggalah Nabi Ibrahim a.s. dikeluarkan daripada api.

Perbuatan burung kecil itu diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain, lantas bertanya kepada burung kecil itu, "Mengapakah kamu bersusah-payah berulang-alik mengambil air, sedangkan kamu tahu api besar yang membakar Nabi Ibrahim takkan terpadam dengan sedikit air yang kamu siramkan itu?"

Lalu dijawab oleh burung kecil, "Walaupun aku tahu aku tidak berupaya memadam api tersebut, namun aku mesti berusaha untuk menegakkan kebenaran atas kemampuan yang terdaya oleh diriku sendiri, Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu ataupun tidak! Aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, kelak di hadapan Allah aku tidak akan dipertanggung-jawapkan kerana aku telah berusaha melakukan sesuatu apabila melihat kezaliman!
------------------------------------------------------------------------------------------------------------


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)