HO Arc! Episod 20

"it is becoming a very long story now and then, yet the story continues on.."
Prologue : induksi seminggu di Melaka
Episod 1-5: pengalaman posting O&G
Episod 6-8: pengalaman posting Surgery
Episod 9 : tagging 10 hari permulaan Medical
Episod 10 : Male medical..
Episod 11 : Female medical
Episod 12 : Ward 1st class challenge!
Episod 13 : Ward 1st class challenge! part 2
Episod 14 : wad kelas 3 di periphery (lelaki)
Episod 15 : kembali semula ke wad perempuan (hard mode)
Episod 16 : Geriatrik Ward
Episod 17 : Wad kelas 3 di periphery (perempuan)
Episod 18 : retag (1st)
Episod 19 : hard stage CRW

Mulanya aku menjangkakan akan kembali ke main wad (kalau ikutkan senarai episod ni, main wad aku ialah wad perempuan sebab banyak kembali ke tempat tersebut), namun sangkaanku meleset..

Episod 20 - Dengue care NW15 (3 Mac - 9 Mac 2014)
Kali ni kerjaku aku bertempat di wad khas untuk kes denggi. Dahulunya wad NW15 adalah wad untuk pesakit gynaecology, namun disebabkan wabak denggi akhirnya jabatan medical perlu kepada satu wad khas, maka kesannya wujud wad sementara ni..
Watak utama HO wad kali ni ada lapan orang: aku, Syafiq, Faizal, Kitt, Mimi, Afiqah, Fariha, dan Sofuan. MO pula dr Saiful A, dan Dr. Lim sementara Pakar Dr. Saiful S.
Kerja kat wad ni yang bestnya, kes yang ada hanyalah denggi. Bermakna segala ujian darah sangat tipikal bagi semua pesakit, dan cara pengurusannya tidak jauh berbeza (ni bergantung kepada keputusan darah yang dipantau --> menunjukkan tahap serius/bahaya penyakit tersebut). Maka bagiku, beban kerja dah terarah. Cuma penat sikit sebab frekuensi ambil darah adalah QID (4 kali sehari), review pula kena buat TDS (3 kali sehari), ditambah pula kemasukan bertalu-talu. Kalau pesakit tak stabil, lagi banyak pula darah / review kena buat..

Kebetulan pada julat masa ni, Majalah 3 buat liputan berita tentang denggi maka aku nak sisipkan video tersebut untuk sekadar pengetahuan umum buat semua ^-^!


Viva 3rd berlaku pada episod ni. Kali ini examiner aku Dr. Aza dan Dr. Tee. Mereka ni pakar yang baru di HKL, maka kriteria 'lulus' mereka lebih tegas dan tidak fleksibel. Topik perbincangan kami mencakupi banyak aspek;
  • [DM] scene hypoglycemia & hyperglycemia
  • [ABG] metabolic acidosis
  • [DM] DKA management
  • [CCF] Type of antifailure
  • [ECG] myocardial infarction
  • [FM] type of anti-diabetic meds dan type of anti-hypertensive
  • [Dengue] - principle of management
"mulanya aku menyangkakan aku lulus, kononnya dapat jawab banyak, namun apa yang berlaku aku 'gagal' juga. Benarlah seperti khabar bahawa mereka ni examiner baru serta tegas.. v_v lepas ni aku tinggal peluang terakhir Viva.."
Seminggu je kerja kat wad ni. Secara keseluruhan aku enjoy kerja kat wad ni.. Namun, kena tukar wad lagi minggu depan, adoi~

Some trivia
eh, eh! aku masuk TV la ^-^! 
Berita aku masuk TV tersebar dalam kalangan staf hospital, terutamanya para MO medical kecoh dalam group whatsapp mereka (tapi aku tak tahu topik apa yang mereka gosipkan)..
"This can't be good.. i had tried to lay low from senior / boss, as much as possible (especially within posting medical ni) but the fact that they kecoh over me on TV means that everyone had their attention on me.. If i were to reason, probably this had some connection to those bad gossip among specialist back then (episod 17).."

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Kamus bahasa melayu Sarawak

Kisah Luqman Al-Hakim, anaknya dan keldai

Panduan setting tulisan Jawi di komputer (Windows 10) & telefon pintar (Android)